BAB 14

5 0 0
                                    

"Berapa cik ?"

Soal jejaka yang melanggar Syaiha tadi kepada petugas yang menjaga kaunter farmasi klinik itu.

Syaiha diam ditempat duduk. Sesekali mata mencuri pandang pada wajah putih bersih yang sedang berdiri di hadapannya.

Nasib baik lelaki itu menawarkan diri untuk menjelaskan bayaran perubatan. Jimat sikit duit dia... harga klinik pun bukan kaleng-kaleng, boleh cekik darah juga kalau main dengan sakit !

Mujurlah kaki Syaiha hanya terseliuh biasa kalau tidak naik pusing kepala nak kira angka- angka yang akan berterbangan. Sudah lah bulan ini banyak benda yang nak dibayar.

"Terima kasih..." ucap Irzan sebelum dia mendapatkan Syaiha yang elok duduk di bangku menunggu.

"Nah... ubat awak" Plastik ubat yang di pegang diserah kepada gadis itu.

Malas- malas Syaiha ambil. Ini tak suka ni, nak kena makan ubat la pula. Dia memanjangkan leher melihat isi dalam plastik yang di ambil tadi.

Mak aih ! banyak gila ubat. Ini nak suruh dia makan hari-hari macam nasi ke ? tak rilek betul la doktor. Bukan kaki dia patah ka apa, cuma terseliuh sikit saja. Bagi ubat macam tak ada hari esok, cis !

"Banyaknya ubat..." Syaiha mengherot bibir tanda tak suka.

"Memang la banyak tidak bila nak baik kaki awak tu ? awak bukan ultraman yang caj sekejap dah elok. " perli Irzan seraya memandang wajah masam Syaiha.

"Masalahnya ultraman ada terseliuh kaki ke !?" balas Syaiha sambil menahan suara dari naik.

Nasib baik mereka berada di klinik, kalau tidak ada juga yang makan kaki kejap lagi ?

"Dah la, malas saya nak layan cerita kartun awak !" laju Syaiha bangun dan menapak ke depan tanpa menunggu apa-apa lagi.

"Hah ! awak nak pergi mana pulak ?" tegur Irzan sambil bersaing jalan dengan Syaiha.

"Pergi mana lagi nak balik la." jawab Syaiha. Jam di pergelangan tangan di pandang. Dia sudah lewat nak pickup Hairi dan Haira dari sekolah !

"Nak balik naik apa ?"

"Naik kereta la..."

"Kereta siapa ?"

Syaiha mendengus. Banyak soal pulak mamat ni !

"Kereta saya la !"

"Sejak bila awak datang naik kereta ?"

Terus kaki Syaiha yang laju berjalan itu berhenti. Dia sudah menepuk dahi sendiri. Alah, lupa ! tadi dia datang ke sini menaiki kereta lelaki itu.

Macam mana nak balik tak kan nak oder grab ? otaknya sudah tak berfungsi untuk membuat tempahan. Zaman study dulu rajin la juga dia kehulu kehilir menggunakan perkhidmatan awam itu tetapi sekarang dia dah lupa. Maklum la benda dah lama tinggal, betul tak ?

"Jom..." ajak Irzan.

"Pergi mana ?" tanya Syaiha bodoh.

"Saya hantar..."

"Saya boleh balik sendiri."

"Tak ada, saya hantar."

"Saya balik sendiri !"

"Saya cakap saya hantar, saya hantar la !"

"Isy ! awak ni..." Syaiha mengetap bibir geram. Kaki sudah menghentak lantai. Tak ubah seperti budak- budak.

Irzan menjongket kening. "Dah kenapa hentak- hentak kaki macam tu, dah tak sakit ?"

Syaiha mencebik. " Sakit la... tapi lagi sakit hati ada la !"

Takdir Ini Milik KitaWhere stories live. Discover now