6

35 14 3
                                        

TERDENGAR salam seseorang dari luar rumah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TERDENGAR salam seseorang dari luar rumah.Hmm..Zahira lahtu.Pintu utama rumah aku tuju.

"Awal naw dia datang! Mesti datang nak bantu aku layan tetamu kan? Mari masuk jangan segan-segan!" Aku menarik perlahan pergelangan tangan Zahira.

"Orang datang nak beraya lah!" Dia mendengus.Kakinya dihentak manja.

"Aku gurau ajelah! Engkau ni.. Kejap aku nak buat air untuk kau.My special guest ni." Aku berkata seraya berlalu ke dapur.

Air berperisa keladi aku bancuh dengan cermat.Gula yang aku sendok aku pandang seketika.Oh nasib gula kalau garam habis Zahira.Sudu aku pusingkan dalam jug mengikut arah jam berputar.Nak larutkan gula dalam air.

Dan siap!

Kaki melangkah keluar dari dapur.Aku pandang Zahira yang sednag bermain telefon pintarnya..

"Zahira.." Meleret suara aku memanggil dia.Jug aku pegang erat.Diletakkan air itu di atas meja.

"Tuang sendiri." Punggung selamat mendarat di atas sofa.

Kawan juga,So layan diri sendiri.Pergi buka periuk rumah aku pun boleh aje.

"Kurang asam kau.." Carut Zahira.Terpaksa dia menuang sendiri air ke dalam gelasnya.

"Eitss! No carut-carut! Raya ni."

Jari telunjuk aku gerakkan ke kiri dan ke kanan.Hari raya kita hendaklah menjaga lisan.Hari biasa pun patut sebenarnya..

"Kenapa tak ajak abang kau sekali datang rumah.Bolehlah aku tengok muka dia yang kacak.Engkau ni." Ujar aku pada Zahira.

Kan bagus kalau dia datang sini.Boleh ajak selfie sikit.

Eii gatal!

"Itulah aku datang awak sikit ni! Lepas ni aku ajak kau datang rumah haa..Dia tak jalan dia malas kata dia.Kau ajelah datang rumah.Nak tak?"

Muka aku terus berubah bahagia.Kesempatan emas jangan dilepaskan!

"Jom kita pergi sekarang." Aku berkata dengan senyuman yang lebar.Tangan Zahira aku tarik laju.

"Cepatlah.." Meleret sahaja suara aku.Tak sabar ni.

"Engkau ni! Bagi lah aku habis minum dulu! Dah lah penat jalan tadi." Zahira mendengus perlahan.

"Hehe sorry."


×××

"Eh ada Afieya ke? ..Teringat pula nenek dulu masa kamu dua kecil lagi.Comel aje main sama-sama."

Nenek Sarifa bersuara apabila dia melihat aku.Dia yang selalu buka pintu bila aku datang sini masa dulu-dulu.Aku pun sudah menganggap nya sebagai nenek angkat.Baik aje orangnya.

Pada Pandangan Pertama | OGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang