BAB 12

18 4 0
                                    

"Tak ada guna kau nak pakai tudung segala kalau adab dengan orang tua pun tak ada. Jangan ingat kau sentiasa betul. Kau fikir aku tak tahu apa yang hina-hina aku selamani?" Nada bicara wanita tua itu kedengaran geram.

Dhuha matikan langkah. Perlahan dia membalikkan tubuh ke arah Puan Hani. Senyuman diukirkan. Tangan Dhuha naik memeluk tubuh sendiri.

"Tudung ni I yang pakai, kenapa ada susahkan kepala you ke? Lagi satu, baguslah tu kalau you sedar dan dengar apa yang I katakan selamani. Tu lagi elok. Sebab I memang nak you dengar pun. Dan, bercakap tentang adab, you rasa sekarang ni you seorang manusia yang ada adab ke?" Tajam bicara Dhuha.

"Kau memang kurang ajar eh! Patutlah bapa kau tu tak ambil peduli lagi dekat kau!" marah Puan Hani. Rambut merahnya ditolak kasar ke belakang. Berang dengan Dhuha yang sentiasa pertahankan diri.

"Papa I tak ambil peduli sebab dia dah dibutakan oleh cinta palsu you Puan Hani, ke nak I bagitahu dekat Papa yang you guna bomoh untuk dapat semua kekayaan ni termasuk papa I? And if I kurang ajar sekalipun, sekurang-kurangnya I pertahankan diri dari manusia busuk hati macam you!" bidas Dhuha.

Puan Hani kelu. Dadanya dipalu detak kuat. Takkan lah semua benda gadis itu tahu? Ah! Tapi tak mustahil untuk orang macam Dhuha tak tahu? Dia yakin Dhuha ramai mata-mata dekat luar.

"Kau jangan nak acah-acah terpaling tahu semua benda," ujar Puan Hani cuba memberi amaran. Nada yang bergetar ditahan. Bimbang Dhuha dapat menghidu kerisauannya.

Dhuha lepas tawa kecil. Namun cukup sinis.

"Semua tentang you, ada dekat hujung jari I. Sekali I bongkarkan pada Papa, you tak boleh buat apa, Hani Tiara. Tapi tak apa, I nak bagi you peluang untuk hidup senang dulu. Kesian pula you dengan anak-anak haram you tu kan? Karang tak pasal-pasal merempat tepi jalan," ejek Dhuha sebelum terus melangkah pergi. Dibiarkan sahaja Televisyen yang masih terpasang.

Hilang moodnya awal pagi ini bila tengah syok layan berita. Tiba-tiba kena sembur dengan perempuan tua itu. Bukan niat hendak meninggi diri. Tapi Dhuha sendiri tak mampu kawal bicara apabila berhadapan orang seperti itu.

***

BARU setapak melangkah masuk, terasa beg tangannya ditarik lembut ke belakang. Dengan pantas Dhuha menoleh. Tali begnya dipegang erat. Melihat susuk tubuh yang berdiri dihadapannya buat Dhuha hembus nafas lega.

"Awal sangat lah awak buka kafe. Tapi nasib baik saya lagi awal sini tunggu awak," ujar Athari seraya tersengih. Dhuha kerut kening.

"Yang awak datang pagi-pagi buta dah kenapa pula? Nasib baik saya tak hempuk Encik guna beg tangan saya ni. Gaya macam perompak," bebel Dhuha geram.

Athari tertawa halus.

"Saya ada meeting awal pagi. Malaslah nak hadap jalan jem. Nanti lewat," balasnya tenang.

"Meeting? Awak kerja apa?" soal Dhuha tanpa tertahan. Lelaki itu kata dia hanya peniaga murtabak tepi jalan. Riak Athari kelihatan agak terkejut sebelum dengan pantas dia kembali tenangkan riak.

Senyuman diukirkan.

"Meeting dengan kawan-kawan saya haa," dengan laju Athari mengubah jawabannya. Makin berkerut dahi Dhuha.

"Dahi jangan kerut sangat. Gaya macam pelik sangat ni kenapa?" tutur Athari sebelum tergelak kecil. Kedua belah tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Santai.

Dhuha diam sejenak sebelum kembali membalikkan tubuh. Langkah dibawa masuk ke kafe. Terlihat beberapa pekerjanya sedang menyusun barang. Bagus betul dapat pekerja yang rajin ni. Lagi awal dari dia!

Athari setia mengekor dibelakang Dhuha. Sehinggalah tiba dikaunter.

"Asya, saya nak tanya. Awak free tak petang ni? Saya nak ajak keluar boleh tak?" Ternaik hujung bibir Dhuha. Ini pertama kali lelaki itu mengajaknya keluar. Biasanya hanya singgah kafe sahaja.

"Nak pergi mana?"

"Berbual kejap."

"Bual apa?"

"Nak kenal-kenal dengan awak lah..." balasnya meleret. Dhuha mengerutkan kening.

"Dhuha Asyara, 25. Anak tunggal." cukup spontan jawaban Dhuha hingga mengundang tawa besar dari Athari. Geli hati.

"Tak sangka orang tak ada perasaan macam awak ni pun boleh buat lawak eh?" Dhuha menggeleng. Mana ada lawak. Dia cuma kenalkan diri sahaja.

"Okay kalau macam tu saya pula. Athari Baihaqi, 29 tahun. Anak bongsu dari tiga adik beradik. Peniaga murtabak letop sejak dari kecil. Sederhana. Suka main futsal. Dan suka awak," usik Athari.

Dhuha yang mendengar hanya berdehem perlahan. Anak matanya beralih ke arah lain.

"Dah. Encik pergi kerja sana, dah lewat ni," halau Dhuha tanpa perasaan. Athari senyum. Dia meliarkan mata ke seluruh meja kaunter itu.

"Saya na—"

"Nah..." belum sempat habis bicara Athari, Dhuha terlebih dahulu menolak balang berisi gula-gula. Makin lebar senyuman Athari.

"Awak sangat memahami lah. Nanti esok saya beli stok gula-gula macam ni untuk kafe awak ya? Thankyou!" selepas sahaja mengambil beberapa biji gula-gula Athari terus berlalu pergi. Sempat mata dikenyitkan ke arah Dhuha.

Dhuha yang melihat hanya kelu. Wajahnya terasa panas. Merah. Lantas, kepala digelengkan. Tak, tak, tak... dia tak boleh jatuh cinta dengan mamat sewel tu!

Nafas dihembus perlahan. Kembali untuk fokus dengan kerjanya.

***

PINTU ditolak ke dalam, lantas kedua belah kaki panjang itu melangkah masuk setelah salam diberi. Baru setapak, kornea mata sudah dihidangkan dengan pemandangan yang kurang menyenangkan.

Dhuha berdiri lama. Terdiam memerhati sebuah keluarga bahagia yang sedang bergelak tawa tidak ingat dunia. Dimana papanya menggeletek anak bongsunya. Juga Puan Hani yang sedang tertawa bebas.

Nafas yang tadi beralun lembut kini kian berubah tempo. Sesak dengan rasa pedih yang mencengkam jiwa. Ya, dia cemburu, cukup cemburu melihat kemesraan dihadapannya tersebut. Siapa sahaja tidak sakit andai dia sebagai anak kandung pun tidak dipandang? Dia juga manusia biasa.

"Eh Syara dah sampai? Dah makan ke? Mama dah masak untuk Syara." Suara lembut Puan Hani kedengaran. Lembut yang dibuat-buat olehnya. Dhuha simpan senyum sinis. Fake! Ingat dia tidak tahu dengan cara Puan Hani yang serupa drama?

Tuan Hazir hanya diam tanpa menyampuk. Langsung tidak peduli.

Tanpa membalas Dhuha berlalu pergi ke atas. Tiada hati hendak balas sapaan penuh palsu itu. Wanita itu terlalu bijak dalam berlakon. Dia rasa boleh kalah pelakon dalam TV. Depan papanya bukan main lembut. Pijak semut pun tak mati. Tapi bila belakang papa. Puan Hani lah segala raja syaitan.

Puan Hani hanya memerhati kelibat Dhuha yang kian hilang. Kurang ajar!

Tuan Hazir sekadar memerhati.

***
TBC

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now