Bab 11- Permulaan Perubahan

68 4 0
                                    

THUPPP

Lutut rebah mencium daun yang bergugur atas tanah. Badan berlahan membongkok sehingga dahi tersentuh tanah menyujud. Gigi bergeratap kuat cuba menahan sejuta perasaan yang tidak lagi dalam kawalan badan.

YA ALLAH!!!!!!!!!!

YA ALLAH!!!!!!

Ya Allah...

Itu sahaja yang tubuh itu mampu lakukan dengan ujian yang didatangkan untuk dia. Tangan menggenggam sejumlah daun dan direnyuk kuat sehinggakan tulang tangan juga bunyi berkeluku tulang berlanggar-langgar. Tidak cukup dengan itu, Baharom mencengkam tanah dan bangun dari sujud seperti dihasut Ifrit meloncat dengan lidah terjelir keluar air liur! Otak celaru berkecamuk mula mundar mandir untuk cabut dari tahap waras.

Baharom berlari ke arah tubuh yang tidak bernyawa itu menendang kepala otaknya bertubi tubi sambil lidah terjelir! Jelasnya semua pegangan sudah lari dari dirinya. Rohnya sudah terlalu kecewa dengan jasad yang dibala itu. Kepala disepak bertubi-tubi sehingga seluruh badan tergolek menghadap langit. Kepala lembut tanda tulang di kepala hancur ditendang Baharom.

Huhh..
Huhh..
Huhh...

Baharom mendengus penat dengan aktiviti gila yang dibuat dia. Buat seketika, Baharom gila. Setelah tubuh kembali kepada takat normal, tanpa berlengah terus menuju ke beg yang terkandung segala penyelesaian. Cucuk. Semua yang berlaku sehingga ke saat ini kerana babelnya diri untuk tidak akur dengan jalan yang ditentukan takdir. Ini takdir betul? Sudah cuba segala daya yang terkandung dalam tubuh kecik ini untuk melawan tapi sepertinya bahan kimia ini aahib masuk dalam badan ini. Ya, itulah yang tertulis dalam diari masa depan Baharom- Takdir.

Baharom mengangkat picagari yang tinggal dalam beg. Tenung ke dalam warna. Minda dimandikan dengan akibat keputusan ini.

"Adakah aku akan mati?"

Kita semua nak hidup. Kita semua. Ramai yang menipu dengan sahabat hanya untuk menarik perhatian masyarakat. Akibatnya, kita semua menipu diri kita. Kita semua nak hidup. Dari sudut naluri mahupun sudut biologi. Kita mungkin mahu untuk hidup kerana banyak peluang yang bakal muncul dan usia masih belum mengizinkan untuk diri merasa. Duit sendiri, seks tidak kira yang homo mahupun normal dan sudah tentu kebahagiaan dan ketenangan.

Ini semua menyumbang kepada kelangsungan organisma dari kelas kita. Manusia. Kita dikelaskan sebagai haiwan paling kompleks. Logik akal jika semua haiwan seperti kuda dan babi juga memikirkan perkara sama seperti mereka juga mahu hidup panjang sebab seks dan sebagainya dan diceritakan dengan cara paling kompleks dalam stesen televisyen National Geography. Ah pergi mampus!

Jarum sudah dalam tubuh. Loading into the body.

Dunia semakin kabur. Penglihatan semakin terha...

Siapa Baharom?Where stories live. Discover now