Fuhhhh~
Baharom tenang menghembus asap yang baru sahaja disedut dari sebentuk mesin sebesar genggaman. Kelihatan ada muncung keluar dari kotak kecil itu. Ya, tidak salah lagi, vaper.
Berkepul-kepul asap keluar dari mulut Baharom. Baharom memerhati sahaja setiap hembusan yang pergi menjadi samar hilang dilatar langit gelap menbiru. Bintang seperti memerhati Baharom yang kosong melampir bingung.
Baharom duduk mencangkung di tepi longkang di hadapan rumah sewanya yang serba usang di tengah kota Kuantan. Dengan beg duit yang makin nipis, ini sahajalah aktiviti yang mampu mengisi slot masanya.
Kosong anak jalan di hadapan Baharom bebas dari sebarang kereta mahupun motor. Termenung seorang diri memikirkan masa hadapan. Baharom menyeluk saku mengeluarkan iPhone 4s nya. No Notification. Seperti yang dijangka.
Sudah masuk tahun ke-3 Baharom membujang. Tidak setiap malam dihabiskan Baharom sebegini. Setiap malam Baharom masih akan menjaga kiosk burger di lorong Inderapura 13. Mula buka sekitar waktu maghrib, pulang pukul 2:30 atau 3 pagi. Rancak perniagaan mula sekitar pukul 10 malam sehingga 2 pagi. Setiap hari buka kecuali hari ahad. Cubalah teka hari ini hari apa?
Jujurnya, Baharom tidak tahu apa lagi puncak kehidupan kalau bukan kekayaan. Jual burger boleh ke kaya? Sekadar cukup untuk bayar sewa rumah bulanan, bil air dan elektrik, streamyx, bulanan motor dan makan minumnya setiap hari tambahan memenuhi sebanyak sedikit keperluan rumah kecil itu.
Dalam lamunan sedang berfikir, ada seorang lelaki dalam lingkungan 70 tahun lalu. Perlahan dia mengheret bakul kayu beroda empat. Ketidakkemasan bentuk bakul kayu itu Baharom kira sebagai buatan sendiri. Didalam bakul ada sebungkus plastik hitam yang tidak diketahui apa isinya. Lihatnya seperti berat, tapi entah mungkin kerana kudrat lemah orang tua yang mengheretnya itu.
"Pak cik.", tegur Baharom perlahan sedang pak cik itu elok lalu melintasinya.
Pak cik itu terus melintasi perlahan tanpa membalas mahupun dengan sekilas pandang. Hairan Baharom malas juga dilayan pak cik ini. Barangkali, tua nya sudah penat tak sedar ditegur.
Tepat dihadapan Baharom pak cik itu tiba tiba memberhentikan. Dia menoleh ke arah Baharom yang sedang menghembus asap. Baharom tenang buat seakan-akan tidak nampak dengan pandangan pak cik tersebut. Pak cik tersebut melepas tali bakul tersebut dan bergerak ke arah bakul cuba mencapai sesuatu.
Baharom masih dengan menghisap vaper nya . Tapi kali ini, perbuatan pak cik itu berjaya menarik sedikit perhatian Baharom. Baharom curi pandang sambil menyedut menghembus. Pak cik itu mencampak tepat dihadapan Baharom senaskah buku.
Terpinga-pinga Baharom melihat buku tersebut.
YOU ARE READING
Siapa Baharom?
Teen FictionMelanguk seorang diri melihat dinding yang samar dimamah usia. Baharom mula membuka kitab kitab lama berlatarkan kehidupan atau lebih dikenali dengan nama Biology. Atheist berpendapat evolusi manusia daripada monyet hanyalah evolusi pertengahan. Ti...