BAB 21 🤍🤍

14 3 0
                                    

Bab 21

TUBUH Asif lemah melihat jenazah yang berada di hadapannya kini. Sungguh dia tak menyangka. Dia rasa sangat menyesal kerana dia telah pun mengabaikan mamanya yang telah melahirkannya 32 tahun yang lepas

"Ya Allah... Ampunilah dosa mamaku Ya Allah" Asif mencium dahi Asyfa sangat lama. Air matanya menitis. Kesalan yang tiada penghujungnya. Dia rasa sangat menyesal

Sangat.

Asif bangun dari mencium Asyfa kemudian berlari memeluk Amirul. Kali ini dia betul betul tak kuat sudah. Mujur Amirul hanya ada di sebelahnya. Dia memeluk papanya itu dengan erat. Dia rasa nak undurkan kembali masa supaya dia dapat berborak dengan mamanya dan saling meminta maaf.

'Mama... Maafkan Asif' katanya di dalam hati. Dia sebak melihat Asyfa yang kaku di atas katil.

"Pihak hospital akan uruskan jenazah ini dan akan disolatkan selepas solat jumaat" kata seorang doktor.

"Baiklah doktor. Terima kasih" jawab Amirul.

"Asif..." Amirul menolak dengan lembut tubuh Asif ke belakang

"Kamu... Solatkan jenazah mama ya?" minta Amirul

"Tapi pa... Asif tak kuat pa. Asif tak kuat" Asif mengelap air matanya yang jatuh.

"Mana mana ibu atau ayahnya yang meninggal. Kemudian di solatkan pula oleh anaknya sendiri. Maka pintu syurga itu dibuka dengan luas" ujar Amirul

"Asif tak kuat pa... Asif menyesal sangat"

"Dunia ini hanya sementara Asif... Memang kamu tak akan jumpa dah mama di dunia. Tapi ingat... Di akhirat nanti. Di syurga nanti tidak akan ada lagi penghujungnya. Kamu boleh bahagia dengan mama tak kira masa. Kamu boleh berborak, berjumpa, berpeluk dengan mama kamu tak kira masa. Di sana adalah tempat abadi. Kita berdoa semoga mama ditempatkan bersama orang orang yang soleh dan solehah. Kamu anak yang baik. Sedekahkanlah pahala kamu kepada arwah. Ya?" lembut Amirul bertutur. Dengan kelembutan ini. Asif merasa sebak lagi. Ayahnya sentiasa menjadi penyemangatnya tidak kira tempat.

"Papa solatkan jenazah arwah nenek dahulu... Sekarang. Giliran kamu solatkan jenazah mama kamu"












USAI jenazah diuruskan. Mereka membawa jenazah ke masjid berdekatan dengan rumahnya.

Asif mengetuai dalam urusan solat jenazah. Dia tidak kuat tetapi dia cuba walaupun ketika solat. Banyak kali dia menangis dan sebak. Dia tidak mampu untuk menghabiskan surah Al Fatihah tetapi dia cuba sehinggalah solat jenazah selesai. Dia terus tumbang dan jatuh di atas lantai.

Amirul menangkap dengan laju tubuh anaknya itu sebelum betul betul jatuh di atas lantai masjid.

Ada jemaah masjid yang datang memberikan air kosong kepada Asif supaya menjadi lebih tenang. Amirul mengusap kepala Asif menggunakan air tadi.

"Asif tak kuat pa. Asif tak kuat" Asif menggenggam bajunya erat. Dia tidak sanggup untuk melihat wajah emaknya buat Kali terakhir. Dia akan rasa menyesal dan rasa bersalah apabila wajah emaknya ditenung.

"Anak papa kuat. Kamu anak soleh. Kamu kuat" bisik Amirul. Tempat di cuping telinga Asif

"Berhenti menangis dan tenung lah wajah mama sebelum mereka kebumikan" kata Amirul

Hampir 10 minit Asif terbaring. Dia akhirnya menatap wajah itu buat Kali terakhir.

Air mata ingin jatuh lagi tetapi dia tahan sebentar. Dia tahu tidak baik untuk meratapi jenazah. Rasullullah melarang untuk meratapi jenazah.

"Mama... Asif minta maaf tahu sebab tak jumpa mama... Mama nak jumpa Asif ya? Tak apa ma... Kita jumpa di syurga ya. Allahumma Innaa Nas Aluka Ridhooka Wal-Jannah. Wana ‘Uuzubika Min Sakho-Thika Wan-Narr" bisik Asif pada telinga Asyfa

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now