BAB 09

12 6 0
                                    

SEPASANG kot hitam disarungkan ke tubuh kekarnya. Tangannya bergerak mengemaskan lagi penampilannya pagi itu. Lalu langkah kaki dibawa menuju ke arah pintu. Riak serius Athari mengundang kecut pada hati para pekerjanya.

Mana tidaknya, Athari merupakan satu-satu bos mereka yang amat santai orangnya. Ni bila tiba-tiba angin tak baik memang kecut lah mereka.

Jaranglah mereka kena marah. Biasanya hari -hari mereka akan dipenuhi dengan lawak-lawak kering.

"Selamat pagi Tuan," ujar Wardah. Dia menunduk sedikit. Athari menjeling sekilas sebelum terus berlalu pergi.

Ah! Dia tak ada mood untuk hendak bersapa mesra dengan sesiapa pada pagi ini. Semua sebab si cina bukit itu! Ha siapa lagi kalau bukan Zayne. Lelaki berkacukan cina yang telah menjadi pilihan hati Dhuha.

Ini bukan bersaing tentang cinta. Tapi ini bersaing tentang dunia bisnes! Dia memang geram dengan gaya bongkak Zayne dari dulu.

Dia tahu pagi ini dia bakal berhadapan dengan Zayne Riqsar Lee. Pemilik sah kepada RIQSAR LEE. Ini semua papanya punya pilihan lah. Agaknya masa papa pilih syarikat untuk bekerjasama mata papa tertutup kut, yalah dah papa dia pilih si Zayne tu! Mana dia tak panas hati.

Pintu bilik meeting yang terbuka luas dimasuki dengan langkah kaki yang bergaya. Lurus sahaja tujuannya menuju ke arah kerusi khas untuknya. Malas hendak pandang sekeliling. Nanti rosak kornea matanya bila nampak Zayne.

Seketika kedengaran bunyi deheman dari seseorang. Athari cukup yakin itu suara Zayne. Nak test suara gamaknya. Kut lah lepasni jadi emcee tiba-tiba ke.

Hampir sejam perbincangan dilakukan. Akhirnya Athari sudah bebas. Bosannya hadap tugas ni. Patutnya dari mula lagi dia dah cabut lari. Bertambah tak sedap udara yang dia sedut bila ada Zayne.

Athari bingkas bangun. Tanpa bicara dia melangkah keluar. Nak larikan diri.

***

Serbuk coklat itu di isi ke dalam gelas. Lalu air kosong sederhana panas itu dituang. Baru sahaja tangannya hendak menggaul satu suara yang menegur mematikan pegerakannya.

"Siapa suruh kau minum air coklat aku?" soal Adina. Adik tirinya. Dhuha pusing tubuh. Anak matanya naik memandang pemakaian gadis itu.

Baju tidur senget, rambut kusut masai. Malah kelihatan jelas makeup yang belum dicuci sudah pudar sehingga mencomotkan muka.

Ternaik hujung bibir Dhuha.

"You bermimpi di siang hari rasanya. Cuba sedar diri sikit, belanja dalam rumah ni I semua yang tanggung. Sejak bila pula coklat fav I ni jadi you punya?" bukan hendak kedekut. Tapi Dhuha cukup tidak suka dengan nada suara Adina yang kononnya 'Tuan rumah' dalam rumah milik Dhuha.

Adina mendengus kecil. Rambut diselak ke belakang.

"Berlagak sangat. Baru ada rumah buruk macam ni terus melangit tinggi ya?" ejek Adina. Dhuha ketap bibir. Dia maju beberapa tapak ke hadapan Adina. Gadis itu hanya paras dagunya sahaja.

Dhuha bongkokkan badan agar selaras dengan muka tidak siap Adina.

"Rumah buruk yang you panggil ni, adalah rumah sama yang mummy you terhegeh-hegeh nak rampas sampai hilang sifat malu. Oh I lupa! Dengan you sekali, adik you lagi. Senang cerita tujuh keturunan you nakkan rumah buruk ni. Dah tak mampu kan? Kesian juga I, dah tak mampu beli rumah sampai sanggup rampas orang punya?" Hujung bibir Dhuha naik mengorak senyum sinis. Cukup tajam.

Nada bicaranya cukup lembut, namun tidak dengan ayatnya yang makan dalam.

Wajah Adina merah. Panas hati!

"Kau tak kenal aku siapa! Kau tak kenal mummy aku! Jangan cuba-cuba nak hina," marah Adina.

Dhuha hambur gelak halus. Badannya kembali ditegakkan. Tangannya naik berpeluk tubuh.

"Hani Tiara... bekas kekasih gelap Dato' Kyle. Orang sama yang pernah di heboh, kaki kikis, keluar masuk kelab malam. Lari tinggalkan suami sendiri atas alasan mahukan kebebasan. Sekarang dah jumpa lubuk duit baru untuk dia enjoy sana sini dengan lelaki lain. Tu yang lupa asal usul sekali dengan anak-anak luar nikah dia, nasib lah papa I ni baik hati sangat sanggup pungut orang macam dorang tu ya?" Akhir bicara Dhuha tergelak sinis. Rambutnya diraup ke belakang.

"Lain kali, jangan cuba cabar Dhuha Asyara kalau tak nak kena sembur okay?" bahu Adina ditolak sedikit.

Baru sahaja Adina hendak membalas kembali, kedengaran suara Tuan Hazir memetir dari belakangnya. Anak mata Dhuha beralih memandang papanya.

"Kamu ganggu apa lagi dengan Adina, Asyara?" tegas papanya menyoal membuat Dhuha tersenyum senget. Dia mengerling sekilas Adina sebelum kembali memandang Tuan Hazir.

"Syara tak pernah ganggu anak emas papa ni. Jangan risau. Syara ada buatkan dia minuman. Tu dekat kabinet sana, nanti jangan lupa minum ya, Dina?" Dhuha menepuk lembut pipi Adina sebelum berlalu pergi. Tanpa menoleh dia berjalan laju.

Langkah terus diatur ke bilik. Sejauh mana pun dia bertahan dengan situasi ini. Dhuha tetap tidak mampu tahan. Lagi-lagi apabila berkaitan papanya. Dia tidak mahu hatinya sendiri pedih menghadap sifat penuh tidak adil papanya terhadap mereka.

Walaupun dia sendiri tahu, kasih sayang dari papa untuk dirinya sudah lama terhapus. Dhuha tetap berharap suatu hari nanti dia akan merasai semula kasih sayang tulus dari seorang lelaki yang bergelar ayah.

***

Athari garu kepala melihat dua adik beradiknya sedang merenung tajam. Ah! Ni yang seram bila jadi anak bongsu ni! Athari sengih. Kerusi berhadapan meja makan tempat abang serta kakaknya duduk ditarik.

"Kami dah berjam-jam sampai dekat rumah, kenapa baru sekarang muka Haq muncul ni?" soal abangnya. Anhar Bunyamin. Riaknya garang.

"Baru habis waktu kerja lah long. Harini bukan hari cuti. Dah along dengan akak balik time hari bekerja. Mana nak nampaknya muka hensem Haq," balas Athari pertahankan diri.

"Riri kalau menjawab memang nombor satu. Dahlah dengan tak salam akak, ni memang dah lupa akak ke macam mana ni? Orang call tak sambut, chat tak balas," bebel Arissa. Hanya dia yang memanggil Athari dengan panggilan manja. Riri.

Athari tergelak kecil. Dia bingkas bangun lalu menuju ke arah kakaknya. Tangan dihulur, bersambut sahaja Athari tunduk menyalam satu-satunya kakak perempuan dia.

"Bateri telefon kong lah kak...." seperti biasa. Athari dengan alasan tidak boleh diguna pakainya memang tak dapat berpisah.

"Banyak lah kong Riri." Sempat cuping telinga dipiat lembut. Athari sekadar sengih. Kini dia beralih ke arah abang sulungnya yang santai menyuap.

"Bro tak nak salam?" soalnya dengan bergaya. Anhar mengerling sekilas sebelum kaki kirinya diangkat.

"Cium kaki along dulu," usiknya. Arissa yang melihat itu menepuk bahu abangnya. Dua kali lima saja dengan adik bongsu mereka. Athari mencebik.

"Diam lah, Abdullah. Tak faham lah..." Athari menyepak perlahan betis Anhar sebelum berlalu pergi. Tidak jadi hendak buat sesi salam bersalaman. Arissa menepuk dahi. Alahai dua manusia ni!

"Along awak tu, Riri!"

"Biar dia, Rissa. Esok pagi dia bangun kaki dia dah jadi ekor pari dah. Sebab apa? Sebab kena sumpah dengan abang sendiri." Anhar kembali menyuap seolah tiada yang berlaku.

Athari sekadar diam. Sempat ayam goreng abangnya dicuri lalu diletak atas pinggan sendiri. Malas lah nak panjangkan tangan ke mangkuk berisi ayam tu. Terasa jauh. Benda dah ada dekat. Ambil aje lah.

"Athari Baihaqi!"

"Ya abangku?"

Arissa sudah geleng kepala melihat cara mereka 'Bersapa mesra' adik beradik.

***
TBC.

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now