prolog

103 21 3
                                    

      

    AKU meletak kasar beg bagasi di atas katil.Zip beg dibuka luas.Bergerak ke arah almari pakaian.Disumbat sahaja pakaian itu kedalam beg bagasi.

Bunyi esakan memenuhi ruangan bilik.Sesekali air mata dilap namun ia tak memberi kerjasama.Terus mengalir deras seperti tiada niat untuk berhenti.

Aku beralih keluar dari bilik sambil mengangkat beg bagasi yang besar itu.Tangga dituruni dengan laju.Diri ini sudah tekad ingin meninggalkan rumah.Penat tak terkata dengan semua ini.

Belum sempat aku melangkah keluar dari pintu rumah,terlihat susuk tubuh seseorang yang sangat aku kenali keluar dari perut kereta.Aku pegun sejenak.

Mahadi,suaminya.

"Afieya?"Soalnya hairan.Terlihat kerutan di dahinya.

"Kau nak pergi becuti ke? tak bagi tahu pun."
Seolah-olah tiada masalah dia menyoal aku.Ya lah,dia baru balik dari luar tiba-tiba nampak aku keluar bawa beg besar bagai.

Aku mengangkat muka,menatap ke dalam mata Mahadi.

"Kau rasa?" Dia terdiam melihat air muka aku.Penggunaan bahasa aku juga sudah berubah.Ada apa-apa yang terjadi ke semasa dia tiada di rumah.

Banyak soalan bermain di kepala.

"Kau dah kenapa nak nangis bagai?"

"Kau boleh tanya kenapa aku nangis?" Tergelak kecil aku mendengar soalan bodoh dia itu.Terasa sakit pada dada.Aku kuatkan sahaja hati ini.

"Aku nak bawa diri.Jauh dari kau." Aku berkata
jujur.

Keningnya terjongket sebelah.

"Jangan nak gila Afieya." Katanya datar.

"Aku tak gila lagi."

"Sebelum aku pergi jauh aku ada satu permintaan pertama dan terakhir." Aku berusaha tidak menangis lagi.Tidak ingin dia melihat aku sebagai wanita lemah lagi.

"Apa dia?" Soalnya ragu-ragu.Seperti sudah menjangka apa permintaan aku.

"Ceraikan aku." Berkata dengan penuh kekuatan.

"Hell no!" Riak mukanya terus berubah.Kelihatan dadanya berombak-ombak mendengar permintaan aku itu.

Aku hairan melihat reaksinya.Bukankah dia harus gembira dapat melepaskan tanggungjawab dia? Ahh lantaklah.

"Aku takkan tarik balik kata-kata aku.Sekali lagi aku cakap.Tengku Mahadi Al Muammar,ceraikan aku.Now!"Aku tatap matanya dengan penuh keberanian.

Tanpa berkata-kata dia terus mendekatiku.Riak wajahnya aku tak dapat tafsirkan.Tapi bukan ini ke yang dia nak selama ni?

Cerai.

"Masuk.Kita bincang dalam rumah." Dia berkata serius.Tangannya menarik kasar pergelangan tangan aku.Dipaksa untuk masuk.Beg bagasi terlepas dari pegangan.

"apa kau buat ni? lepaslah!"

"Mak Sar masukkan balik pakaian Afieya ni kat bilik dia.Susun balik pakaian dia dalam almari."
Arah Mahadi kepada pembatunya.

Mak Sar hanya menurut.

Aku hanya mampu melihat perbuatan Mak Sar.Padahal sakit pada hati ini hanya Allah yang tahu.

Bang!

Pintu rumah ditutup kasar.Terhinjut bahu aku,terkejut dengan kelakuan dia.

Dia menarik paksa aku ke ruang tamu.

Segala tenaga digunakan untuk meleraikan cengkaman tangan Mahadi.Namun apakan daya satu dunia tahu kudrat lelaki lebih kuat daripada perempuan.

"Lepaslah bodoh! Lepas!" Aku tak henti-henti menengking Mahadi dengan bahasa kasar.Peduli apa aku,dulu bukan main dia kasar sama aku.

"Mana pergi hormat kau sebagai isteri Afieya Batrisyah?! Aku ni suami sah kau tau bukan suami mainan." Marah Mahadi.

"You dont even deserve me! Tak payah nak mengaku diri tu suami aku. "

Merah padam muka dia mendengar setiap bait perkataan yang aku lontarkan,Aku tahu itu kasar.

Mahadi melepas pergelangan tangan aku dari genggamannya.Dia meraup kasar mukanya.Terdengar dia beristighfar perlahan.Ingin meredahkan kemarahannya.

Aku menggosok perlahan pergelangan tangan.Pedihnya usah di tanya.

"Sekali lagi aku nampak kau buat kerja gila.Tahulah apa nak jadi dekat kau Afieya." Amaran diberikan.

Aku tak menghiraukan amarannya.Letaklah beribu amaran pun sama sahaja seperti mercurah air ke daun keladi.Aku sudah muak.

"Kau ingat sampai bila aku nak ikut telunjuk kau?sampai aku tua bangka? Huh?!" Soalku sambil menatap matanya.Tangisan sudah pecah.Aku sudah tidak kuat menahan lagi.Sakit.

Dia hanya mampu diam.Aku tidak tahu apa yang sedang dia fikirkan.

Suasana hening seketika.

"Ceraikan aku." Aku buka suara setelah lama kami berdiam diri.

"Afieya.." Dia diam sejenak.Tiba-tiba dia bergerak ke arah meja.Sepakkan mengena pada tiang meja kaca ruang tamu itu.

Prang!

Kaca meja  jatuh pecah berderai.Hampir sahaja serpihan itu mengena pada kaki aku.Dia pandang siling rumah dengan penuh amarah.Rahang dikertap kuat.

Aku bergerak jauh daripada dia.Air mata aku kesat dengan paksa.Nanti aku pula yang disepaknya habis.

"Pergi naik atas Afieya,sebelum aku hilang kawalan."
Dia berkata sambil mata tertutup.

"Lepaskan aku.Aku dah tak sanggup hadap semua ni." Masih berkeras.Tak tahu kenapa harini aku degil sangat.

Dia menoleh ke arah aku.Tegang sahaja muka dia.Kaki perlahan melangkah ke arah aku.

"Kau ingat cerai tu macam buka kulit kacang ke Afieya? Kalau umi tahu kita cerai aku nak jawab apa? Aku yang tanggung tau bukan kau!" Mahadi sudah tidak dapat menahan amarahnya.

"Pergi mampos lah dengan alasan kau!" Tengking aku.

Panas hati tak dapat dikawal.Tangan dia naik ingin menampar muka aku.Belum sempat tangannya mengena sasaran terdengar dedaun pintu dikuak dari luar.

"Assalammualaikum anak-anak um-" Terdiam Puan Tiara melihat kejadian di hadapannya.Mata tertumpuh pada tangan anak sulungnya yang ingin menampar Afieya.

Mahadi terus menarik kembali tangannya.Dia bergerak pantas ke arah uminya.Aku pegun di tempat kejadian.Tak tahu hendak berbuat apa lagi.

"Umi I can expla-"

Pang!

"Dayus!"

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang