BAB 07

24 6 0
                                    

"Macam mana sayang boleh kenal lelaki tu? Dan kenapa dia ganggu sayang?" Soal Zayne. Dia merenung wajah tidak beriak tunangnya. Sakit hati dan cemburu pada masa yang sama apabila ada lelaki cuba untuk mencuri hati tunangnya.

Dhuha menghela nafas perlahan.

"Entah. Lelaki tu yang tiba-tiba aje ganggu saya selamani. Dah halau macam-macam cara tapi masih degil," balasnya tenang. Rasa malas hendak ambil pusing hal-hal begini. Lagi pula dia bukan sejenis yang cepat jatuh hati pada mana-mana lelaki hanya kerana layanan baik.

"Bermakna dah lama lah ya dia ganggu sayang I ni?" Banyak pula soalan lelaki ni. Dhuha mengangguk. Minuman miliknya dicapai.

"Kenapa sayang tak bagitahu I dari awal-awal lagi? Nasib I tergerak hati nak pergi sana. Kalau tak mesti sampai sekarang dia ganggu you," ujar Zayne. Tidak puas hati.

"Tak penting. Selagi dia tak buat benda bukan-bukan dekat saya, selagi tu saya biarkan. Awak jangan risau saya bukan pencurang." Senyuman senget diukir. Tangan naik berpeluk tubuh.

Zayne yang mendengar itu menelan air liur. Riaknya berubah kelat. Terasa dengan ayat terakhir gadis itu. Seolah sedang menyindirnya.

"Ehem... sayang. Tak terasa kan minggu depan kita dah kahwin? Serius I tak sabar nak tunggu hari tu tiba. I akan pastikan you perempuan paling bahagia dalam muka bumi ni nanti bila jadi isteri I," tuturnya sekaligus menukar topik perbualan.

"Jangan berjanji awal kalau awak sendiri tak berapa yakin awak boleh bahagiakan seseorang tersebut. Nanti ia hanya akan menyakitkan dikemudian hari apabila awak mungkir janji tu. Hati kita ni Allah yang pegang. Bila-bila masa boleh berbolak-balik atas izinNya. Jangan ikat janji. Tapi buktikan. Saya tak perlukan lelaki yang hanya pandai bermanis mulut tapi sayang, gagal dalam menjaga hati dan kesetiaannya," bidasnya tenang.

Riak lelaki itu kelihatan tergamam. Terasa ditampar keras oleh butir bicara tunangnya.

"Okay sayang. I cuba ya? Bagi I peluang untuk buktikan pada you lepas kita kahwin nanti," balas Zayne. Bibirnya dipaksa ukir senyum. Pahit menelan tatkala gadis itu lebih lincah membidasnya.

"Lusa kita cari barang kahwin sama-sama eh? Mummy dah bising suruh kita cari barang," sambungnya. Dhuha hanya diam. Bersetuju tanpa memberitahu.

***

Seharian itu Athari Baihaqi benar-benar serabut dengan hakikat pahit yang perlu dia terima. Bahkan wajah tampan itu terlihat begitu muram. Dia buntu dan pada masa yang sama tidak tahu hendak beri reaksi bagaimana terhadap perkara ini.

Adakah patut untuk dia abaikan sahaja sakit yang dialaminya? Sungguh Athari dilanda gelisah. Nafas dihela. Kalau dia abaikan rawatan bermakna peluang untuknya hidup akan menipis apabila penyakit itu makin merebak. Rasa menyesal pun ada bila buat checkup kesihatannya malam semalam.

Sesaat kemudian, bunyi ketukan pintu kedengaran. Athari memanggung wajah.

"Masuk." Sahutnya. Kot ditubuh dibetulkan. Buka saja pintu tersembul susuk tubuh seorang lelaki. Irwan. Satu-satunya PA lelaki yang dia ada.

"Mula." Irwan menunduk sedikit sebelum ipad ditangannya dihidupkan. Jarinya lincah menolak skirn cerah itu ke atas. Nafas dihembus seketika.

"Untuk tengah hari ni, Tuan ada perjumpaan dengan HAR'S Holding. Jadual untuk petang pula tiada. Dan meeting akan berlangsung dalam pukul 11:30 pagi, sekejap lagi. Persiapan bilik mesyuarat dah siap." Lancar bicara pemuda itu. Riaknya tenang.

Athari mengangguk.

"Keluar." Halaunya tanpa nada. Tanpa banyak bicara Irwan menunduk sekali lagi sebelum melangkah pergi. Hilang saja kelibat Irwan, Athari mengeluh halus. Alahai bosannya hidup dia!

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now