BAB 10

2 0 0
                                    

Dua botol susu yang ada atas rak itu diambil Syaiha. Tangan dia laju membancuh susu untuk kedua botol itu. Syaiha memasukkan air suam mengikut sukatan kemudian di ikuti dengan dua sudu susu formula. Digoncang kedua-dua botol dengan tangannya.

Selesai saja kerja di dapur dia berlari kecil menuju ke dalam bilik. Kedengaran bunyi tangisan bayi dan rengekan yang sedari tadi tak henti. Laju Syaiha melangkah mendapatkan katil queen yang berada tengah bilik.

"Kesian anak-anak mama ni lapar ya..." ujar Syaiha sambil tersenyum.

Dia mengambil tempat bersebelahan dua bayi yang elok terbaring atas katil. Mereka sudah merengek sambil tangan merawang-rawang ke atas meminta susu.

Syaiha menyuap susu dengan tangan kiri di letak pada mulut Hairi dan tangan kanan pula pada mulut Haira. Terus dua kembar itu diam bila sudah dapat apa yang dihajatkan.

Gembira dia melihat mereka berdua minum dengan rakus. Mungkin lapar sangat kot ! iya la Syaiha terlupa yang malam ni dua beradik itu belum dapat susu lagi, baru sekejap tadi dia teringat.

Selalunya bonda Hawa yang akan peringatkan tapi malam ini wanita itu ada kelas mengajar pula untuk anak-anak rumah Madihah yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Jadi sekarang ini hanya Syaiha yang berada di rumah ini sedangkan anak-anak lain masing-masing sibuk belajar di blok yang disediakan bonda Hawa untuk mereka mengulang kaji pelajaran.

Rumah anak-anak yatim Madihah ini tidak la besar mana, di hujung kiri adalah blok untuk anak-anak yang berada disini tinggal atau tidur manakala belah kanan pula dewan makan dan bilik belajar.

Ditengah-tengah kawasan pula ialah rumah bonda Hawa dan sekarang ini sudah menjadi rumah Syaiha juga. Sejak arwah Irzam dan Rose meninggal, Syaiha sudah berpindah kembali ke rumah anak-anak yatim ini. Senang baginya untuk melihat Hairi dan Haira.

Siang hari Syaiha akan berulang-alik ke universiti kalau ada kelas yang perlu dia hadiri. Kadang-kadang dia berasa penat juga tapi nak buat macam mana sudah itu pilihannya.

Pernah juga bonda Hawa memujuk dia kembali duduk di asrama tetapi dia yang degil. Syaiha mahu lebih banyak menghabiskan masa dengan bonda Hawa dan juga si kembar Hairi dan Haira.

Syaiha menarik botol susu dari mulut Hairi dan Haira bila dua beradik itu sudah menolak. Seperti mereka sudah kekenyangan. Dia menepuk pula mereka berdua bila masing-masing macam sudah mahu melelapkan mata.

"Syai !" laung bonda Hawa. Kelibat Syaiha dicari.

"Bonda... shhh... Hairi ngan Haira baru nak tidur tu." laju Syaiha menegur bila melihat bonda Hawa sudah berada depan bilik.

Bonda Hawa sengih. "Sorry la... bonda tak perasan."

"Kenapa bonda ?"

Laju bonda Hawa menapak ke dalam bilik. Dia melabuhkan duduk dekat dengan Syaiha. Hairi dan Haira yang sudah tertidur itu dipandang sayang.

"Esok Syai tak ada kelas kan ?" tanya bonda Hawa minta kepastian.

Dia mengangguk laju. "Ya, tak da. Bonda nak ajak Syai pergi mana-mana ke ?"

"Tak ada lah. Esok ada tetamu nak datang. Syai tolong masak ya." minta bonda Hawa.

"Siapa bonda ?"

"Adalah... diaorang saja nak tengok-tengok rumah kita ni."

"Orang nak bagi sumbangan ke ?"

"Eh, tak la ! rahsia." Bonda Hawa tersenyum penuh makna.

"Bonda ni semua nak rahsia." Syaiha sudah buat-buat merajuk.

Takdir Ini Milik KitaWhere stories live. Discover now