"Bila akak sampai ?" soal Syaiha terpinga-pinga
Rose tersenyum sambil menggeleng.
"Itu la berangan lagi !" pantas Rose menarik telinga Syaiha.
"Kak Rose ! sakit la." Syaiha memuncung bibirnya.
Rose sudah ketawa. "Akak tarik muncung tu baru tahu."
Syaiha mencebik "Kak Rose ni dari dulu suka cakap benda sama je, tapi tak juga tarik-tarik."
"Amboi bukan main kenakan akak eh !" membulat mata Rose.
Syaiha tersengih panjang. Suka kenakan kakaknya itu.
"Akak sihat ?" soal Syaiha sambil menghirup air.
"Alhamdulillah, Syai ?" Rose pula bertanya. Air yang dipesan Syaiha tadi di hirup sedikit bagi menghilangkan dahaga. Mengah berjalan tadi pun masih belum hilang.
Syaiha mengangguk. "Sihat ja tapi tak tahu la esok lusa ni kot sakit ka." Wajah Syaiha tiba-tiba mendung.
Rose mahu tergelak melihat muka Syaiha. Tajam anak matanya merenung Syaiha.
"Ini mesti pasal Prof.Hadi kesayangan Syai tu kan?"
"Semestinya ! siapa lagi kalau bukan dia yang boleh kusutkan adik akak sorang ni." Syaiha sudah mencebik dengan wajah kesian.
"Ala... kesiannya adik kesayangan kita ni. It's okey, prof awak tu hot jadi redha ja la ya kena marah hari-hari." Rose sudah tergelak besar.
"Ish ! tang mana yang hot sangat tu ? Syai tengok biasa je." laju Syaiha mengeleng kepala tanda tidak setuju.
"Kira hot la tu plus handsome lagi. Kan satu pakej tu boleh buat boyfriend." Rose terus ketawa kuat bila melihat muka tak sudah Syaiha.
"Huh ! lambat lagi Syai nak jadikan dia boyfriend. Menyampah tau dengan perangai kerek dia tu." Syaiha mengherotkan bibir.
"Jaga-jaga Syai, orang tua-tua cakap kalau menyampah sangat nanti jadi jodoh kita. Syai nak ke? akak setuju aja kalau Prof.Hadi tu nak jadi adik ipar akak." Rose sambung ketawa.
"Kak Rose ! apa doa gitu pula."
"Yalah, yalah kita tak payah cakap pasal dia tapi akak nak cakap pasal tu. Sejak bila Syai makan cheese cake ?" Rose memuncungkan sedikit mulut ke arah pinggan di depan Syaiha.
Mata Syaiha laju mengikut mulut Rose. Pandangannya jatuh pada pinggan cheese cake itu.
"Sejak bila makan cheese cake ? setahu akak Syai tak suka." muka Rose seperti tertanya-tanya.
"Bukan Syai yang beli la. Tak tahu macam mana ada kat sini." Syaiha kembali menghirup air. Endah tak endah saja dia jawab.
"Pelik, siapa bagi ?" soal Rose sambil menaikkan sedikit kening.
"Entah." Syaiha mengangkat kedua bahu.
"Cepat la, siapa bagi ? secret admire eh..." Rose sudah tersenyum lebar.
"Ish kak Rose ni, mana ada la !"
"Habis tu siapa? boyfriend ?" Rose menyoal lagi.
Syaiha menjulingkan mata apabila mendengar pertanyaan Rose. Boyfriend celah mana pula yang dia ada sekarang ni? memang tak la. Mengarut !
"Dalam mimpi ja la boyfriend tu."
Rose ketawa mengekek. "Itu la, Syai garang sangat ! macam mana lelaki nak dekat. Belum apa dah lari tak cukup tanah."
"Bagus la macam tu. Tenteram sikit hidup orang." Syaiha sudah tersengih.
Kali ni Rose pula mencebik panjang. Ada ka bagus macam tu ? sampai bila-bila la adiknya yang seorang ini tak sampai jodoh.
"Jangan garang sangat nanti jadi anak dara tua baru menyesal tak sudah !
"okey apa, ada la title yang boleh dibanggakan." Syaiha menunjukkan gigi putihnya yang tersusun cantik itu kepada Rose.
Rose buat muka tak puas hati. Ada saja jawapan yang hendak keluar dari mulut kecil itu. Geram Rose dibuatnya. Nasib baik lah dia sayangkan Syaiha, kalau tidak sudah lama ditampar mulut adik kesayangannya itu.
"Kak Rose ni bosan la. Orang ajak jumpa bukan nak cakap pasal Syai." Pinggan cheese cake tadi ditolak ketepi.
"Habis tu nak cakap pasal apa?" Rose menyoal.
"Cakap pasal akak la. Anak-anak menakan Syai tu bila nak delivery ?" Syaiha meluruskan jari ke arah perut Rose.
"Cis ! Syai ingat ni makanan ke nak delivery bagai ?" Rose menjegilkan mata.
Syaiha sudah ketawa mengekek. "Orang gurau ja la. Bila akak nak bersalin ?"
"Kalau ikutkan awal bulan depan." jawab Rose sambil tersenyum gembira.
"Seronoknya ! tak sabar Syai nak tengok anak-anak buah Syai." Syaiha sudah menepuk- nepuk tangan.
"In shaa Allah, kalau tak da halangan dapat la Ari dan Ara jumpa mak cik diaorang yang mengada ni." sempat Rose mengutuk adiknya itu.
Perut Rose diusap perlahan. Terpancar wajah berseri-seri Rose. Maklum saja seri ibu mengandung la katakan.
Mata Syaiha dibesarkan. "Hello ! Syai tak mengada cuma manja ja okey."
"Sama ja dua-dua." Rose sambung ketawa.
"Apa ja la, yang pasti kembar akak ni tak boleh panggil Syai mak cik tau. Tak moden. Syai nak diaorang panggil auntie. Tapi lagi elok panggil mama terus lagi baik."
Rose hanya tersenyum kecil mendengar omelan Syaiha.
"Ha ! mama okey kan akak ?" Syaiha buat muka teruja.
Rose mengangguk laju sambil tersenyum lebar. "Ikut suka Syai la, akak tak kisah."
"Kejap, tadi akak ada cakap Ari dan Ara kan? akak dah bagi nama kat twin baby ni ?" laju Syaiha menyoal.
Rose mengangguk
"Dah."
"Apa nama panjang ?"
"Sebab kembar sepasang so akak decide yang lelaki nama Hairi dan yang perempuan pula nama Haira. Sedap tak ?" tanya Rose mahu minta pendapat.
"The littel Hairi and Haira?"
Muka Syaiha sangat teruja mendengar nama yang baru saja diberi Rose sambil matanya bersinar-sinar. Cantik betul nama tu ! senyuman Syaiha makin lebar.
.....................................................
Kedua matanya terus terpaku melihat gelak tawa yang ada di hadapanya itu. Sedari tadi dia tekun memerhati tingkah laku kedua wanita yang sedang duduk di bahagian penjuru cafe.
Sesekali terbit senyuman pada wajah bila mana matanya menangkap senyuman kecil yang menghiasi bibir wanita yang hanya memakai blouse dan seluar slack itu. Tudung bawal hitam yang hanya diselempangkan menampak kan bahawa wanita itu cukup simple.
Matanya dikalih semula melihat cawan yang tersusun elok. Dia meneruskan semula kerja mengelap cawan yang tergendala tadi disebabkan matanya ralit memerhati suasana cafe yang cukup meriah itu.
"Irzan tak ada kelas harini ?" Soal wanita separuh umur yang baru keluar dari bahagian dapur dengan tiba-tiba.
Dari tadi dia melihat Irzan mengelamun. Tidak tahu apa yang difikirkan anak muda itu. Dia cukup rapat dengan anak sahabat baiknya ini. Kadang-kadang jika Irzan tiada perkara hendak dilakukan pasti cafe ini yang ditandang terlebih dahulu.
"Tak ada aunty. Kalau tidak saya tak ada la terpacak dekat sini." Irzan hanya tersengih pada wanita yang sudah sebaya ibunya itu.
"Dah lepas habis lap cawan ni kamu balik ya. Nanti mama kamu cakap aunty dera kamu pulak." ujar wanita itu sebelum kembali semula ke dapur.
"okey beres !" jawab Irzan sambil mengangkat tabik.
Irzan memaling semula pada wanita yang dia lihat tadi. Eh ! sudah hilang. Mereka berdua sudah tidak ada di tempat tadi. Mungkin dia tak perasan yang mereka sudah keluar dari cafe waktu dia bersembang dengan aunty Za tadi.
Irzan mengeluh. Semoga tuhan menemukan mereka kembali dengan jalan takdir yang indah. Itu yang diharapkan.
YOU ARE READING
Takdir Ini Milik Kita
RomanceDemi amanah Rose, dia sanggup menghabiskan sisa mudanya hanya untuk memikul gelaran 'mama' buat si kembar comel Hairi dan Haira. 'Ya uncle, cantik kan mama kami?' - Hairi & Haira 'Cantik ! macam nenek-nenek.' - Irzan 'Cis ! dia nenek- nenekkan aku...