Pandangan mata Afieya Batrisyah tak teralih langsung akibat terpegun melihat ciptaan tuhan dihadapannya.Sungguh sempurna dimatanya.Kulit tan skin.Kening terukir cantik.Memiliki almond eyes dan bebola mata hazel brown yang sempurna!Ya Allah kalah mat...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
MEREKA sekeluarga duduk di ruang tamu.Nak spend time kononnya.Termasuk Haireel Zaqwi.Dia memang suka lepak rumah nenek mereka kalau Tengku Mahadi balik kampung.Dahlah jarang balik.
"Kamu bila habis cuti sem Ammar?" Soal Puan Tiara kepada anak sulungnya.
"AMMAR balik lepas raya ni.Tapi lewat sikit sebab kena bicara lagi nanti pasal gaduh tu.Terpaksa minta cuti." Ujar Tengku Mahadi Al Muammar kepada Puan Tiara.Terdengar keluhan keluar dari mulutnya.
Nenek Sarifa yang dari tadi mendengar hanya mengangguk faham.Nak tercabut juga jantung dia sebab tiba-tiba polis datang rumah.Masalah betul budak kampung sebelah tu.Dari dulu sampai sekarang tak sah kalau tak cari pasal dengan cucu kesayangan dia ni.
"Mereka tarik balik laporan tu.Polis pun suruh bicara dalam kampung aje.Lagi pun yang perempuan tu kata dia kena pukul dah terbukti bahawa tuduhan tu palsu.Dia tengah rakam pula masatu,tak ada pun dia terlibat dalam pergaduhan tu.Sibuk je nak timbulkan fitnah.Last last dia yang salah juga.Kena marah dengan polis lagitu." Haireel mencelah.
Haireel masih teringatkan perbualan di balai polis tadi.Ingin sahaja dia baling kepala perempuan tu.Dah lah memfitnah,gedik pula tu.Hish!
"Sabar je lah..Allah tu maha adil.Dia takkan biarkan umatnya dalam kedaan yang susah." Tengku Ismail berkata sambil menambah kopi dalam gelasnya.
"Iya lah uncle,Lagipun itu hanyalah pembelaan diri.Kalau tak kami tumbuk mereka, kami yang ditumbuk oleh mereka!Betul tak Ammar?" Haireel memukul perlahan bahu Tengku Mahadi.
Tengku Mahadi hanya menganggukan kepalanya tanda setuju.
Zahira yang diam dari tadi dipandang Tengku Mahadi.Mana pergi mulut murai dia ni?
"Kau apa hal? Diam je dari tadi." Tengku Mahadi menyoal adiknya."
"Shhh!" Jari telunjuk ditempel laju pada bibirnya.Matanya fokus pada layar kaca TV dihadapan.Mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh penyampai berita.
Dan..
"Umi esok dah raya!"
"Apa?!"Umi teriak terkejut.Nasib nenek tak ada sakit jantung.Kalau ada..
"serius lah! Awalnya raya."Haireel berkata.
Seisi rumah dipandang.Tiada langsung persiapan!Ingatkan besok lusa raya..Macam mana boleh jadi besok raya?
Telefon bimbit Zahira capai.Aplikasi whatsapp dibuka.Nama Afieya dicari dan terus membuat panggilan.
"Zahira...baju aku tak sampai lagi.." Belum sempat Zahira bersuara Afieya sudah membuka kata deluan.
"Jom keluar."Zahira berkata dan terus menekan butang merah.
"Abang jom teman kami jalan." Zahira berjalan kehulur kehilir mencari tudung.Dan jumpa!Terus disarungnya.