Senja semakin menginjak, dan suasana di Mystic Valley Resort mula berubah menjadi nyaman dan damai. Usai solat Maghrib, semua berkumpul di ruang makan terbuka yang disediakan di hadapan villa. Bau ayam panggang dan makanan lain memenuhi udara, membangkitkan selera semua yang hadir.
Sofia duduk di sebelah Farish dan Irina, cuba memastikan anak-anaknya makan malam sebelum mereka teruja untuk meneruskan ke aktiviti seterusnya.
"Ayish, Rin, makan dulu. Mama cancel nama kamu berdua ya kalau tak makan," Sofia memberi arahan dengan tegas, tetapi lembut.
Farish mengerutkan dahi, sambil memandang Irina, seolah-olah kedua-duanya sudah sepakat. "Tapi mama, kami nak bakar marshmallow dulu," kata Farish sambil tersengih, cuba memancing simpati Sofia.
Sofia mendengus kecil. "Makan dulu. Kalau tak, nanti perut lapar masa tengok bintang, tak ada siapa nak layan kamu,"
Irina menyambung, "Tak naklah makan sekarang, nanti tak seronok bakar marshmallow."
Farish dan Irina kemudian memandang ke arah Emir yang sedang berbual dengan Jeremy di sebelah tempat BBQ. "Papa! Boleh tak kami bakar marshmallow dulu?" Farish memanggil dengan suara riang, sambil melambai ke arah Emir.
Emir tersenyum mendengar permintaan anak-anaknya dan berjalan menghampiri Sofia yang kelihatan masih tegas dengan anak-anak mereka. Dia memandang Sofia sambil memberi isyarat lembut meminta pengertian. "This time only, Sofi. Biar dia orang bakar marshmallow dulu, nanti kita boleh makan sama-sama lepas tu,"
Sofia menghela nafas panjang, cuba menahan geram. Dia tidak membalas Emir, sebaliknya hanya menoleh ke arah lain dengan wajah tegang.
Melihat Sofia yang diam, Farish dan Irina bersorak riang, bertepuk tangan sambil berlari ke arah api kecil yang sedang dinyalakan untuk membakar marshmallow. "Yay! Papa dah bagi kebenaran!" kata Irina, penuh keterujaan.
Aidil, yang duduk di sebelah Sofia, menepuk lembut bahunya. "Tak apa lah, Sofi. Kali ni je. Nanti kalau dia orang lapar, pandailah minta makan."
Jeremy, yang sedang sibuk mengipas ayam panggang, mengangguk tanda setuju sambil mencelah, "Betul tu, Sofia. Lagipun, marshmallow bukannya mengenyangkan. Nanti lapar, dia dia orang datang balik cari ayam panggang ni."
Sofia menggelengkan kepala, mendengus kecil. "Kalau lapar nanti, jangan cari mama pulak," katanya, separuh membebel.
Jeremy yang melihat Sofia mula tersenyum sedikit, cuba menenangkan keadaan. Dia mengipas ayam dengan gaya berlebihan, lalu sengaja mengipas ke arah Sofia, membuat Sofia tertawa kecil. "Tenang, Sofia. Tak lama lagi, semua orang akan lapar dan datang balik."
Sofia tersenyum, cuba menahan gelak. "Kalau awak kacau saya lagi, saya ketuk kepala awak dengan penyepit ni," katanya sambil mengangkat penyepit ayam ke arah Jeremy, acah-acah hendak mengetuk kepalanya.
Semua yang melihat gelagat mereka tertawa. Gelak tawa yang tercetus daripada Jeremy dan Sofia itu membuatkan suasana di sekeliling menjadi lebih santai.
Di sudut lain, Isabella baru keluar dari biliknya, mengenakan baju santai tetapi tampak rapi. Emir yang melihatnya segera menyapa dengan senyuman nakal. "Dah lawa dah tu, tak payah bersiap lama-lama sangat," usik Emir.
Isabella tersenyum malu, sedikit menunduk. "Abang dah makan?" soalnya sambil berjalan mendekati Emir.
Emir mengangguk dan menunjukkan pinggan kosong yang terletak di atas meja. "Dah, tadi makan sikit. Bella nak makan sekarang? Sayang lapar tak?"
Mendengar perkataan "sayang" keluar dari mulut Emir, Mia dan Aidil yang sedang berdiri di sebelahnya serentak menoleh, jelas terkejut dengan panggilan itu. Mata Mia langsung memandang ke arah Sofia yang sedang membantu Jeremy memanggang ayam di tepi tempat BBQ.
![](https://img.wattpad.com/cover/338740922-288-k587857.jpg)
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomansaSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...