BAB 08

13 7 0
                                    

Flashback :    3 tahun yang lalu.

NAFAS yang termengah-mengah cuba untuk distabilkan. Lelah berlari dari tempat parkir kereta hingga tiba di hadapan rumah banglo tersebut. Langkah kaki diperlahankan menuju ke arah bawah pokok. Dia berteduh seketika disitu memandangkan cuaca agak panas.

Tanpa menanti lama, kelihatan susuk tubuh tegap milik seorang lelaki menghampirinya. Melihat jejaka tersebut lengkap berpakaian baju melayu, putih suci itu membuatkan dada Dhuha Asyara semakin dicengkam pedih.

Dan apabila figura itu terpampang jelas di hadapan mata mengundang cairan jernih untuk bertakung ditubir. Riak jejaka itu seperti serabut.

"Ap-apa se-semua ni, Iskan? Kenapa Iskan buat saya macam ni? Apa salah saya Iskan? Apa kurangnya saya pada awak??" isi hati terus dihamburkan tanpa menanti jejaka itu bersuara.

Sungguh, Dhuha bagaikan dihempap bumi apabila mendapat panggilan dari kekasih hatinya bahwa sebentar lagi lelaki itu bakal menjadi suami kepada perempuan lain. Yang pastinya bukan dia!

"Sayang... I—I minta maaf. Tapi ini pilihan mummy I. I sendiri tak boleh bantah. I minta maaf sangat-sangat sebab buat you kecewa dengan I," jujur Tengku Iskandar. Riak terluka si gadis membuatnya semakin serba salah. Silapnya yang mencintai dua wanita sekaligus dalam satu masa.

Sedangkan dia sendiri tahu yang dia hanya akan mampu memilih salah satu darinya.

Dhuha Asyara kemam bibir. Menahan tangis dari terhambur deras. Berkali-kali kelopak mata itu dikerdip-kerdip. Ya Allah sesakit ini rasanya dikhianati.

"Kenapa awak tipu saya, Iskan? Kenapa awak tak pernah jujur dengan saya sejak dari awal? Sekurang-kurangnya saya boleh bersedia untuk tarik diri, jika memang ini pengakhiran kita," tutur Dhuha penuh duka pada nadanya.

Tengku Iskandar diam seribu bahasa. Dia telah melukai hati gadis yang pernah dia cintai setulusnya. Rasa bersalahnya makin menjadi-jadi.

"Maaf, Dhuha. I rasa ini adalah jalan terbaik untuk berdua. I doakan you bertemu dengan lelaki yang jauh lebih baik dari I... Lupakan I, Dhuha." Sayu suara Tengku Iskandar.

Dhuha Asyara menggeleng perlahan.

"Lepas apa yang awak dah buat dekat saya, semudah ni awak suruh saya lupakan awak? Mana hati perut awak, Iskan? Mana janji manis awak untuk bahagiakan saya?" Dhuha menyoal perlahan. Kepala ditelengkan ke tepi. Dia tidak mampu merenung wajah tampan yang baru sahaja menyakitinya tersebut.

Tengku Iskandar menunduk lama.

"Maaf..."

"Saya tak nak dengar perkataan maaf awak, Iskan! Saya nak dengar penjelasan awak! Kenapa?? Kenapa awak buat saya macam ni!" Perlahan tubuh Dhuha jatuh melorot. Lutut menyembah lantai bumi.

Air mata mengalir deras tanpa tertahan. Dia cuba untuk bersabar. Tapi hatinya sendiri cukup sakit dengan berita penuh tiba-tiba ini. Dia mencintai Tengku Iskandar setulus hati. Namun ini balasan yang dia dapat.

Tengku Iskandar turut berlutut. Tidak dipedulikan lagi baju nikahnya bakal kotor. Kedua bahu gadis itu disentuh lembut.

"Dhuha... jangan macam ni Dhuha... I minta maaf sayang. Bagi I masa untuk jelaskan semua ni," pujuknya lembut. Dhuha menggeleng kuat. Tangan lelaki itu ditolak kasar.

"Saya benci awak, Iskan! Saya benci awak selamanya!!" jerit Dhuha agak kuat sebelum dia bingkas berdiri. Tanpa menoleh lagi dia berlari laju menjauhi Tengku Iskandar yang telah membuat dirinya sakit.

Tengku Iskandar berdiri pantas.

"Dhuha! Dhuha Asyara!!" Panggil Tengku Iskandar. Sayangnya kelibat Dhuha semakin menghilang dipandangan.

Songkok hitam dibuka. Rambut diramas kasar. Apa yang patut dia buat!

End of flashback.

***

WAJAH cantik itu kelihatan tenang. Tidak pernah sekali pun Athari melihat bibir merah itu mengukir senyum untuk sesiapa. Dia yakin, ada sesuatu yang merenggut bahagia gadis itu.

Athari kemaskan rambut. Lalu, dengan langkah santai dia mendekati Dhuha yang tekun mengemas meja kaunter itu. Tanpa sebarang salam Athari terus menyapa.

Tangan naik menopang dagu. Posisi biasa apabila dia ingin mengusik si gadis.

"Hi cantik. Rindu saya tak?" Mendengar suara garau itu, Dhuha mula hembus nafas. Rimas! Datang dah bala ni, tak puas-puas gamaknya kena halau dengan Zayne haritu.

"Encik memang tak makan saman kan?" Dhuha angkat wajah. Tangannya turut berhenti dari mengelap meja tersebut.

Athari tersenyum lebar.

"Haih lah... sejak bila pula saya yang manusia ni makan surat saman? Saya tak makan kertas tau. Saya cuma makan nasi, ayam, ikan. Sayur. Tapi paling saya suka ik—"

"Saya tak tanya encik," cantas Dhuha tegas. Dia menjeling sebelum kembali duduk. Telefon pintar ditarik. Sengaja tidak ambil kisah lagi pasal lelaki itu. Entah dari mana hamba Allah ni datang tiba-tiba sahaja sudah didepan mata. Ingatkan dah putus asa sejak tahu dia sudah bertunang.

Athari lepaskan tawa kecil.

"Memang lah awak tak tanya. Tapi saya kena juga lah bagitahu supaya senang bila dah kahwin nanti," ujar Athari mengusik. Ini memang melebih dari apa yang Adam suruh, tapi ahh peduli apa dia? Masa sekarang lah dia boleh test ilmu memikat dia ha!

Niatnya hanya ingin bergurau sahaja. Tiada yang lebih dalam hal perasaan. Lagi pula dia tahu gadis ini gadis idaman sahabatnya.

"Kalau encik kemaruk sangat nak kahwin, pergi cari perempuan yang nak encik. Saya tak nak encik. Sila pergi," tekan Dhuha. Stress.

"Saya tak nak perempuan lain, saya nak awak juga." Athari tidak henti mengusik.

"Diam lah,  lelaki sewel," bidas Dhuha hilang sabar. Namun perkara itu hanya mengundang tawa keras Athari. Langsung tidak terkesan.

Penat ketawa, Athari diam seketika. Anak mata Athari beralih mencari sesuatu diatas kaunter tersebut.

"Mana gula-gula free dekat sini? Dah habis ke? Ke si cantik ni dah tak mampu bagi orang free lagi?" soal Athari. Sehari tidak mengusik tidak lengkap. Dia sekadar ingin membuat gadis itu ceria. Tapi bila tengok gaya macam tak kena aje! Haih lantaklah. Penting dia dah jalankan tugas.

Dhuha mendengus perlahan. Botol panjang berisi penuh gula-gula diambil sebelum diangkat naik ke atas meja. Berbunyi sedikit meja itu apabila dihentak.

"Eh ada lagi! Sedapnya! Saya nak perisa coklat ni. Manis, haritu terambil lemon, masam erhh," bebel Athari lalu dengan selamba menyeluk tangannya ke dalam timbunan gula-gula.

Dhuha mengeluh halus. Dari mana datangnya lelaki sewel ni ya Allah? Sungguh Dhuha penat menghadap perangai tidak matang itu. Gaya pemakaian Dhuha sudah cukup yakin yang lelaki itu seorang anak yang berada.

Dari jam, minyak wangi. Pakaian. Malah kereta lelaki itu sendiri dia sempat nampak beberapa hari lalu. Kereta mewah.

Tapi semua itu cukup tidak sesuai dengan perangainya yang tidak semenggah. Ada satu hari itu bolehnya Athari minta makanan percuma dari dia. Dia ingatkan cuma main-main, lah sekali dengan selamba Athari berlalu pergi selepas makan.

"Jauhnya awak mengelamun, mesti awak tengah fikirkan masa depan kita bila kahwin nanti kan? Awh so sweet! Sabar ya cantik. Nanti saya masuk meminang okay?" Athari bersiul kecil.

Dhuha picit pelipis. Haish!

***
TBC

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now