Pandangan mata Afieya Batrisyah tak teralih langsung akibat terpegun melihat ciptaan tuhan dihadapannya.Sungguh sempurna dimatanya.Kulit tan skin.Kening terukir cantik.Memiliki almond eyes dan bebola mata hazel brown yang sempurna!Ya Allah kalah mat...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"KAU buat apa kat sini?" Tengku Mahadi menyoal kepada lelaki dihadapannya.Riak muka kekal dalam keadaan tenang.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan Hisyam yang gila ini.Sedaya upaya dia ingin menghindari hal ini terjadi tetapi takdir sudah mengatakan untuk mempertemukan mereka kembali.Kejap lagi kes polis lah ni.
"What? Ni rumah family aku kot. And yang kau cari pasal tu pakcik aku sendiri.So its mean...Kau nak cari masalah dengan aku juga kan?" Hisyam berkata sambil tertawa sinis.
"Ohh pakcik..Patutpun..Kau tak cakap pun aku tahu.Sebab apa? Sebab dua-dua bodoh." Tengku Mahadi mengerling si pemabuk yang digelar pakcik oleh Hisyam.Terbaring di tanah.Pengsan dah kot.
Muka sama,tabiat lagilah..
"Kau.." Hisyam menggenggam erat buku limanya.Matanya tajam sahaja memandang Tengku Mahadi.
"Apa? Betullah kan? Ke nak aku samakan satu family sekali baru nak setuju huh Hisyam?"Sengaja Tengku Mahadi menambahkan panas dalam hati Hisyam.
"Babi!" Hisyam yang sudah sakit hati mendengarnya terus berlari menerpa ke arah Tengku Mahadi.Berniat ingin menumbuknya.