"Kak Rose !"
Syaiha terus terjaga dari tidurnya. Dia sudah tercungap-cungap menarik nafas. Kepalanya yang dibasahi peluh segera dilap.
Keadaan bilik dipandang sepi oleh Syaiha. Laju dia bangun dari meja belajar dan berjalan kehulu-kehilir.
Syaiha berdiri di tingkap, pandangan di hala keluar melihat langit yang gelap. Malam itu langit tak bercahaya dan tak berbintang. Hanya kepekatan malam menghiasi dada langit.
Perlahan Syaiha mengeluh. Hatinya tiba-tiba tidak sedap apabila memikirkan mimpi yang baru saja dia alami tadi.
"Ya Allah, lindungi Kak Rose dan abang Zam." ucap Syaiha sambil merenung ke luar tingkap.
Lama Syaiha termenung disitu. Bila hatinya sudah tenteram sedikit dia kembali ke meja belajar.
Dia membuka semula buku yang di ulang kaji tadi. Habis bercampur nota yang sudah dia asingkan.
Ini la jadi kalau tertidur waktu belajar, semua sudah kacau bilau jadinya.
Syaiha mengikat semula rambutnya yang sudah kusut masai itu, dia mahu belajar dari bab awal balik. Cukup la sudah lama dia tidur tadi.
Belum sempat dia mula ulangkaji, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar. Syaiha terdiam, matanya dikalih melihat jam loceng yang berada di tepi meja.
Pukul 1.30 pagi ! dia sudah menelan air liur. Siapa pula pagi-pagi buta datang ke biliknya. Seram ! Syaiha masih diam ditempat duduk, langsung tidak bergerak.
Syaiha terkejut apabila lagi sekali pintu biliknya diketuk. Dia tarik nafas dalam-dalam. Think positive Syai ! positive !
Perlahan-lahan Syaiha bangun dan bergerak ke arah pintu. Kakinya seakan-akan tidak memijak lantai apabila pintunya diketuk lebih kuat dari tadi.
Syaiha mengucap dalam hati, harap-harap bukan benda pelik la ketuk biliknya itu. Syaiha memulas tombol pintu perlahan.
"Syai !" sergah suara seorang gadis.
"Opocot !" laju Syaiha memegang dada apabila ada orang yang menyergahnya dari luar.
"Kenapa lambat sangat buka pintu?"
Syaiha buat muka tak puas hati. Rupanya si mak cik Jemah jiran bilik sebelah rupanya. Ingatkan hantu tadi !
"Yang kau ni cuba bagi salam !" marah Syaiha.
Maira tersengih saja. "Sorry la, lupa !"
"Yang kau datang bilik aku pagi buta ni apasal ? terkejut aku tau." Syaiha sudah menarik muncung.
"Kenapa ehh aku datang bilik kau ?" Tanya Maira bodoh.
Syaiha sudah mengetap bibir. "Ish kau ni ! cepat la nak apa ? aku nak study ni.
"Ouhh, aku dah ingat !" Maira menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kenapa ?" soal Syaiha lagi.
"Ni aku ada pesanan. Tadi waktu aku nak naik bilik aku terserempak dengan Prof.Hadi depan pagar blok." ujar Maira.
Syaiha buat muka pelik. Kenapa Prof.Hadi ada dekat asrama perempuan pulak ni ?
"Habis tu ?"
"Dia suruh tolong panggilkan kau. Katanya dia call kau banyak kali tak jawab. Itulah tujuan aku datang sini."
Laju Syaiha mengambil telefon bimbit yang berada di atas katil. Terkejut Syaiha apabila melihat ada 40 miss call dari Prof.Hadi dan 5 miss call dari Rose.
"Tadi aku tengok muka prof.Hadi tu macam sedih je." ujar Maira lagi.
"Eh kejap ! macam mana dia boleh call kau eh ? kau kenal dia ke Syai ?" Tanya Maira dengan muka pelik.
YOU ARE READING
Takdir Ini Milik Kita
RomanceDemi amanah Rose, dia sanggup menghabiskan sisa mudanya hanya untuk memikul gelaran 'mama' buat si kembar comel Hairi dan Haira. 'Ya uncle, cantik kan mama kami?' - Hairi & Haira 'Cantik ! macam nenek-nenek.' - Irzan 'Cis ! dia nenek- nenekkan aku...