Pandangan mata Afieya Batrisyah tak teralih langsung akibat terpegun melihat ciptaan tuhan dihadapannya.Sungguh sempurna dimatanya.Kulit tan skin.Kening terukir cantik.Memiliki almond eyes dan bebola mata hazel brown yang sempurna!Ya Allah kalah mat...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"AKU tak salah lah! Dia yang belasah kami! Buta kot Pak Yat ni!" Marah Hisyam.
"Bertenang Hisyam! Bertenang!" Jerkah Pak Yat,ketua kampung Pemaitan.Dia sudah berdiri untuk menenangkan mereka.
Pak Yat mengeluh dengan perangai mereka.Dari tadi asyik melalak sahaja.Tak diberi langsung peluang dia nak bercakap.Dia kembali duduk pada kerusinya.
"Apa pula nak bertenang ?! Kamu tak nampak muka kami ni ?! lebam sana sini disebabkan dia. Tengok anak sedara aku!Habis buruk muka dia! " Jerkah Encik Yakoob.
Tangan naik menunjuk-nunjuk kawasan lebam yang disebabkan Tengku Mahadi.Dia nak buktikan yang mereka benar dalam kes ini.Walhal mereka yang salah.
Tengku Mahadi dan Tengku Ismail hanya memasangkan wajah yang tenang.Tetapi Haireel pula lain.
Haireel membunyikan tulang-tulang jarinya.Mukanya masam tak terkata.Dia berdiri pantas.Nafas ditarik panjang dan..
"Oi Pakcik! Kami tak tumbuk lah kalau kamu dua tak cari pasal dulu! Lagipun dah terang-terang si Hisyam yang baling batu dulu dekat Ammar memang lah Ammar marah.Sampai bedarah pula tu!" Marah Haireel.Punggungnya dihempas kembali pada dudukan.Tangan bersilang pada dada.
"Sabarlah Aireel." Tengku Ismail menahan tangan Haireel.
"Dia yang mula dulu lah uncle!" Ujar Haireel tak puas hati.Dah macam budak kecil mengaduh.
"Iya..Sabar.Dengar dulu apa Pak Yat nak sampaikan." Tegur Tengku Ismail.
"Beginilah....Saya dah tengok hasil rakaman itu.Dah jelas terpapar dalam video tu yang kamu yang mula dulu.." tangannya terarah kepada Hisyam dan Encik Yakoob.
"Ehh Pak Yat-" Celah Hisyam.
"Kau tak memang reti diam ke? Dari tadi bising!" Jerkah Tengku Mahadi yang dari tadi lama berdiam..Habis hilang kesabaran dia.
"Dengar dulu apa Pak Yat nak cakap ni! Kamu Hisyam zip mulut kamu dulu!"
"Saya dah nampak rakaman video tu.Nampak sangat yang Hisyam memancing kemarahan Tengku Mahadi dulu.Kamu baling dia pakai batu,kamu ludah muka dia dan kamu juga yang mula tumbuk muka dia.Jadi si sini dah terang-terang kamu yang salah Hisyam.Kamu nak cakap.apa lagi?" Pak Yat berkata dengan panjang lebar.
"Pak Yat saya buat semua tu disebabkan dia orang yang datang cari pasal dulu lah! Adakah dia orang yang datang pada kami, kami pula yang salah?!" Hisyam masih ingin membela dirinya.Kerana tidak ingin membayar denda.
Sebab siapa yang salah akan didenda sebanyak RM600.Manakala yang tidak bersalah masih didenda bayaran tetapi tidak sebanyak yang salah.Mungkin hanya sebanyak RM 100.Ini boleh dikatakan sebagai bayaran darah yang telah tumpah ke tanah.Tradisi kampung ini.Jumlah yang ditetapkan adalah atas persetujuan masing-masing.