Bab 22
SUDAH dua minggu sejak kematian Asyfa. Asif masih belum sembuh dari demamnya. Makin hari makin teruk demamnya.
"Uhuk! Uhuk" Asif batuk dan selesema tidak berhenti. Luthfia tidak mahu bekerja tetapi Amirul menyuruhnya bekerja kerana terlalu lama mengambil cuti. Biar Amirul sahaja yang menjaga Asif di rumah
Asif sudah dua minggu hanya minum air kosong. Dia tidak mampu untuk makan benda lain. Setiap kali Amirul ingin memberinya makanan. Mesti dia akan rasa loya dan akan muntah.
"Papa, bagi lah Luthfia jaga abang Asif. Kesian dekat papa nak kena jaga Asif" Luthfia rasa bersalah apabila suaminya yang sakit tetapi dijaga oleh ayah mentuanya.
"Tak apa lah Luthfia... Asif tu anak papa, biar lah papa jaga dia. 14 tahun papa tak pernah jaga dia dulu. Sekarang lah masanya untuk papa jaga dia. Papa pun bukannya ada kerja" balas Amirul
"Tapi pa..."
"Tak apa Luthfia. Kamu kerja lah terlebih dahulu sementara Asif masih cuti ni. Kamu COO syarikat Asif kan? Syarikat Asif, syarikat papa. Tak apa ya? Pergi sahaja kerja, jangan risaukan Asif dan Arrian. Papa boleh jaga"
"Nanti papa penat pula. Luthfia tak nak menyusahkan papa" Luthfia rasa bersalah lagi.
"Tak apa. Lagi pun papa seronok dapat jaga Arrian. Boleh main dengan dia, boleh ajar dia membaca dan buat sedikit latih tubi dekat dia punya badan" Amirul tidak pernah kenal erti lelah ketika dia bermain dan menjaga cucu cucunya. Dia suka melayan karenah mereka semua.
"Hmm. Kalau papa cakap macam tu. Luthfia bersiap pergi kerja dahulu lah ya? Betul kan papa tak apa-apa jaga abang Asif dan Arrian? Fateh tak apa, Luthfia hantarkan, tapi Arrian tu... Tak menyusahkan papa kan?" soal Luthfia, dia sedikit risau kalau dia telah menyusahkan bapa mentuanya
"Tak apa. Tak menyusahkan pun. Kamu pergi lah kerja ya?" bukan menghalau tetapi dia tidak mahu Luthfia risaukan Asif lebih apabila dia menjaga Asif.
"Okay papa, kalau ada apa-apa yang berlaku, terus beritahu Luthfia ya?" pesan Luthfia
"In Syaa Allah"
USAI Luthfia menghantar Fateh ke sekolah Dan dia terus pergi bekerja. Amirul menjaga Asif dan Arrian di rumah.
Amirul menjejakkan kaki ke dalam bilik Asif. Asif sedang nyenyak tidur di atas katil kerana hanya itu yang mampu dia lakukan. Badannya yang panas itu tidak mampu berbuat apa-apa selain tidur di atas katil.
Amirul datang duduk dengan perlahan kerana tidak mahu mengejutkan Asif yang sedang tidur
Amirul meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Asif.
Masih panas.
Asif tidak sembuh dari demamnya lagi.
Amirul keluar dari bilik dan kembali dengan kain bersama sebesen air.
Kain dijelum di dalam besen itu supaya kain itu menjadi basah kemudian diletakkan pada dahi Asif
"Ughhh" Asif terjaga kerana terkejut tiba-tiba dia rasa sejuk pada dahinya
Asif membuka matanya sedikit dan melihat Amirul berada di sebelahnya
"Pa?"
"Shh. Tidur ja tak apa. Papa nak jelum sekejap ya? Kamu tidur ja" Amirul menepuk bahu Asif lembut untuk menyuruh Asif kembali tidur
"Pa..." panggil Asif
"Ya?"
"Dah dua minggu Asif tak solat berdiri pa... Asif tak larat sangat sangat. Nak bangun pun susah pa... K...kenapa?" kepala Asif rasa berat sangat ingin bangun jadi dia hanya mampu baring
"Asif... Allah baik. Dia bagi Asif sakit mungkin nak cuci kesemua dosa dosa yang lalu. Dan yang paling penting..." Amirul baru teringat kalau Asif dalam keadaan demam sekarang. Dia tidak mahu pula anaknya itu menangis lagi jadi dia biarkan sahaja ayat itu tergantung
"Dosa mama juga ka?" Asif menyambungnya
"Y...ya"
"Pa... Asif"
"Sudah tu. Kamu demam. Papa tak nak kamu demam teruk lagi. Sudah sudah lah ya? Mama dah tenang dekat sana. Jangan risau. Serahkan sahaja kepada Allah untuk menjaganya. Kata nak pergi syurga sama-sama kan?"
"A...Asif tak mampu nak beribadat seperti biasa pa"
"Sambil baring pun boleh. Kamu boleh berselawat dan meminta doa dan keampunan daripada Allah. Minta doa untuk mama. Doa ni bila-bila masa sahaja kita boleh berdoa. Ya?"
"Papa tolong doakan untuk mama juga boleh?" minta Asif
"Papa sentiasa doakan ahli keluarga papa. Mama kamu pun sebahagian sebab ya lah. Mama kamu kan bekas isteri papa. Jahat mana pun dia dulu papa sentiasa doakan dia supaya dia bertaubat dan alhamdulillah. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini" jawab Amirul
"Terima kasih papa sebab bertahan dengan mama dahulu walaupun sekejap"
"Benda yang dah lepas usah dikenang. Ya? Dah... Papa nak tengok Arrian sekejap. Kamu rehat ya?" Amirul membawa keluar kembali besen yang dia isikan air tadi lalu dibawa ke dapur kemudian Amirul ingin memeriksa keadaan Arrian di dalam biliknya.
Arrian sudah pun bangun. Dia terpinga pinga di atas katil. Mencari ibu dan abahnya
"Arrian... Atuk di sini" Amirul datang kepada anak itu. Amirul datang membaringkan diri di atas katil walhal Arrian sedang duduk kerana Amirul tahu nanti mesti Arrian naik ke atas perutnya.
Arrian memanjat perut Amirul lalu duduk di atasnya. Arrian membaringkan diri di atas perut Amirul. Tangan kecilnya memeluk tubuh Amirul walaupun hanya suku kerana Arrian sangat kecil jika dibangdingkan dengan Amar yang tua darinya hanya beberapa bulan.
Arrian yang paling gemar sekali tidur di atas perut Amirul. Mungkin selesa.
Bukan sahaja Amirul malah Asif pun dia suka tidur di atasnya. Tinggi kut. Sebab tu dia suka
Ding! Dong!
Loceng rumah Amirul berbunyi.
Amirul mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang ke rumahnya ini?
Amirul mengangkat Arrian untuk turun ke bawah.
Amirah yang berada di dalam bilik turut keluar dari biliknya kerana ingin melihat gerangan siapakah yang menekan loceng
Amirah kembali masuk ke dalam biliknya. Dia nak mandi.
Amirul pula turun untuk membuka pintu.
Amirul sedikit terkejut apabila dia melihat ada tiga orang lelaki. Dua lelaki di belakang seperti pengawal peribadi yang menjaga seorang lelaki yang berada di tengah ini
Cuma... Wajah lelaki ini nampak sedikit tua. Amirul hairan. Siapa ni? Dia tak kenal rasanya
"Amirul Hazeer?" soal lelaki tua itu
"Ya saya..."
Lelaki itu memandang Arrian yang berada di dakapan Amirul
"Your son?" soalnya
"N...no, he's my grandson" jawab Amirul
"Oh... Your grandson?" wajah lelaki itu tampak terkejut.
"Can I get inside?" soalnya
"Sure... But can I know, who are you? Did I know you?" soal Amirul. Ingin memastikan siapa lelaki tua ini
"This is my son house... I thought he's here" lelaki itu bertanya
Amirul mengerutkan dahinya lagi.
His son?
Anak lelaki ini pemilik rumah ini?
"I'm Johari. Your grandfather"
Write ( 31/10/2024)
Publish ( 28/10/2024 )~TBC~

YOU ARE READING
Zayden's © [ OG ]
Fanfiction[ KARYA KETIGA ] [ SEKUEL AMIRUL HAZEER : REVENGE MISSION ] DATELINE START : 22/7/2024 END :