8

25 4 0
                                        

"NANTI ujian kau betul-betul tau!Wihh nanti aku ada kawan polis!" Ujar Zahira dengan gembira

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"NANTI ujian kau betul-betul tau!Wihh nanti aku ada kawan polis!" Ujar Zahira dengan gembira.

Semangat sahaja dia apabila berita sampai dekat telinga dia.Sampai melompat gembira di atas katil.Nasib baik tak roboh.

"Amboi,aku yang nak jadi polis kau yang melebih pula." Ucap aku selamba.

Zahira yang tadi berdiri di atas tilam terus merebahkan badannya.Dari muka gembira bertukar masam.

"Happy untuk dia pun tak boleh." Cebik Zahira.Kaki panjangnya turun dari katil.Muka dia pula.Berlagak sedih.Macam baru putus cinta pun ada.

"Aku gurau sajalah.Kau ini macam tak biasa." Pujuk aku.

"Tahu.." Ucap Zahira bersahaja.

"Aku nak ke dapur ni.Nak ambil air kejap.Rasa kering pula tekak ni."

"Dah pukul berapa ni?Kau berani ke?" Soal aku ragu.

"Takut apanya.Dapur nenek sendiri kot." Ujar Zahira santai.Dia menyarungkan kakinya masuk ke dalam selipar rumah itu.Siap ada emoji bunny yang melekat pada kepala selipar.

"Jomlah aku teman kau." Tawar aku .Aku berdiri namun sempat sahaja Zahira mendudukkan aku kembali di atas katil.

"Tak Payah! Nanti kalau kau ikut makin lama kita kat sana."

Aku tergelak kecil.Tahu apa maksud Zahira.Sebab aku ni pantang nampak buah.Lagi-lagi buah langsat.Memang duduk lama lah kami kat meja tu.Melayan perasaan ini.

Aku mencapai telefon yang terletak di atas meja belajar Zahira.Butang sisi telefon ditekan.Waktu yang terpapar pada skrin aku pandang.

"Dah pukul satu setengah lah Zahira.Kau biar betul nak turun seorang ni?" Telefon aku tutup semula.

Tidak sedar pula masa berlalu begitu cepat.

"Ish dah lah. Ni kau nak air juga ke?Aku tolong sekali."

"Tak apa ke?" Soal aku.

"Tak ada hal lah! Cepatlah Nak ke tak ni?"

"Bolehlah.Cepat sikit tau!"

"Iya!" Balas Zahira seraya berlalu keluar dari bilik.

Senyuman terbit pada bibir.Beruntung sekali aku mememiliki kawan rapat seperti Zahira..Tak pernah dia nilai keburukan aku.Dia selalu tolong aku bila susah.Kalau boleh sahaja,aku tak nak hilang kawan macam dia.Aku sayang dia dah macam kakak sendiri.

Badan aku rebahka pada katil empuk Zahira.Dilihat sekeliling bilik.Bertemakan hijau dan kelabu.Jangan tanya kenapa.Memang kegemaran Zahira.

Setelah lama termenung baru aku perasan yang Zahira belum balik-balik lagi.Jam dikerling.Sudah hampir 20 minit Zahira pergi ke dapur.Tapi tak kunjung-kunjung juga.Dia ni ambil air ke cipta air.

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang