BAB 20 🤍🤍

15 2 0
                                    

Bab 20

ASIF tidak mahu pergi tetapi ayahnya memaksanya juga. Dia tidak mahu. Sungguh dia tidak mahu.

Amirul memandu untuk ke hospital. Kalau dah dipaksa memang tidak lah Asif nak bawa kereta.

"Pa... Asif tak nak..."

"Asif... Mama kamu nak jumpa kamu sangat sangat. Bagi lah mama kamu jumpa kamu. Dia rindu kamu" Amirul tidak berhenti memujuk anaknya meskipun sudah berada di dalam kereta.

"Tapi pa..."

"Berikanlah dia peluang kedua. Kamu nak tunggu mama kamu mati ka baru kamu nak jumpa dia?" Asif tersentap. Ayahnya kali ini tidak berlapik lagi.

"Kamu ingat arwah Aidin?" tiba-tiba Amirul menyebut tentang sahabatnya itu

"Ya"

"Macam mana kalau perkara tiba-tiba berlaku tanpa kamu sendiri tak pernah jangka? Macam kejadian Aidin kena tikam tu" hati Asif tiba-tiba berdegup kencang. Dia teringat kembali ketika Aidin pergi buat selamanya. Ketika itu mereka baru sahaja bergelak ketawa dan menceritakan hal hal yang lucu. Tidak sangka sahabatnya itu pergi secepat itu.

"Asif... Trauma ja sebenarnya" jujurnya

"Cuba. Cuba harunginya"

"Hm"








ASIF cuba untuk berjumpa dengan Asyfa. Dia cuba untuk kuatkan diri.

Dari jauh dia dapat lihat mamanya itu sedang menikmati makanan sambil memandang ke arah tingkap. Mungkin dia terfikir sesuatu

"Asyfa... Awak ada pelawat" kata jururawat itu. Asyfa menoleh melihat wajah Amirul yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

Asyfa membalas dengan senyuman dan dia memanjangkan leher untuk melihat kelibat yang berada di belakang Amirul

"Siapa tu?" soal Asyfa lembut. Suaranya lembut sahaja.

Amirul tidak membalas. Dia menarik Asif ke hadapan walaupun anaknya itu agak keras tetapi Amirul menggenggam tangan Asif lagi kuat dan menolak anaknya itu dengan sedikit kasar

Kali ini dia perlu berkasar. Tidak boleh berlembut lagi.

Wajah Asyfa sedikit berkerut. Dia cuba mengecam siapa lelaki itu. Kemudian dia memandang wajah Amirul kembali.

Sama.

Asyfa masih berfikir. Siapa ya?

"Eh?" wajah Asyfa kian berubah. Dia tiba-tiba tersenyum manis dan wajahnya tampak riang. Dia ingin berlari memeluk anaknya yang dia rindui tetapi mungkin tindakan refleks. Asif menolak tubuh Asyfa dari menyentuhnya dan Asyfa terjatuh.

Amirul terkejut dengan perbuatan Asif yang tiba-tiba itu.

Mungkin Asif tidak ada kata-kata yang lain. Dia meninggalkan wad itu tanpa sempat Amirul menghalangnya

Amirul menunduk memandang Asyfa. Dia membantu Asyfa bangun dengan bantuan jururawat yang ada.

Amirul dan jururawat itu mendudukkan Asyfa di atas katilnya.

Kemudian Asyfa bertanya...

"A...asif kan?" soalnya dalam keadaan kecewa

Amirul tidak mampu untuk mengejar Asif. Jadi biar dia berbual dengan Asyfa untuk menenangkan Asyfa dari bertindak agresif.

"Ya" jawab Amirul. Dia pun sedih melihat Asyfa yang tadi gembira.

"K...kenapa dia lari?" soal Asyfa seperti tidak tahu apa yang pernah berlaku

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now