11

24 1 0
                                        

BAJU terakhir aku sangkutkan di dalam almari

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


BAJU terakhir aku sangkutkan di dalam almari.Zip luggage yang terbuka luas aku tarik tutup.Luggage tersebut aku letakkan di tepi almari.Semua barangan yang aku bawa dari rumah sudah siap tersusun di setiap pelusuk.

Kaki melangkah ke arah katil.Badan aku baringkan terlentang.Duduk berjam-jam dalam kereta memang penat.Lagi-lagi dia taknak singgah kedai langsung.Nak berehat ke apa ke.Ni tak.

Memang tersiksa hidup dengan dia ni.

Jam yang tertera pada telefon bimbit aku kerling.Ia menunjukkan 8:43 pm.Kira lama juga aku mengemas bilik ni.

Kata Tengku Mahadi bilik ni dah lama tak dipakai.Ya lah nak guna dua bilik dalam satu masa untuk apa kan?

Terpaksa lah aku kemas dulu.Debuh dia bukan main banyak.Setiap sudut ada.Jenis pemalas mungkin dia ni.Sampai bilik bedebuh pun dia tak kesah langsung.

Aplikasi kalender aku buka,18/05/2024.Tinggal beberapa hari lagi aku akan mengadapi ujian fizikal bagi kelulusan polis.Memang dah kena start training lah ni.

Jari-jari lincah menari di atas skrin telefon.Namun belum baru awal 5 minit terus mati telefon aku.

"Macam mana boleh lupa cas ni.."

Ruangan bilik aku pandang.Mencari soket untuk mengecas telefon aku.Namun hampa hanya ada suis lampu dan kipas sahaja.Tiada langsung!

Dia ni biar betul..Aku mendengus.Nanti-nanti je lah aku cas.Lagi pun takde juga benda penting yang ditunggu.

Pandangan aku tumpuhkan pada siling bilik.Aku melepaskan nafas berat.Lupa pula aku sudah bergelar isteri sekarang ni.Nak kena masakkan dia makanan ke? Tapi dia kan banyak duit..Pergilah beli sendiri kalau nak makan.

Huaa!

Terasa mengantuk mengepung diri dalam keheningan.Bantal yang tersusun cantik aku tarik mendekat.Aku membaringkan kepala diatas bantal itu.Namun belum sempat mata tertutup terasa keadaan sekeliling menjadi gelap.Ha sudah.

Tangan meraba-raba mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk lampu.Tangan naik melekap pada dahi.Baru teringatkan sesuatu.Yang telefon aku takde cas langsung.

Aku mengeluh perlahan.Siapa suruh leka sangat.Inilah padahnya.Nanti hiduplah balik elektrik ni.Baik tunggu je.

Beberapa jam berlalu,elektrik masih belum muncul-muncul.Apalah pula masalah ni.Aku bangun duduk dari baring.

Bunyi perut menggeroncong memenuhi ruangan bilik yang gelap gulita ini.

Aku memegang perut yang kosong.Dah lah lapar.Macam mana nak jalan ke dapur kalau takde lampu?

"Hentam sajalah." Gumam aku sendirian.

Perlahan-lahan aku turun dari birai katil.Tangan naik meraba-raba udara.Kalau lampu ni hidup,jelas orang akan cakap aku ni gila bejalan macam ni.

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang