10

21 2 0
                                        

AKU menatap cermin dihapanku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

AKU menatap cermin dihapanku.Make up yang menghiasi wajahku aku tatap penuh minat.

"Pandainya awak buat." Ujar aku kepada Make up artist di tepi itu.Lincah sahaja tangan dia melakukan semua kerja ini.Profesional sungguh.

"Terima kasih.." Ucap dia lembut.

Aku rasa sunyi sekarang. Zahira pun sibuk uruskan pihak lelaki.MUA ni pula diam je dari tadi.

Setiap jawaban yang dia beri hanya sepata dua kata sahaja.Introvert mungkin.

"Lama lagi ke nak siap?" Soal aku ingin tahu.

"Tinggal sikit lagi kak." Aku mengangguk faham.

Setiap pergerakan yang dia lakukan aku pandang.Tangan dia tak pernah rehat langsung.

Rasa seperti sudah setengah jam berlalu.Mulut sejak tadi hendak menguap saja kerja.Rasa mengantuk pula duduk diam-diam macam ni.

Mata dari tadi enggan terbuka luas.Aku dah tak tahan.

mata aku pejamkan.Berniat ingin tidur.Namun baru sejenak tertutup terus kembali terbuka tatkala suara seseorang menyapa telinga.

"Kak dah siap." Kata MUA tersebut ringkas.

"Eh dah siap eh?" Dah mamai sikit kepala ni.

Perlahan aku depankan muka pada cermin besar dihadapanku.Setiap inci muka ini aku tilik.Senyuman mekar pada bibir.Yang tadi dah cantik sekarang tambah cantik.perfect! sungguh!

"Pandainya awak buat.." Puji aku sekali lagi.

Dia membalas dengan anggukkan dan tersenyum kecil.Tangannya ligat mengemaskan segala barangan yang bersepa di atas meja.

"Berseri nya dia.." Kepala memandang empunya suara itu.Mekar senyuman apabila melihat siapa gerangan tersebut.

Ibu masuk ke dalam bilik.Pintunya ditutup kembali.Dia datang mendekatiku.

"Zahira ada call ibu tadi,Dia kata nak pergi sini sebab pihak lelaki dah selesai.Kejap lagi sampai lah budak tu." Maklum ibu.

"Maaf ya makcik..Nak pakaikan tudung.."MUA meminta sedikit ruang pada ibu.

Ibu yang faham akan keadaan itu terus berlalu ke katil aku.Dia melabuhkan punggungnya disana.

Masa berlalu dengan cepat.Tudung sudah pun terlilit kemas pada bahagian muka.Sekejap lagi akan bermula majlis nikah.

Kaki melangkah ke arah rak besar.Stokin panjang berwarna putih polos aku capai.Aku kembali ke meja solek.Kerusi aku tarik rapat.Punggung dilabuhkan di atasnya.

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang