Pandangan mata Afieya Batrisyah tak teralih langsung akibat terpegun melihat ciptaan tuhan dihadapannya.Sungguh sempurna dimatanya.Kulit tan skin.Kening terukir cantik.Memiliki almond eyes dan bebola mata hazel brown yang sempurna!Ya Allah kalah mat...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PANG!
Rasanya Seperti renjatan elektrik.Sakit...Keras tamparan yang hinggap pada pipi aku.Air mata jernih mengalir membasahi pipi.Ini adalah pertama kali ayah naik tangan pada aku.
"Abang! Jangan lah pukul anak kita.Kesian dia!" Marah ibu.
Ibu menarik aku ke dalam pelukan.Ubun-ubun aku diusap lembut.Air mata ibu turut jatuh.Sungguh ibu tidak sanggup melihat anak perempuannya diperlakukan sebegini.
"Itulah kamu! Kamu asyik ikutkan kemahuan dia! Tengoklah apa yang dah jadi! Dah tak suci budak ni!" Jerkah ayah.Terkelu Ibu mendengarnya.
"Ayah..Dia adik Zieyad ayah..Jangan buat macamtu.Tolong ayah.." Rayu Zieyad.
Dia sudah berdiri dihadapan ingin melindungi aku.Terasa Zieyad berubah 180° selepas kejadian itu.Semakin ambil kesah pasal aku.
"Kamu pun sama je! Memang satu kepala lah kamu anak beranak!" Jerkah ayah lagi.
Hati terasa seperti disiat-siat menggunakan pisau yang telah lama diasah.
Aku leraikan perlahan pelukan ibu..Raut wajah ayah aku pandang.Merah padam.Kenapa ayah masih tak percayakan aku?
"Sanggup ayah cakap macam tu pada Fieya kan...Ayah tak rasa apa yang Fieya rasa masa tu..Meronta,menangis,memohon..Apa lagi? Sakit tau ayah..Sakit..Sakit dekat sini.." Tangan naik menekan-nekan dada.Tangisan semakin pecah.
Tersenyum senget ayah.Aku masih tidak faham kenapa ayah jahat sangat pada aku?
"Kamu nak berdrama apa lagi Fieya? Ingat ayah tak tahu kamu sukakan dia?! Sampai sanggup rancang macam ni?! Buat kami percaya dengan kamu?! Lepas tu apa? Kamu harap ayah kahwinkan kamu dengan dia? Huh?! Itu yang kamu nak kan?!" Jerkah ayah.
Ayah mendekati aku.Tapak tangannya sudah melayang ke udara.Tinggal tunggu masa sahaja untuk sampai ke sasaran.
"Abang.." Ibu terus bergerak memeluk ayah.Ingin meredahkan perasaan suaminya.
"Kamu diam! Jangan nak bela sangat budak ni!" Ayah berusaha meleraikan pelukan ibu tetapi ibu tidak melepaskannya.
Zieyad yang risau terus menarik tangan aku dan dibawa tubuh aku kebelakangnya.
"Ayah kalau ayah nak pukul,pukul Zieyad bukan pukul dia! Dia perempuan ayah! Dia anak ayah! Tolong lah sedar sikit." Mata Zieyad merah.Menahan tangis.Dia kecewa.
"Kamu jangan masuk campur Zieyad.Memang budak ni nak dimatangkan!"
Tubuh Zieyad yang berada dihadapan aku tolak ketepi perlahan.
"Ingat Fieya nak ke jadi macam ni?! Fieya ada akal ayah..Fieya tahu mana buruk mana baik..Sikit pun ayah tak percayakan anak ayah kan? Buruk sangat kan Fieya ni."
Kepala aku angguk-anggukkan.Titisan air mata yang jatuh pada pipi aku serat dengan sekuat hati.