"Impressive !"
Terpacul perkataan itu dari mulut Hani. Syaiha yang sedang elok mengunyah keropok yang berada di tangan sudah buat muka tak puas hati. Wajah sahabatnya itu dijeling geram.
Dia datang ke studio Hani untuk meluah apa yang terbuku dalam hati tapi bila melihat reaksi yang ditunjuk Hani buat Syaiha panas hati. Rasa nak dihumban saja sahabatnya itu.
"Pebenda yang impressive sangat ? aku tak rasa apa-apa pun." ujar Syaiha tak teruja. Laju tangan menyumbat baki keropok ke dalam mulut.
"Bagus betul mamat tu, terus ajak kahwin. Bukan senang nak jumpa laki macam tu tau Syai. Bertuahnya kau !" jerit Hani teruja. Tangan kanannya sudah menampar- nampar Syaiha.
"Iya pun jangan la tampar aku !"
"Sorry, sorry... aku excited !" jerit Hani sekali lagi dengan muka gatal.
"Kau ni pantang cakap pasal lelaki datang la penyakit angau kau tu. Dasar gatal !" Syaiha mencebik kemudian plastik keropok yang sudah habis dimakan tadi dibaling ke arah Hani.
Laju Hani menepis plastik yang sudah betul-betul mendarat ke mukanya. Wajahnya di masamkan. Cis ! apa barang main baling plastik, lain kali baling la kerusi ka, meja ka baru ada thrill !
"Tapi Syai, handsome tak dia ? selalu laki limited edition macam ni handsome dia tak boleh bawa bincang." tanya Hani dengan mata bersinar- sinar.
Syaiha mengusap dagu seolah- olah berfikir. Kacak sangat ka si Irzan tu ?
"Cepat la ! yang ni ke ?" Hani menaikkan thumbs up.
"Tak, yang ni." laju Syaiha memegang tangan Hani kemudian dikalih ke bawah.
Muka Hani terus berubah. "Huh ! kalau gitu tak guna juga."
Syaiha sudah melepaskan tawa bila melihat muka tak sudah Hani.
"Kau ni dasar memilih sungguh. Ingat muka helok boleh bagi kau makan ke ?"
"Boleh apa, aku kalau tengok muka mamat-mamat handsome ni terus rasa kenyang. Kau apa tahu." Hani ketawa gedik.
"Setakat kenyang angin boleh la !" balas Syaiha tak setuju.
"Habis tu kau setuju ke tidak ?"
"Gila nak setuju. Kau ingat aku ni mereng macam kau ke ?"
"Apa salahnya, kau bercinta la lepas kahwin. Kau tak nak bagi papa dekat Ari dan Ara ke ?"
Syaiha mengeluh panjang. Soalan sama itu yang masih menghantui hari- harinya. Kalau tak Hani yang menyoal pasti bonda Hawa atau kak Siti. Penting sangat ka untuk Hairi dan Haira ada ayah ?
"Kenapa la orang kalut suruh aku kahwin ? aku muda lagi kot."
"Tak muda mana Syai, dah 28 tahun pun. Sesuai la kau nak kahwin sekarang."
"Kau cakap orang habis tu kau ? umur kita ni sama, ke kau lupa ingatan." bebel Syaiha dengan wajah mencuka.
"Aku tak pa, kalau jadi anak dara tua pun masih berpusu- pusu lelaki nak kat aku. Aku kan hot !" Hani tersengih sambil memuji diri sendiri.
"Banyak la kau muka pun macam ikan masin !"
"Kalau aku ikan masin kau apa, ikan perkasam !"
Kedua- dua mereka terus menghambur tawa lepas masing- masing tak nak kalah. Begini la hubungan Syaiha dan Hani, ada masa bertekak ada masa mereka boleh satu kepala.
"Tapi betul ke kau tak nak kenal- kenal dengan mamat tu ? mana la tau jodoh kan. Kadang- kadang benda yang kita tak harap tu la yang datang kat kita. Takdir ni kita tak tahu Syai, mungkin Allah nak pertemukan jodoh kau dengan cara begini." ujar Hani dengan mood serius.
YOU ARE READING
Takdir Ini Milik Kita
RomanceDemi amanah Rose, dia sanggup menghabiskan sisa mudanya hanya untuk memikul gelaran 'mama' buat si kembar comel Hairi dan Haira. 'Ya uncle, cantik kan mama kami?' - Hairi & Haira 'Cantik ! macam nenek-nenek.' - Irzan 'Cis ! dia nenek- nenekkan aku...