Bab 12- Langgar Esa

65 6 0
                                    

Kabur melipat penglihatan dalam gelap. Denyut kepala berdetap jalan jalan saraf. Nafas dihela, sedutnya dalam. Baharom bangun dengan dunia baharu. Bumi yang berputar masih sama, dunia yang mengelilingi sudah berbeza.

Degupan jantung laju, ini tidak normal. Rosak pacemaker kalau diterus begini untuk lebih 6 minit. Kulit lengan diraba selau. Kasar. Malah bergerigi. Dialihkan pula biji mata ke sekeliling, tiada cahaya. Tahulah bahawa penglihatannya kini bukan yang tuhan kurniakan sebelum ini.

Had si esa larangkan kini telah pecah! Baharom bangun menggeletar dari baringnya bersandarkan dinding berlumut.

Apa sudah jadi?!
Siapa aku?!

Dalam posturnya yang masih membongkok, dapat Baharom rasakan perutnya keras, dadanya bidang, tangannya bak lesung, paha bersiur otot menjalar! Tubuh ini bukan tubuh Baharom. Bukan. Cuba menenagkan minda yang berpusu-pusu terbucu ganggaknya.

HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHA

Ngilaian galak datang dari segenap kamar tidak bercahaya. Jauh dibucu. Datang dari paculan cahaya samar celahan pintu. Semakin lama semakin kuat ngilaian itu, melangkahkan dua tiga tapak dari kedudukan Baharom. Tiba sekumpulan semut lalu masuk dari celahan pintu. Biji mata melirik perlahan pergerakan semut merah itu masuk menuju semakin hampir ke kaki.......
..........
.......
...
.

Siapa Baharom?Where stories live. Discover now