BAB 03

26 8 0
                                    


"KAFE apa lagi kalini Athari Baihaqi? Kau ni kalau boleh satu kafe dalam dunia ni kau nak ajak aku try." Darris melangkah masuk ditemani Athari. Jejaka itu hanya tersengih. Dia memang suka lepak dekat kafe.

"Alaa sekali sekala. Manalah tahu jodoh aku ada dekat sini kan?" Guraunya.  Darris menjelingnya sebelum terus melabuhkan duduk. Meja mereka agak tersembunyi. Namun masih dapat dilihat kaunter pembayaran itu.

Darris sekadar menggelengkan kepala. Pening melayan sahabatnya yang bermacam-macam ragam.

Athari meliarkan pandangan. Seketika anak matanya terhenti ke arah satu susuk tubuh gadis itu yang sedang tekun menunduk.

Wajah cantik itu tidak kelihatan jelas. Perlahan seulas bibirnya mengukir senyuman misteri. Hanya seketika sebelum berubah manis.

"Kau dah kenapa senyum-senyum? Nak jadi gila dah ke macam mana?" Soalan Darris menyentakkannya. Athari kembali menghadap Darris.

Rambut diraup sebelum belakang tubuh disandarkan ke kerusi. Bibir bersiul kecil.

"Aku dah nampak calon makmum aku dekat mana sekarang," ujar Athari secara tiba-tiba. Darris menggelengkan kepala.

"Sejak bila pula kau ambil kerja sebagai Imam ni? Asal aku taktahu?" Athari menjeling. Menyampah.

"Sibuk je orang tua ni. Duk diam-diam." Sentap, Darris terdiam. Namun hanya seketika sebelum dia menendang lagi buat kali ketiga betis Athari dari bawah meja.

"Aww sakitlah gila! Kau sehari ni memang nak kumpul dosa ke apa? Sakitlah! Boleh lebam betis aku," bebel Athari. Betisnya diusap. Sakit...

"Padan muka." Darris tersenyum mengejek. Panggil lagi dia orang tua. Kan dah mendapat!

"Haish diamlah. Aku nak usha bidadari ni." Darris sekadar menggeleng.

"Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman untuk menundukkan pandangannya serta—"

"Yelah yelah! Ish kau ni." Darris tertawa bebas melihat riak cemberut jejaka itu apabila dia membacakan maksud ayat dari surah An-nur tersebut. Tahu takut. Usha lagi anak dara orang!

Macam-macam betul perangai lelaki itu. Tak padan dengan umur.

***

"Cik Dhuha." Dhuha mengangkat wajah apabila Rafi salah seorang pekerjanya memanggil. Kening dijungkitkan. Pen disimpan kembali.

"Kenapa?" Satu jambak bunga tulip dihulur sopan oleh Rafi. Makin berkerut dahi Dhuha. Dia memandang bunga itu silih berganti dengan Rafi. Pemuda itu tersengih ke arahnya.

"Awak nak bagi saya bunga ke apa?" Soal Dhuha hairan. Tidak pernah selama dia hidup seseorang memberinya bunga. Bunga hidup pula tu! Paling penting itu bunga kegemaran dia antara semua.

"Eh tak Cik Dhuha! Saya cuma wakil je. Ada hamba Allah tadi yang suruh saya hantarkan bunga ni untuk Cik Dhuha," jelas Rafi laju. Pudar terus sengihannya. Apa kejadahnya dia bagi bunga dekat perempuan lain. Tahu dek tunangnya mahunya dia kena tibai.

Dhuha terdiam. Sekejap, siapa yang baik hati sangat pergi hantarkan dia bunga ini? Takkanlah Zayne? Sedangkan Zayne langsung tidak tahu bunga kegemarannya. Lagi pula Zayne sekarang berada diluar negara atas tuntutan kerja.

"Terima kasih." Perlahan Dhuha menyambutnya. Bunga tadi didekatkan ke hidung setelah kelibat Rafi hilang dari pandangan mata. Wangi! Bau segar.

Seketika anak matanya menangkap satu kad kecil yang terselit antara kelopak bunga itu. Kad tersebut berwarna pink lembut. Dhuha membukanya.

Pandangan dipakukan ke arah tulisan tangan kemas itu. Cukup tersusun rapi dan sedikit kecil.

I rindu you, sayang. Tunggu I ya?

From your future husband .

Zap!

Bagaikan kelu lidah Dhuha Asyara pada tempatnya. Tidak tahu hendak beri reaksi macam mana atas surat dan bunga tersebut. Lama dia merenung tulisan tersebut.

Liur ditelan kesat. Anak matanya meliar memandang sekeliling. Sepi. Hanya pelanggan biasa yang sedang menikmati masa emas mereka.

Siapa?

Sungguh Dhuha pening.

***

Malam itu. Dhuha turun ke dapur bagi mengisi perut. Namun suara riuh rendah dari dapur itu mengundang rasa hairan. Dia berlalu ke dapur. Seketika dia sedikit tersentak apabila melihat beberapa manusia yang sedang bergelak tawa itu.

Liur ditelan kesat tatkala renungan tajam papanya kelihatan. Seperti ingin menghunus saja.

"Dah siap semua baru reti nak turun makan?" Sindir Tuan Hazir. Disisinya terdapat isteri serta empat orang lagi anak mereka.

Dhuha kekal tenang. Mana dia tahu ada orang lain dirumah mereka. Walaupun sudah terbiasa papanya membawa isterinya itu ke rumah mereka. Hampir setiap minggu. Entah apa yang seronok sangat duduk sini. Alasannya rumah ni cantik sangat. Gaya macam Dhuha tak dapat hidu sesuatu.

"I tak tahu pula isteri papa akan datang." Tenang sahaja dia menjawab. Wanita itu hanya diam. Namun dapat Dhuha rasakan angin yang tidak baik datang dari wanita itu.

Tambahan pula pandangan mata oleh anak kedua Puan Hani itu membuatkan Dhuha tidak selesa. Bukan takut untuk menghadap mereka. Tapi Dhuha takut dia tidak dapat menahan hati dari melihat layanan terlebih mesra papanya.

"Alasan. Papa ada beritahu dekat chat, tapi kamu langsung tak buka. Jangan nak jadi kurang ajar sangat Dhuha Asyara!" Keras nada Tuan Hazir. Menekankan suara.

"Maaf. Syara tak buka telefon dari pagi, pelanggan terlalu ramai. Tak sempat. Lagi pun telefon Syara dah mati." Dhuha meminta maaf. Walaupun hatinya sedikit sakit kerana papanya cepat saja tuduh secara melulu.

"Takpelah you. Jom kita makan. Anak-anak dah lapar ni," celah Puan Hani ke arah suaminya. Senyuman manis dilemparkan.

Anak suaminya itu hanya dibiarkan seolah tidak wujud. Dia hanya perlu sedikit masa lagi untuk menghalau keluar gadis itu. Yang pastinya secara perlahan-lahan. Dia inginkan rumah ini. Sangat luas dan mewah. Pasti hasil dari titik peluh bekas isteri suaminya.

Puan Hani ada menyimpan rencana yang besar. Yang pastinya suaminya langsung tidak tahu tentang hal ini.

Melihat papanya mula ralit makan bersama keluarga barunya tanpa mengajak dirinya mengundang rasa pedih hati. Dia merenung seketika sisi wajah papanya sebelum nafas dihela perlahan.

"Syara minta izin keluar kejap." Seperti angin berlalu. Tuan Hazir langsung tidak ambil peduli. Masih tekun melayani mesra anak dan isterinya.

Dhuha tahan hati. Kaki diangkat pergi. Tiba saja dibilik barangan pentingnya diambil. Perut yang terasa lapar disentuh. Akhirnya Dhuha ambil keputusan untuk makan diluar sahaja.

Orang lain, bagi mereka ahli keluarga adalah rumah nyaman. Namun tidak bagi Dhuha. Dia bagaikan hidup dengan orang yang membenci dia atas salah yang dia sendiri tak tahu buat. Bagaimana lagi dia hendak menganggap papanya rumah nyaman sedangkan memandang wajahnya saja papa dia seolah tidak sudi.

Sungguh, rasa sakitnya dipendam sendiri. Bahkan ketika usianya menginjak dewasa papanya mulai kurang perhatian. Dengan mamanya yang sakit buatkan Dhuha rasa dia berada dititik rendah kehidupan.

Nafas dihela perlahan.



***

TBC...

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now