BAB 15

31 6 1
                                    

"Semua dah selesai. Esok aku balik. Rindu dengan Dhuha. Dia okay aje kan?" suara Adam kedengaran berbicara dari corong telefon. Athari telan air liur kesat. Sekarang baru rasa menyesal, dia dah khianat hubungan baiknya dengan Adam. Silap besarnya adalah melayani Dhuha dengan caranya.

Athari fikir dia hanya ingin bergurau. Mahu menjadi rakan kepada gadis itu. Tapi akhirnya dia sendiri sangkut. Bukan sahaja itu, sebetulnya Dhuha merupakan crush dia dari zaman sekolah. Hanya sahaja masa itu Adam yang dahulu buka langkah.

Buatkan dia mati langkah.

"Haq! Athari!" Jeritan Adam kembali menyedarkan Athari untuk ke realiti. Seketika dia berdehem. Buntu fikirkan cara untuk selesaikan masalahnya.

"Kenapa?" Athari betulkan nada ke biasa. Tidak mahu Adam mengesyaki sesuatu.

"Punya panjang aku tanya kau tadi. Kau tanya aku balik?" Bebelnya dari talian. Athari menggaru kening. Macam mana hendak jelaskan eh?

"Dia okay aje..." balas Athari ringkas.

Kedengaran keluhan dari Adam.

"Aku balik esok. Kau dah boleh stop untuk jaga dia. Aku akan usaha untuk ambil hati dia kembali. Thankyou bro. Thankyou sebab sudi tolong tengokkan keadan dia. Nanti aku belanja kau kereta baru okay?"  Ucapan ikhlas Adam sayup-sayup kedengaran.

Athari  meraup wajah. Apa yang dia buat kalini? Dia pentingkan perasaan sendiri berbanding perasaan sahabat dari kecilnya? Sungguh Athari rasakan dirinya cukup bodoh sekarang. Ahh!

Macam mana dia hendak berhenti jika hatinya sudah ada pada bekas teman wanita sahabatnya sendiri? Athari matikan talian. Rambut diramas kasar.

Keluhan dilepaskan.

Maaf Adam.

***

SENYUMAN bergula diukirkan apabila melihat wajah sang pujaan hatinya kini dihadapan mata. Perlahan Tengku Adam Iskandar menapak mendekati Dhuha yang tekun dengan kerja.

Seketika dia berdehem.

"Syara..." serunya lembut. Dhuha angkat wajah. Seperti yang dia duga, riak Dhuha berubah dingin. Adam telan liur kesat apabila anak mata Dhuha tajam memandangnya.

"Awak memang tak faham bahasa, Tengku Adam Iskandar?" Boleh beku Adam rasa dengan aura Dhuha.  Dia hamburkan tawa janggal.

"I nak bincang dengan you, Syara. Please bagi I peluang," rayunya perlahan. Nasiblah keadaan kaunter Dhuha adah tersorok sedikit.

"Semua dah selesai sejak tiga tahun lepas. Dan cinta saya pada Tengku Iskandar telah lama pudar semenjak Tengku bergelar suami wanita lain. So please stop ganggu saya. Bagi saya hidup aman tanpa gangguan sesiapa sekarang." Tenang bicara Dhuha.

Dirinya sudah cukup penat dengan apa yang terjadi. Tawar hati dengan perangai Adam Iskandar.

"Syara please. Bagi I peluang kedua, sayang... kalini I janji I akan tebus semua kesilapan I pada you. I akan buat you bahagia lebih dari sebelumnya," pujuk lembut.

Mendengar itu, Dhuha tertawa kecil. Namun cukup kedengaran sinis pada pendengaran. Tangannya naik berpeluk tubuh sendiri.

"Lelaki dengan janji manis berpisah tiada. Terima kasih sebab buktikan pada saya yang lelaki mulut manis ni sebenarnya memang tak boleh harap. Tengku lupa kut, apa yang tengku pernah janji dengan saya dulu? And pada akhirnya apa yang jadi? Tengku biarkan saya mengemis cinta tengku pada hari pernikahan tengku dengan perempuan yang saya anggap musuh sendiri?!" Nyaris naik seoktaf suara Dhuha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now