Bab 2- Sepucuk Surat

205 8 4
                                    

Jatuh sahaja buku itu di hadapan Baharom, dia sudah tahu nasib buku itu. Entah buku itu juga tahu nasibnya. Atau lebih tepat, mereka berdua tahu rumah baharu buat buku itu. Tong sampah.

Secara jujurnya, Baharom langsung tidak gemar membaca. Malah membaca ialah perkara yang ditempatkan nombor satu dalam senarai perkara yang dibencinya. Kalau diputar kembali, segala prosa cerpen yang diwajib cikgu untuk pelajar membaca dan mengulang kaji tidak diendahkan.

Mungkin sebab itu, Baharom masih di takuk lama. Ini tahun ke-5 Baharom mengusaha gerai burgernya. Ada segelintir yang melabelkan Baharom memang jenis tenang. Itu kebanyakan komen yang Baharom terima tentang dirinya. Sedang leka membalik roti dan daging di atas pan besi panas pengunjung selalu keluarkan komen "Sedap juga kerja macam ni ye. Kerja tak pening, duit pun bukan sedikit sangat masuk.".

Kadang kalau difikirkan ada betulnya juga tentang apa yang diperkata mereka. Baik kosong daripada negatif. Hidup melatar daripada jatuh dan naik latar. Setakat 5 tahun mengusaha kedai burger ini cuma beberapa bulan sahaja membayar bil dan membeli barang keperluam menjadi satu beban. Itu pun pada mula pembukaan.

Mata Baharom melirik rapat pergerakan perlahan pak cik itu berlalu pergi mengheret bakul beroda empat. Baharom sedikit bingun dengan aksi pak cik tersebut. Kenapa mencampakkan buku? Kenapa tak campak emas ke iPhone 6 ke? Oh ya, kalau ada emas, dia tak mengheret bakul kayu beroda enpat buatan sendiri.

Persetankan apa yang berlaku, Baharom kembali dengan aktiviti kosongnya menyedut vaper. Sedutan kini menjadi pantas sedikit, jarak antara sedutan semakin berkurangan, Baharom tak boleh memikirkan perkara lain selain dari perbuatan pak cik tersebut.

Dalam kedudukan mencangkung, Baharom cuba menjeling sedikit sedikit melihatkan tajuk buku tersebut. Kelihatan terlalu buruk muka buku tersebut, tidak jelas perkataan di atasya. Baharom menoleh kanan dan kiri jikalau ada yang masih memerhati. Nampak masih kosong, tiada apa kecuali angin sepok sejuk.

Baharom mengangkat punggung mencapai buku tersebut. Dia membelek-belek buku sekali imbas cuba lihat ciri buku. Setebal kurang dari 100m/s dan cukup buruk. Ada kesan koyak di muka hadapan dan warnanya pudar mungkin kerana tindak balas air.

Nampak seperti tiada istimewa buku ini, Baharom membimbit buku tersebut sambil mengeluarkan kunci rumah. Dia berjalan masuk ke dalamrumah sewa, memangga pagar rumah. Keadaan rumah Baharom cukup kemas walaupun lengang tidak berisi barang. Ruang tamu cukup dengan televisyen 30 inci dan sofa kulit hitam yang dibeli dari Courts Mammoth dengan skim bayaran ansuran bulanan. Itu sahaja yang jelas nampak selain dari modem streamyx.

Baharom tekan picu ON di televisyen dan duduk bersandar di sofa empuk merehatkan diri sambil menonton cerita yang dimainkan stesen televisyen. Punyalah bosan cerita yang dimainkan televisyen, Baharom mula membelek buku yang diambil tadi.

Bila ditenung lama ke atas muka depan buku tersebut, tiada perkataan yang tertulis. Hanyalah gambar wanita tua dengan budaya English juga berkemungkinan berbangsa sana. Baharom mula membelek muka surat pertama, kosong. Tiada apa tercatit di atas muka surat. Putih kosong.

Baharom mula menegakkan badan dari menyandar kerana ada sesuatu tidak kema dengan buku ini. Dalam cemas dia membelek ke muka surat ke-2. Sama kosong. Tiada apa tertulis. Baharom lagi cepat mengalih ke muka surat seterusnya dan gopoh membelek lagi sehingga ke muka surat terakhir. Ya hanyalah buku tanpa mesej.

Bertambah bingung Baharom jadinya. Apa semua ini? Pak cik tua tidak kenal mencampakkan senaskah buku tidak bermesej? Baharom cuba menghubungkan semua pemboleh ubah sehingga dia mula terpandang jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mata pun makin mengantuk, badan seperti meminta untuk direhatkan.

Baharom melihat tong sampah di penjuru ruang tamu, masih tidak penuh. Muat lah senaskah buku ini. Baharom bangun dari sofa dengan malas membawa buku tersebut.

Dubbb.

Bunyi seperti ada sesuatu yang ringan jatuh ke atas lantai. Baharom lihat. Sepucuk surat jatuh dari celahan buku. Dia mencapai surat tersebut menguraikan isi dan bekas surat. Buka dan membaca.

Baharom,
Sepucuk tanggungjawab buat mu,
...

Siapa Baharom?Where stories live. Discover now