LUR | 13

260 94 5
                                    

"OH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"OH. My. God!"

Lily pandang Maryam pelik.

"Kau dah kenapa?" soalnya sambil menepuk pinggul Tabby yang berada di atas riba. Sekejap sahaja, si bulus itu sudah terlena. Dah macam baby pula nak kena dodoi. Dasar kucing mengada!

"Aku terjumpa account IG Raqib."

"Hah?"

"Tengok ni!" Maryam terus menyorongkan telefonnya ke muka Lily sehingga skrinnya hampir mencium muka.

"Eh! Jauhlah sikit!" Lily menolak telefon itu menjauh, mencipta ruang supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Terkebil-kebil matanya memandang layar telefon Maryam yang sedang memaparkan profile Instagram seseorang.

"Raqib?"

"Ya! Dan kau tahu apa yang lagi best? Baca bio dia."

Lily patuh dan sesaat kemudian, matanya terus membulat besar.

"Dia… pilot?!"

Maryam mengangguk dengan penuh dramatik.

"Gempak, kan? Patutlah aku tak nampak dia sejak semalam. Rupanya tengah fly. Aarghh! Jealousnya aku dengan kau, Li!" Batang leher Lily dipeluk erat. Hampir tercekik gadis itu dibuatnya.

"Dah kenapa pula kau nak jealous?" Riak hairan jelas terpancar pada muka Lily. Tubuh Maryam ditolak sedikit agar pelukannya terlerai.

"Yalah, kau dapat bakal jodoh pilot kut! Dahlah handsome, kerja pun gempak. Siapa aje tak jealous? Lelaki macam tu boleh dikira full package, tahu? Memang rezeki besarlah kau dapat dia, Li."

Lily memutarkan bebola mata, jelas tidak terkesan dengan pujian itu. Dia melipat tangan ke dada, pandangannya dipasakkan pada televisyen lalu berkata, "Lelaki full package nilah yang paling bahaya. Ramai perempuan minat."

Maryam tergelak. Lily meneruskan kata-katanya dengan lebih tegas.

"Lagipun, aku dengar pilot ni red flag, ada banyak perempuan keliling pinggang. Setiap negara yang dia pergi, mesti ada awek. Entah-entah, pramugari pun ada yang sukakan dia dalam diam. Tak mustahil ada yang dah confess. Bahaya tahu tak, lelaki macam tu."

Maryam tarik senyum nakal. Mat bersinar penuh usikan.

"Kenapa? Kau cemburu ke?" Bahu kiri Lily disenggol lembut dengan bahunya.

"Tak ada maknanya!" Lily menjeling tajam, tetapi pipinya sedikit merah.

"Yalah tu!" Maryam semakin menyeringai, belum puas mengusik Lily. "Tapi kan, aku tak rasa Raqib macam tu. Sebab tak semua pilot tu red flag, tahu? Kau kena tengok hati budi orang juga, bukan pakaian seragam dia semata-mata."

"Tak semua, tapi tetap ada, kan?"

Maryam mengangguk kecil, mengakui kebenaran itu.

"Memanglah ada tapi… Raqib tu lain. Dia dalam kategori hijau. Percayalah cakap aku."

Lily Untuk Raqib [C]Where stories live. Discover now