BAB 06

18 7 0
                                    

"Syara. Papa ada benda nak cakap." Langkah Dhuha terhenti. Melihat papanya sedang duduk disofa dia menghela nafas perlahan. Kaki diayun mendekat. Setelah melabuhkan punggung Dhuha memandang wajah berusia papanya.

"Papa nak bincang apa?" Soalnya tenang.

"Lepas kamu kahwin. Papa dengan aunty kamu akan tinggal dekat sini. Rumah sana akan dijual," ujar Tuan Hazir tanpa meminta langsung persetujuan darinya. Dhuha mengerutkan kening.

"Dekat rumah ni?" Tuan Hazir mengangguk.

"Mana boleh macam tu papa. Rumah ni hasil titik peluh arwah mama. Kenapa pula papa nak bawa perempuan tu tinggal sini? Tak cukup ke dengan rumah dia dekat sana?" Rasa tidak puas hatinya diluah. Dalam pada masa yang sama dia terkilan. Sanggup papa dia buat arwah macam ni.

"Siapa kata tak boleh? Papa ada hak dekat rumah ni Dhuha Asyara. Jangan mentang-mentang harta arwah mama kamu semua atas nama Syara. Buatkan Syara tak bagi papa hak lain," tegas Tuan Hazir.

Dhuha meraup wajah. Dia tidak kisah andai papanya mahu mengambil semua harta mamanya sekali pun. Tapi yang dia tidak rela apabila papanya mahu bawa tinggal anak isteri lelaki berusia itu.

Dia tahu lambat laun pasti papanya akan menujar nama rumah ini.

"Syara bukan halang papa untuk ambil harta arwah mama. Tapi Syara tak rela bila papa nak berpindah masuk ke sini dengan isteri papa. Papa tahukan arwah mama dari dulu pernah pesan dia taknak sesiapa berkuasa dalam rumah ni selain Syara." Naik turun nafas Dhuha menuturkan ayat.

"Jadi apa? Mama kamu masih ada disini ke sekarang sampaikan kamu takut?" Soalan sinis itu dibalas dengan keluhan berat. Kenapa papanya terlalu jauh berubah?

"Papa tak pernah hormat mama dari dulu. Sekarang ni pula papa tak pernah pandang Syara sebagai anak kandung papa. Kenapa papa buat keputusan macam ni tanpa persetujuan Syara?" Riak dingin papanya direnung lama.

"Papa takde masa. Lagi pun kamu bukan penting dalam urusan hidup papa sekarang." Tersentap. Dhuha terdiam lama. Sampai begitu sekali? Tubir matanya terasa suam.

"Syara tetap ada hak papa. Rumah ni atas nama Syara. Perempuan tu takde hak," ujar Dhuha. Nadanya bergetar ketika menuturkan ayat itu.

"Keputusan papa muktamad. Lambat atau cepat Syara akan tetap pergi tinggalkan rumah ni bila berkahwin nanti."

"Tapi tak bermakna perempuan tu boleh ambil hak Syara! Dan dia tak boleh ambil satu-satunya kenangan Syara dekat rumah ni dengan arwah mama!" Naik seoktaf suara gadis itu buat pertama kalinya. Matanya merah akibat menahan tangis.

"Berani kamu naikkan suara dekat papa Dhuha Asyara?! Apa yang tak kena dengan kamu ni?? Tak habis-habis mama, mama! Macam takde benda lain! Mama kamu dah lama mati. Terima hakikat!" Tengking Tuan Hazir yang hilang sabar.

Dhuha Asyara bingkas bangun.

"Papa yang cepat sangat lupakan mama! Lepas papa berjaya dapat apa yang papa nak. Papa pergi tinggalkan mama dalam keadaan mama masih perlukan papa disisi dia." Teresak-esak gadis itu menahan tangis. Air mata kian mengalir deras.

"Syara jangan cuba nak cabar kesabaran papa! Jangan melampau!" Jerkah Tuan Hazir. Serentak itu Tuan Hazir atur langkah keluar dari rumah mewah tersebut. Panas hatinya dengan tutur bicara anak gadisnya.

Dhuha Asyara jatuh melutut. Terhinjut bahunya. Hatinya terlalu pedih, rapuh. Dia perlukan arwah mamanya untuk terus disisi.

Tangisan yang ditahan dihambur kuat. Sungguh dia penat. Terasa bukan seperti papanya yang dulu. Lelaki itu sangat jauh berubah.

Perubahannya yang pasti menyakitkannya sebagai seorang anak tunggal...

***
TBC

PAGI itu Dhuha hanya termenung dikaunter meja. Langsung tidak terganggu dengan suasana riuh dikafe miliknya. Pen dicapai lalu dia menconteng sesuatu atas kertas kosong itu.

"Hi Asya? Lama tak tengok awak duduk dekat sini." Mendengar suara garau itu membuatkan Dhuha menghela nafas. Dia buat tidak peduli. Hanya fokus dalam dunianya sendiri.

"Saya tengah bercakap dengan awak ni. Cubalah pandang muka kacak saya ni kejap," ujar Athari cuba untuk tarik perhatian gadis itu.

"Encik ni tak penat ke ganggu saya? Takde kerja lain?" Wajah dipanggung. Athari tersengih.

"Ada, tengah kerjalah ni. Kerja usha bidadari." Jawaban lelaki itu buatkan Dhuha ingin menendang orang. Geram!

"Malas layan. Encik pergi balik," halau Dhuha selamba.

Athari tergelak. Dia menggeleng. Baru saja dia hendak mengusik satu suara garau memanggil ditepinya membuatkan dia pantas menoleh.

"Sayang. I datang ni," ujar lelaki tampan tersebut. Seketika riak Athari Baihaqi berubah drastik. Lelaki inilah yang sahabatnya maksudkan. Tunang kepada Dhuha. Athari kekalkan riak muka tenang. Sekarang masa untuk berlakon.

Dhuha berdiri. Dia memandang dua jejaka itu silih berganti sebelum keluhan dilepaskan. Haih bilalah dia boleh hidup tenang tanpa gangguan mereka!

"Zayne? Awak duduklah dulu dekat meja sana. Nanti saya datang," ujarnya sebelum mengemas meja yang berhambur. Zayne akur.

"Kau buat apa dekat sini?" Zayne yang baru saja hendak melangkah itu terhenti apabila mendengar suara itu menegur. Perlahan senyuman sinis terukir. Dia menoleh.

"Athari Baihaqi... Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini," balas Zayne tersenyum senget. Dia menyeluk saku seluar.

"Aku tanya kau buat apa dekat sini?" Soal Athari. Kalini nadanya sedikit kasar. Senyuman mengejek lelaki itu membuatnya panas.

"Bukan soalan tu patutnya aku tanya dekat kau ke? Kau buat apa dalam Kafe tunang aku?" Perkataan tunang ditekankan. Melihat riak Athari yang berubah membuatkan dia senang hati. Salah satu musuhnya dari dulu.

"Tunang?" Athari pura-pura menyoal. Walhal semua hal tentang Dhuha dengan Zayne dia lebih dari tahu. Semuanya kerana sahabatnya.

"Yes... untuk pengetahuan kau. She's mine. Tunang kesayangan aku. Kenapa, ada masalah?" Sinis dia menyoal. Dhuha Asyara sudah pening. Tak sangka pula dua jejaka itu berkenal.

"Huh... Jangan bongkak sangat. Baru tunang. Bila-bila masa boleh putus bila takde jodoh," ejek Athari selamba. Alahai apa bendalah yang dia cakap ini?

"So what? Kau ke yang tentukan jodoh kami berdua? Jangan nak jadi orang ketiga lah bro. Masih ramai perempuan wujud dekat muka bumi ni. Bukan tunang aku sorang," ujar Zayne. Riaknya berubah ketat.

"Masalahnya perempuan lain tak menarik macam tunang kau. Ya tak Dhuha Asyara?" Sempat dia mengenyit mata ke arah Dhuha Asyara.

Zayne yang sudah panas hati itu terus saja mencekak kolar baju lelaki itu secara kasar. Mata Dhuha Asyara membulat.

"Kau jangan nak melampau!" Jari dituding ke tepat ke mata Athari. Jejaka itu hanya tersenyum senget. Langsung tidak terkesan atau berasa gentar.

"Zayne sudah! Jangan nak buat kecoh dalam ni. Orang tengok nanti. Dan awak Encik. Tolong keluar sekarang." Pening kepala Dhuha melihat mereka. Tidak habis dengan satu masalah satu lagi datang.

Zayne melepaskan kolar baju Athari kasar.

"Berambus." Nafas ditarik dalam.

Athari tersenyum mengejek sebelum berlalu pergi. Lain harilah dia kacau pula. Adam ini pun satu! Yang suruh dia kacau tunang orang dah kenapa? Malaslah!

***
TBC...

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now