BAB 15

1 0 0
                                    

Bunyi suara kanak-kanak yang bermain di kawasan taman permainan itu sedikit sebanyak mendamaikan hati Prof.Hadi. Matanya tertumpu pada Hairi dan Haira yang sedang duduk di buayan sambil ketawa keriangan.

"Elok-elok naik buayan tu !" tempik Syaiha yang duduk di sebelah Prof.Hadi.

Prof.Hadi hanya tersenyum kecil. Lama dia tidak dengar suara gadis itu secara depan- depan. Kali terakhir dia dengar pun rasa 3 tahun lepas. Maklum la mereka hanya berhubung melalui telefon selepas dia berangkat ke New Zealand untuk menyambung pelajaran PhD.

"Awak sihat Syai ?" soal Prof.Hadi dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir.

"Sihat, alhamdulillah."

" Awak tak cakap pun nak balik. Bila sampai ?" Syaiha pandang Prof.Hadi dengan wajah tanda tanya.

"Dah 3 hari saya kat Malaysia. Baru hari ni ada masa nak jumpa." kata Prof.Hadi. Matanya tak lepas dari melihat wajah yang dia rindu selama bertahun di bumi asing.

"Kenapa tak call dulu nak jumpa ? tidak boleh kita pergi minum. Ini tak, dekat taman tengah panas ni juga nak berborak." ujar Syaiha dengan ketawa.

"Sebab saya rindu." ucap Prof. Hadi tanpa berselindung.

Tersedak Syaiha dibuatnya dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Ketawanya tadi terus hilang diganti pula dengan rasa debar dalam dada.

Bukan Syaiha tidak tahu bahwa lelaki yang berada di sebelahnya ini masih mengharap untuk menyambung apa yang tergendala 7 tahun lepas. Cuma Syaiha saja yang buat-buat tidak faham.

"Okey sorry, saya tau awak tak selesa. Saya gurau ja." sambung Prof.Hadi bila melihat wajah terkulat- kulat Syaiha.

Syaiha garu kepala. "Lain macam awak bergurau ya." Syaiha buat-buat gelak bagi menghilangkan rasa canggung. Nampak macam tak ikhlas ketawanya tapi lantak la !

Prof.Hadi pun sama-sama ketawa. Dia tahu Syaiha kurang selesa bila dia melawak begitu. Tapi bagi dia apa yang diperkata tadi datang betul-betul dari hati.

"Macam mana hidup, semua baik kan ?" tanya Prof.Hadi lagi.

"Macam ni la. Pagi pergi kedai, tengah hari datang ambik budak-budak tu malam pula duduk rumah tengok tv sambil layan perangai Ari dengan Ara. Tak ada apa yang menarik pun nak bagi tau kat awak." celoteh mulut comel Syaiha.

"Siapa kata tak menarik ? best ja saya dengar." Prof.Hadi gelak.

"Apa yang best nya, bosan ja saya dengar." Syaiha memuncungkan mulut.

"Seronok sebab dah lama saya tak jumpa awak, Ari, Ara... diaorang pun dah besar. Rindu saya kat mereka." ucap Prof.Hadi dengan gembira.

"Kalau rindu rajin-rajin la datang jumpa mereka."

"Boleh ke ?"

"Kenapa tak boleh pula ?"

"Kot la Syai tak suka saya datang."

"Apa pula saya tak suka, awak tu kan dah macam daddy Hairi dan Haira." dahi Syaiha berkerut.

"Macam aja ? tak boleh jadi daddy betul-betul la ni."

"Macam tu dah kira daddy betul la. Kan awak juga rajin jaga mereka dulu."

"Mana sama."

"Apa yang tak sama ?"

"Saya nak jadi daddy yang ada setiap masa dengan mereka. Saya nak kahwin dengan awak Syai..." ujar Prof.Hadi dengan wajah serius.

Terbatuk- batuk Syaiha bila lelaki itu habis berkata- kata. Mukanya langsung bertukar kalut. Tak tahu dah nak pusing cerita kat mana. Banyak kali sebenarnya Prof.Hadi mengajak dia bernikah, cuma Syaiha sendiri masih belum terbuka hati.

Takdir Ini Milik KitaWhere stories live. Discover now