BAB 05

187 7 1
                                    

"Sayang. Jam ni sesuai tak dengan I? I baru tempah dari london. Tapi bila sampai rasa macam tak sesuai pula. I nak pakai masa hari nikah kita nanti," ujar Zayne ke arah Dhuha. Gadis itu hanya menjungkit kening seketika.

Dia memandang sekejap ke arah jam yang terlilit di pergelangan tangan Zayne.

"Sesuai," jawaban ringkas itu mengundang rasa tidak puas hati pada Zayne. Riak berubah cemberut. Takkan itu sahaja jawabannya? Penat-penat dia menyoal panjang.

"Ala sayang ni. Takpalah, kita cari jam untuk you pula, I belanja. Ni first time I nak bagi you hadiah." Zayne bergerak ke arah lain. Baru saja dia hendak menarik tangan gadis itu, Dhuha lebih pantas menyorokkan tangan.

Riak kurang senang dipamerkan.

"Saya boleh jalan sendiri. Tak perlu sentuh," halang Dhuha dingin. Zayne kaget. Dia berdehem seketika sebelum mengukir senyuman manis.

"Jom, sayang."

Dhuha Asyara mengekori langkah panjang Zayne. Sebenarnya jejaka itu bukan tidak hensem. Bolehlah kacak sikit bagi dia. Tapi entahlah kenapa hati dia susah sangat nak lekat dengan Zayne. Mungkin kerana perangai? Entahlah. Dia sendiri tak faham dengan apa yang dia mahukan.

"Sayang. Jam ni cantik. Cuba dulu I nak tengok." Dhuha bagaikan patung hidup yang berjalan. Beberapa barang yang lelaki itu ingin belikan dia tolak habis-habisan. Tidak mahu menerima.

Kalini mereka berdua keluar atas ajakkan Zayne sendiri. Selepas saja pulang dari luar negara jejaka itu tiba-tiba mengajaknya berjumpa.

Dhuha mula menyuap nasi ke mulut. Langsung tidak dihiraukan Zayne yang sedang berceloteh tentang kejadian diluar negara. Sekali sekala Dhuha mengangguk. Sekadar meraihkan bicara lelaki itu.

"Sayang nak tambah? I boleh orderkan lagi," soal Zayne apabila melihat Dhuha Asyara ralit menyuap. Sehingga nasi itu tinggal separuh sahaja lagi. Dhuha menggeleng pantas.

Andai Zayne tahu yang dia sebenarnya sedang paksa diri untuk makan. Dia tidak mahu membazir. Nampak saja makan secara berselera tapi dia sedang menahan mual. Ini semua Zayne yang memandai-mandai orderkan dia tanpa persetujuan darinya.

"Okay. Kalau nak apa-apa, sayang bagitahu I ya?" Sekali lagi balasan Dhuha Asyara hanyalah anggukkan.

Seketika Dhuha nyaris saja termuntah. Dia menekup mulut. Air dicapai sebelum diteguk. Zayna yang tersentak itu terus saja menghulurkan tisu. Riaknya berubah risau.

"Sayang okay? Kenapa sampai tersedak ni?" Soalnya bimbang. Dhuha Asyara menarik nafas. Bibit dilap bersih. Naik merah hidungnya.

Wajah dipanggung memandang ke arah Zayne. Riak lelaki itu tersorok. Seolah amat bimbang dengannya. Membuatkan Dhuha Asyara sedikit serba salah.

"Sorry. Sa-saya tak dapat tahan," pinta Dhuha Asyara. Rasa bersalah kerana hampir termuntah dihadapan Zayne yang sedang menjamu selera.

"No sayang. Tak perlu minta maaf. You tak salah apa pun." Laju saja Zayne menggeleng. Sedikit sebanyak wajah merah gadis itu membuatkannya berasa kesian.

"Sayang jangan paksa sangat. Kalau tak boleh telan takpa." Dhuha mengangguk. Dia berdehem sebelum membetulkan duduk.

"Sayang taknak membazir ya?" Seolah memahami Zayne menyoal. Sebulan lebih bertunang dengan gadis itu dia sudah dapat tahu sedikit sebanyak tentang gadis tersebut.

Perlahan Dhuha Asyara mengangguk.

"Takpa. Mari I habiskan." Baru saja tangan Zayne hendak menarik pinggan berisi makanan itu Dhuha Asyara menghalang. Riak serba salah ditayangkan.

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now