3

60 17 0
                                        

            TABIR kelabu aku geser ke kanan untuk menutup kesuluruhan tingkap bilikku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TABIR kelabu aku geser ke kanan untuk menutup kesuluruhan tingkap bilikku.Suis lampu ditutup dan suhu pendingin hawa dinaikkan.Komputer riba diambil dan dibawa naik ke atas katil.Suasana bilik hanya bertemankan cahaya komputer riba.

Memandangkan bulan puasa hampir tiba ke penguhujung,baju raya pun kena cari awal.Nanti kelam-kabut kalau buat last minute.Macam tahun lalu.Habis satu rumah risau nak pakai apa akibat baju yang dipesan belum sampai-sampai.

Tanpa menunggu lama,aplikasi shoppe dibuka.Butang pencarian dipilih.Tangan laju menaip 'baju raya berwarna hitam'.Tahun ini kami sekeluarga bertemakan hitam.Awalnya aku tak setuju tapi aku dipaksa oleh Zieyad.Pasrah sajalah.

Imej baju raya yang tertera pada kaca komputer riba aku scroll ke bawah.Otak ligat memikirkan style apa yang hendak dipilih.Susah sangat nak pilih sebab semua cantik.

Mochaccino yang terletak di atas meja aku ambil dan diteguk perlahan.Sedap! Aku ni peminat tegar ni.
Tanpa mochaccino hidup aku akan ganjil.

30 minit berlalu dan akhirnya pilihan sudahpun ditetapkan.Tanpa melengah-lengahkan masa pembelian terus dibuat.

Komputer riba diletakkan di atas meja.Comforter ditarik sehingga paras dada.Belum sempat mata tertutup,terdengar notifikasi yang berpunca dari telefon pintarku.

"Haihh,siapa pula text aku tengah malam buta ni" Bebel aku.Waktu lain takde ke?

Telefon pintar terus dicapai dan notifikasi yang timbul ditekan.Tertera nama Zahira.

"Dah buang tabiat ke?" Sekarang pun sudah menunjukkan pukul 12:56 malam.Tidak lama pukul satu.Baca je lah dulu,nanti penting pula.

Mesej Zahira aku baca.

Mata membulat besar,Mulut terngaga luas.Nyamuk pun boleh masuk.Tak percaya apa yang baru sahaja Zahira sampaikan.

'Wehh,abang aku kena tahan polis.' Itulah mesej yang disampaikan Zahira.


"KAU boleh tak sedar?!" Kuat suara aku menyoal.

Zahira hanya angguk setuju.

Gila kah apa Zahira ni.Abang dia kot kena tahan polis.Dia boleh masih dibuai mimpi masatu.Kalau tak parents dia bangunkan memang tak lah dia sedar.

"Kalau aku bangun pun,sama je...Takkan aku nak tahan polis tu.Entah-entah aku pun kena angkut sekali." Kata Zahira.Tapi betul juga.Zahira tak boleh buat apa-apa. Tapi atleast bangunlah.

"Tapi yang aku tak sangka banyak pula jiran datang tolong cover dia."Sambung Zahira sambil tergelak kecil.Macam tiada apa-apa yang berlaku.

"Tapi kenapa dia ditahan polis?" Ye lah sebab nampak muka dia je pun macam tak pernah buat salah.Ni tiba-tiba dapat berita dah kena tahan polis.

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang