2

55 17 2
                                        

"KAU tahu? Aku pergi tenung muka dia lama-lama

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"KAU tahu? Aku pergi tenung muka dia lama-lama.Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu" Aku menceritakan segala hal yang terjadi pada malam terawih tu.

"Handsome tak? Handsome tak?" Soal Zahira dengan teruja.

"Mestilah handsome punya weyy.Kalau tak manalah aku nak cerita dengan kau." Aku berkata jujur.

"Betul juga" Zahira berkata sambil terangguk-angguk.

Bibir tak lekang dari senyuman.Agak-agak dia dah ada awek ke? Kalau ada..Ahh aku kesah apa.Selagi dia belum kahwin,aku akan tunggu.

Tapi dia pun aku tak tahu siapa..Tinggal mana.Umur berapa..Entah-entah dah jadi laki orang..

"Zahira" Aku memanggil Zahira.

"Aku nak tanya ni." Aku pusing baringanku ke arah dia.

"Tanyalah." Dia membalas malas

"Kenapa kau tak pergi terawih masatu? Kau kata kau dah lama sampai.Tapi asal tak pergi?" Aku memberi tumpuan kepada Zahira..

"Ohh tu.." Kedengaran keluhan keluar dari mulut dia.

"Kau kenapa?" Soal ku hairan,jarang-jarang dia macam ni.Mesti ada yang tak kena.Aku kena tahu juga!

Aku terus duduk dari baringan dan menarik dia sekali ikut denganku.Terkejut dia.

"Kau dah kenapa?" Dia mengerutkan keningnya.Ni kalau dia ada sakit jantung habis aku.

"Sorry sorry.." Aku senyum bersalah.

"Tapi kenapa kau nampak macam ada masalah besar je.Siap mengeluh pula tu.Kenapa? Ceritalah." Bahunya aku tepuk perlahan.Dari dulu sampai sekarang kami selalu kongsi masalah masing-masing..Dah ibarat tempat berteduh time hujan.

"Tibe lah kau ni.Mana ada masalah besar." Dia tergelak kecil.Apa yang lucu?

"Habistu?"Aku masih bertanya.Tak boleh kalau tak tahu ni.

"Takde lah,cuma masa tu aku kena larang pergi terawih" Ujar dia.

"Aikk,mana boleh larang orang pergi tarawih! Siapa pula yang larang kau? Sini aku buka video ceramah kat telinga dia kuat - kuat!" Tak puas hati ni.Mana ada konsep macam tu.

"Tak,jangan salah faham dululah! Engkau ni,Orang tak habis cerita lagi ko dah simpulkan." Dahi Zahira sudah berkerut..Marah lahtu.

"Okay.My fault bro,sambunglah cerita."

"Masatu aku nak pergi dah,tapi tiba-tiba abang aku larang.Aku pun haira-"

"Dah kena-" Belum sempat aku habiskan ayat Zahira sudah memotong.Dah kenapa?

"I said.Dont.Interrupt.Me.When.I'm.Talking.Dont you understand? Just once." Zahira mengeluh kasar.

Alamak..Dah lah minah ni baran.

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang