Bab 8- Picagari Kostum

106 6 0
                                    

Lirikan mata semakin menajam tertuli menghadap bagasi nipis yang tersadai di hadapan. Bagasi kali ini berbeza dengan yang selalu dikenalkan kepadqnya. Bagasi kali ini nipis, setebal buku teks yang mampu dibimbit saiz badan purata pelajar sekolah menengah. Kecilnya bukan mini, besarnya bukan gergasi. Muat untuk diletakkan beberapa perkara sahaja.

Baharom dalam berdiri mula meneka apa yang berada di dalam ruang terkunci itu. Kepala hotak tidak lain tidak bukan lagi menjana keputusan "Pistol" atas kejadian tempoh hari. Itu apa yang dijana otak, yang dijana hati pula berbeza atas sebab tubuh perlu bertahan dan hidup. Kecekalan yang dirangkul hati membuatkan Baharom selalu berhempas pulas dengan diri sendiri demi secebis motivasi untuk terus hidup.

Setelah beberapa ketika menghabiskan berdiri meneka dan bertolak tarik dengan perkara yang bermain di kepala, Baharom mengambil keputusan untuk melihat dengan biji matanya sendiri. Tidak perlu untuk berpening kepala memikirkan. Langkah dibuka perlahan untuk tidak menghasil bunyi. Entah mengapa walau ashik bercanang dengan diri untuk tidak mengendahkan sekeliling, Baharom tetap meliarkan pandangan jika jika dapat menangkap sekilas pandang ada yang memerhatinya. Tidak mungkin rancangan seperti ini dirancang awal. Sudah tentu rancangan ini diurus dengan kaedah memerhati!

Sedikit demi sedikit, tubuh semakin hampir dengan bagasi tersebut. Tetap fokus untuk mengawal diri supaya tidak terketar atau sebagainya yang boleh mengganggu proses membuka bagasi ini. Supaya tidak terjadi seperti apa yang berlaku dengan kejadian hari sebelumnya. Tanpa menyentuh, Baharom hanya melihat dengan menggerakkan tubuhnya memeriksa sekeliling bagasi. Kali ini berbeza, ia tidak dilengkapi kumci atau sebagainya. Hanya kelip kunci. Baharom menganggap kandungannya tidak berbahaya. Sesuatu yang menjadi normaliti. Mungkin penyangkut baju? Televisyen?

Baharom menghulur kedua-dua belah tangan untuk membuka kelip bagasi tersebut.

*KLAK

Perlahan Baharom membuka.

Kelihatan 5 picagari logam berisi 5 bahan kimia yang berbeza warna yang diikat kemas dengan kemudahan bagasi tersebut. Baharom bingung memikirkan apa semua walaupun tangan masih menyelongkar ke dasar. Tangan mula ke slot seterusnya. Baharom meraba ada kain. Tarik keluar. Kostum.

Baharom terus menarik keluar mengikas kebas kostum. Tangan didepa tersidai kostum dicubit tangan kanan dan kiri. Hitam. Tiada alur, tiada corak. Cuma ada material kain yang jenis bergetah. Jika diperhati, kawasan kawasan yang diletak getah di kostum ini dibahagian bawah dada dan bahagian bicep. Jelas fungsinya untuk menyokong pembentukan dada dan bicep. Meletakkan kembali kostum tersebut ke dalam tempat asalnya.

Baharom merasakan ada sesuatu di dasar slot kostum ini. Merendamkan tangan dan menarik keluar. Lagi sekali, sepucuk surat.

Siapa Baharom?Where stories live. Discover now