Pandangan mata Afieya Batrisyah tak teralih langsung akibat terpegun melihat ciptaan tuhan dihadapannya.Sungguh sempurna dimatanya.Kulit tan skin.Kening terukir cantik.Memiliki almond eyes dan bebola mata hazel brown yang sempurna!Ya Allah kalah mat...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"PIYA!" laung Puan Marsyah,ibu aku.Aku diberi nama Afieya Batrisyah.Cantik aje macam tuan badan ni,ewahh.Tapi bila sampai je kat lidah ibu kesayangan aku ni hmm... Huruf f pun boleh tukar jadi huruf p.Tak mengapa lah demi ibu,aku redhakan saja.
"Piya! Memang tak nak turun ke?!" Habislah panggilan kali kedua dah ni! Aku berlari anak menuruni tangga rumah.Ni kalau ibu mengamuk habis semua orang dalam rumah ni,boleh kalah singa betina dek oi!
"Nak gerak dah ke ibu?" Soal aku.
Kata ibu nak ke masjid awal sikit.Nak tolong orang memasak untuk berbuka puasa nanti.Aku ikutkan ajelah lagipun duduk kat rumah lama-lama nak buat apa je.Bosan ada lah.
"Haah,ayah dah lama tunggu kamu dalam kereta tu.Entah apa-apa lah kamu buat kat atas tu lama sangat." Amboi,sekali dengan pakej omelan yer...
"Sowwy..Ibu..Janji tak buat dah!"Aku berdiri tegak,muka dicomelkan dan mengangkat tangan seperti sedang berikrar.Namun tiba-tiba...
"Buruk siot muka kau macam tu,acah cute padahal macam apa je" Celah satu suara.Datang dah bala ni.Siapa lagi kalau bukan Zieyad Muttaqim,satu-satunya abang aku.
"Apa masalah kau ekk?! Macam muka kau tu handsome sangat,serupa beruk ada lah!" Geram aku dengan Zieyad ni,tak pernah nak bagi aku hidup dengan tenang.
Tiba-tiba Ibu bertindak memulas telinga kami berdua.
"A-aduh ibu sakit!!" Teriak kami serentak,Sakitnya minta ampun.Naik merah telinga ni.
"Dah masuk kereta kalau tak nak tinggal!"
SOLAT terawih di masjid Al-Nabawi sudah pun selesai.Aku menolong ibu mengedarkan makanan dalam tapau kepada para jemaah yang hadir.
"Piya,tolong ibu ambilkan lagi tapau,macam kurang ni,"Ibu menunjuk ke arah meja yang berdekatan dengan dapur masjid Al-Nabawi.Mata aku menangkap seseorang berdiri dibelakang meja yang ditunjuk ibu sebentar tadi.Siapa pulak tu? Tak pernah aku melihat lelaki itu berada di kampung ini.
"Tercegat apa lagi kamu ni? Ni plastik tempat letak tapau-tapau tu nanti"Plastik yang dihulur aku ambil dan berlalu pergi.
Kaki melangkah ke arah meja yang dipenuhi tapau.Plastik yang Ibu bagi tadi di buka luas supaya senang sikit nak masukkan tapau tu nanti.
Wajah diangkat sedikit namun pandangan mata tiba-tiba tertumpuh pada lelaki di hadapan aku,terpegun.Sungguh sempurna.Kulit tan skin.Kening terukir cantik.Memiliki mata jenis almond eyes dan bebola mata hazel brown yang sempurna!Ya Allah kalah mata aku.Hidungnya pula mancung.Mata kini turun ke bibir.Ini perempuan kah lelaki?! Apahal bibir dia lagi lawa dari aku?
"Dah sampai ke Thailand ke dik? Dah lama sangat kau tenung tu.." Dia memecahkan suasana antara kami...atau aku sorang je?