Irzam membuka pintu pintu rumah flat itu kemudian dia menapak masuk perlahan-lahan. Matanya mencari kelibat isteri yang tersayang.
"Assalamualaikum !"
Beg kerja yang berada di bahu di letak atas meja. Terus Irzam melabuhkan punggung pada sofa dan matanya dipejam sebentar.
Rose yang baru saja selesai solat isyak terus keluar dari bilik. Dengar saja suara Irzam laju senyuman terukir pada bibirnya.
"Abang dah makan ?" soal Rose lembut.
Mata Irzam yang sedang tertutup rapat dibuka perlahan. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Rose. Dia hanya menggeleng menjawab pertanyaan itu.
"Kalau macam tu sayang panaskan lauk dulu."
Rose mahu bangun tetapi belum sempat Irzam sudah menari tangannya kembali. Terus dia terduduk semula.
"Kenapa ?" soal Rose pelik.
"Abang minta maaf." ujar Irzam dengan wajah sayu.
Muka Rose tiba-tiba berkerut.
"Dah kenapa abang minta maaf pula ?" soal Rose lagi
Laju Irzam menarik tangan isterinya dan digenggam lembut.
"Abang minta maaf sebab balik lambat dan selalu tak ada masa dengan sayang dan anak-anak kita ni."
Tangan Irzam dibawa pula ke perut isterinya yang sudah membulat itu.
Rose hanya tersenyum mendengar kata-kata yang baru saja keluar dari mulut suaminya.
"Tak pa la bang, lagipun abang balik lambat sebab kerja kan? nak cari duit untuk anak-anak kita ni juga. Sayang faham..." Rose mengenggam tangan Irzam kuat untuk menghilangkan perasaan bersalah lelaki itu.
"Thanks sayang, sebab faham keadaan kita." Irzam sudah mengukir senyuman manis.
Rose membalas senyuman suaminya itu semula. Tiba-tiba ingatan Rose merawang kepada kisah lepas.
Sekali pun mereka berdua dalam keadaan susah, Irzam tak pernah mengeluh dengan kehidupan mereka sekarang ini. Rose tahu, suaminya itu memang lelaki yang baik dan tabah.
Tak pernah melihat kekurangan yang ada padanya. Dulu lelaki itu sanggup hidup susah semata-mata mahu bersamanya dan sampai sekarang Irzam masih setia walaupun mereka hanya tinggal di flat yang serba kekurangan ini.
Walaupun perkahwinan mereka berdua dihalang oleh keluarga Irzam, tetapi takdir itu yang membawa mereka hingga ke hari ini.
Ya! mama Irzam tidak setuju mereka berdua berkahwin kerana dia bukan menantu pilihan mereka. Rose hanya anak yatim piatu, tidak sama taraf dengan keluarga mereka.
Tapi disebabkan Irzam terlalu sayangkan Rose, dia sanggup meninggalkan kehidupan mewah yang dia miliki. Irzam sanggup dibuang keluarga sendiri.
Hati Rose tiba-tiba jadi sayu apabila dia mengingati pekara itu. Sudah terlalu banyak yang sudah suaminya korbankan demi melihat Rose bahagia. Apa perlu lelaki itu meminta maaf ? sepatutnya Rose yang harus meminta maaf.
Melihat isterinya itu sedang berkhayal terus buat Irzam mengherotkan bibirnya.
"Ha ! termenung lagi."
Rose kembali tersedar apabila disergah Irzam. Dia hanya tersenyum sumbing kepada lelaki itu. Kantoi pula dia sedang mengelamun.
"Tak pa, biar sayang panaskan lauk dulu. Abang pergi mandi okey ?" ujar Rose.
Irzam hanya mengangguk apabila Rose sudah bangun. Mata Irzam hanya mengikut langkah isterinya itu sampai ke dapur.
Tiba-tiba ada keluhan pada bibirnya, dia tahu apa yang sedang difikirkan Rose. Kadang- kadang Irzam sendiri rasa serba salah dengan wanita itu.
YOU ARE READING
Takdir Ini Milik Kita
RomanceDemi amanah Rose, dia sanggup menghabiskan sisa mudanya hanya untuk memikul gelaran 'mama' buat si kembar comel Hairi dan Haira. 'Ya uncle, cantik kan mama kami?' - Hairi & Haira 'Cantik ! macam nenek-nenek.' - Irzan 'Cis ! dia nenek- nenekkan aku...