Otak mula meliar memikirkan perkara yang sepatut dijauhi. Risiko, itu sudah tentu suatu perkara yang wajib dijauhi dalam garis panduan filosofi Baharom. Filosofi hidup yang telah lama diamalkan si sederhana itu. Mungkin Baharom tidak pernah ke London, mahupun negara jiran. Mengunjung di Kuala Lumpur pun telah menimbulkan keterujaan dalam hati dek cukup jarang menjejak luar Kuantan. Melihat foto di laman Instagram dengan kapsyen yang kononnya mendalam Baharom fikir tidak mungkin masa yang diambil untuk menciptanya kurang dari 30 minit. Bersungguh betul mereka cuba untuk menunjuk-nunjuk. Menipu kalau ada yang tidak mahu mencipta sebuah ilusi di mata masyarakat yang status kewangan masing-masing setaraf jutawan. Walaupun, pada realitinya setiap hari hampir keseluruhan rakyat Malaysia bergelut untuk membayar hutang. Sungguh kaya. Kaya dengan hutang. Bila direnung kembali hutang ialah sebuah bentuk kemiskinan. Jadi, orang paling miskin ialah orang paling kaya?
Klik.
Baharom memicit jam tangan digitalnya. Timer ditetapkan 3 minit.
3:00..
2:59..
2.58..
Baharom memberanikan diri memilih jalan kurang rasional. Tapi ini ialah jalan yang lebih matang. Letakkan situasi ini dengan situasi membeli seluar secara online. Kita semua sudah pasti kenal sungguh dengan pepatah lain padang lain belalang. Begitu dalam membuat keputusan untuk membeli pakaian tidak kira kasut atau seluar, lain jenama lain saiznya. Jika Levi's bukaan pinggang untuk 28 begini besarnya, mungkin Lee bukaan pinggang untuk saiz 28 lebih kecil dari apa yang Levi's tawarkan. Jadi dalam membeli pakaian secara online, jika pembeli tidak memberi garis panduan mengukur saiz, Baharom lebih senang membeli secara berhadapan demi kepastian. Demi kepastian.
Ada kepastian dalam arahan yang diberi? Tiada. Tambahan daripada siapa arahan tersebut pun tidak tahu. Lebih teruk memikirkan hidup Baharom yang rosak ini angkara entah siapa! Siapa entah! Itu antara sebab mengapa ini satu pilihan yang matang.
Baharom merangkul dua picagari dari kalung beg yang tersadai di hadapannya. Satu di tangan kanan, satu di tangan kiri sebagai senjata. Dalam keadaan bersedia mengangkat bontot perlahan memerhati di segenap kawasan hutan. Apa yang bermain di kepala kini hanya pantas untuk mentetak. Tetak picagari ini tepat ke dalam otak penyerang. Mesej yang diterima tertulis "seseorang" bermaksud di dalam hutan ini tidak keseorangan. Tidak pernah. Memikirkan haiwan yang akan menerkam tubuh kecil juga boleh terjadi. Memikirkan plot yang cukup kompleks sehingga hidup Baharom sudah barai, sesiapa yang melakukan ini sudah tentu mampu sahaja untuk melepaskan seekor singa untuk melahap daging kecil Baharom.
"Untuk IQ penjenayah setinggi ini, bodoh juga kalau aku fikir dia panggil binatang 'seseorang'."
Baharom bercakap dengan diri. Permainan minda semakin lama, semakin keruh dek angkara sendiri. Badan berpusing 90 darjah selang setiap 3 saat tidak senang hati melihat detik yang semakin pantas berdetik.
1:57..
1:56..
1.55..
SLRAPPPPP!!!
Sebilah pisau laju datang menerjah keluar dari kanan Baharom dari semak! Refleksi pantas badan terkejut dengan jeritan yang diiringi individu cuba menikam Baharom menyelamatkan dirinya. Walaubagaimana, dalam cubaan untuk mengelak itu menyebabkan kakinya tersepak akar pokok dan jatuh tersadung. Kedua-dua picagari terlepas dari genggaman! Satu jatuh ke dalam semak, satu lagi tercampak ke depan.
ARGHHHHHHHHH!!!
Jeritan dari belakang Baharom menggugurkan jantungnya. Degupan hati semakin gila semakin dekat jeritan itu. Tanpa menoleh lawannya, Baharom menerjah kaki melambungkan dirinya ke hadapan. Tangan mencapai picagari. Dapat!
Pantas Baharom memusingkan badan kehadapan tapi terlalu lambat!
PAPPPP!!!
Baharom jatuh bergesek belum sempat bangun atas terjahan lawan itu. Dalam keadaan terbaring dengan jejaka tersebut terbaring diatasnya, apa yang boleh difikirkannya, hanyalah maut yang sudah menjemput. Tapi semua terbantut apabila Baharom menoleh ke kirinya. Pisau yang difikir telah menusuk masuk tubuh meragut nyawa ada tegun di tepi.
Baharom menolak kuat tubuh di atasnya itu. Terjelepuk longlai jatuh ke tepi. Ya, yang tinggal hanya sekujur jasad tanpa nyawa. Tidak bernafas. Kulitnya semakin membiru. Terbeliak mata Baharom dengan kejadian itu. Baharom terus cuba menggeledah poket pakaian tubuh tersebut sehingga dia mendapati picagari yang digunakannya untuk menyelamatkan dirinya selamat tertusuk di bahagian dadanya. Tiada apa yang dapat dijumpai selain diagnosis.
Tett.. Tett.. Tett..
Jam tangan berbunyi.
Mata merah menggila tubuh bergetar.
Tutt.. Tutt..
Peranti dikeluarkan.
"Ulang sekali lagi, siapa penjenayah?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Siapa Baharom?
Teen FictionMelanguk seorang diri melihat dinding yang samar dimamah usia. Baharom mula membuka kitab kitab lama berlatarkan kehidupan atau lebih dikenali dengan nama Biology. Atheist berpendapat evolusi manusia daripada monyet hanyalah evolusi pertengahan. Ti...
