BAB 04

34 9 0
                                    

PETANG ITU Dhuha sekadar duduk memerhati keadaan sekeliling kafe miliknya. Dari pagi sehingga petang dia langsung tiada masa untuk rehat. Baru sekarang ada kebebasan sedikit untuk rehat. Jangan ingat dia bos dia langsung tak buat kerja.

Salah-salah. Dia sendiri pun akan turun membantu apabila pelanggan terlalu ramai. Kafe itu cukup luas. Sehingga dia memerlukan agak ramai pekerja.

Bunyi deheman seseorang menarik minat Dhuha Asyara untuk memandang. Seketika anak matanya sedikit meluas tatkala figura seorang lelaki berbadan tegap sedang berdiri dihadapannya.

Jejaka itu tersengih sendirian. Senyuman paling bergula diberikan untuk si gadis.

"Hi pemilik hati eh silap— pemilik kafe? Saya Athari Baihaqi. Boleh panggil abang." Tanpa dipinta lelaki itu mengusik. Berkerut dahi Dhuha. Dia memandang jejaka itu penuh hairan.

"Auch janganlah renung saya macam tu! Boleh lemah jantung tengok panahan mata awak." Lelaki itu berbuat drama dengan menyentuh jantungnya.

Tersengih-sengih sendiri seolah orang kurang siuman. Dhuha menghela nafas sebelum duduk dibetulkan.

"Encik nak buat pembayaran?" Soal Dhuha Asyara cuba untuk serius. Wajah lelaki tersebut tampan. Sayangnya dia lihat dah seperti orang kurang siuman sahaja.

"Nak. Tapi nak lagi best saya masuk meminang awak, setuju tak?" Dhuha pejam kelopak mata. Sah lelaki itu memang gila!

"Saya serius. Kalau encik taknak buat pembayaran Encik boleh keluar. Jangan risau saya halalkan. Tapi tolong pergi." Dingin nada gadis itu membuatkan Athari tersenyum lucu.

Comel!

"Aww sakitnya tuh disini! Saya kena halau oleh bidadari cantik ni." Riak cemberut ditayangkan. Dhuha Asyara memusingkan bebola mata. Menyampah. Dasar lelaki buaya!

"Sebelum saya hilang sabar baik Encik keluar sekarang. Saya tak ada masa nak layan orang kurang siuman." Mendengar itu Athari tanpa menanti lama terus hamburkan ketawa. Adoilah... bolehnya dia kena cop gila oleh gadis itu.

"Haih gurau jelah. Garang betul si cantik ni." Athari mengalah. Dompet dikeluarkan, lalu kad hitam itu ditarik keluar sebelum dihulur.

"Nah. Nanti dah jadi isteri saya tak boleh garang-garang macam ni tau. Kitanya manja." Masih belum puas mengusik Athari merapatkan badan ke meja kaunter sebelum dia bertongkat dagu. Memerhati si gadis.

Dhuha kekal diam. Riak beku ditayangkan. Malas mahu melayan. Macam dah tak ada kerja lain. Selesai saja kad bersama resit pembayaran dihulur ke arah lelaki itu.

Athari melihat bil pembayaran itu seketika sebelum dia kembali memakukan pandangan ke arah Dhuha.

"Awak tak ambil bayaran lebih ke? Ala rugilah awak nanti sebab tak ambil bayaran lebih. Saya banyak duit tau! Nak tanggung awak pun boleh. Gerenti tak habis punya bagi makan 7 keturunan." Sengaja ingin membuat Dhuha berasa marah. Dia semakin mengusik.

"Saya bukan jenis perempuan tamak. Dan saya tak perlukan harta Encik untuk tanggung kehidupan saya." Dhuha menjawab tenang. Dia langsung tidak memandang wajah lelaki itu. Sudahlah dia penat. Tambah pula kena hadap lelaki ni.

Athari tersenyum senget.

"Jangan terlalu yakin. Siapa tahu kita berjodohkan? Mestilah saya nanti yang akan tanggung makan minum awak, ya tak Cik Dhuha Asyara?" Ingin sahaja Dhuha menghempuk kepala lelaki itu dengan fail ditangannya.

Dhuha sekadar diam. Dia kembali duduk tidak menghiraukan lelaki tersebut. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Kenapalah semua lelaki yang dia jumpa ni hampir semua perangai sama. Buaya sungai!

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now