Tahulah si tuan badan, bahawa dunia bukan lagi yang nyata. Realiti kini sebuah fantasi. Fantasi tiada lagi. Otak yang penat berhempas pulas memikir segalanya sejak berhari-hari lamanya tanpa berhenti tidak lagi mahu dipaksa fikir.
Baharom dengan tenang melabuhkan punggung ke atas lantai seraya memikirkan perkara yang tak tentu. Perkara yang mungkin betul mungkin tidak. Mata dialih kepada raksasa berlumut saiz manusia normal dihadapannya. Postur terbongkoknya mengetik sesuatu dibenak fikiran. Sesuatu tidak kena.
Baharom meneliti darah atas hingga bawah raksasa tersebut. Ya, tidak salah lagi. Kaki menghenjut lantai membangunkan tubuh deras terus ke arah raksasa lalu mencengkam leher raksasa tersebut!
"KAU YANG ROSAKKAN HIDUP AKU SIAL!!! KAU SIAL SIAPA KAU BABI!!!"
"Berte..bertenang saudara.."
"KALAU KAU TAK MULA CAKAP SEKARANG, BUKAN KEPALA KAU SAJA PUTUS, PAKEJ SEKALI LEHER AKU CABUT!!!"
"YA AKU, aku lah pakcik itu.. Aku yang ubahkan kau.."
Biji mata yang besar penuh dengan sifat binatang liar tadi merudum kecil dengan perlahan. Baharom melepaskan cengkaman kepada leher si raksasa kecil tersebut. Menjelepuk jatuh tidak bermaya untuk berbongkok. Tidak seperti raksasa yang selalu difikirkan kita.
Sambil tangan masih menggosok bekas cengkaman, binatang tersebut mula bertutur cerita.
"Aku Blatanik. Aku tak tahu siapa aku. Aku tahu kau belum berjumpa tuhan. Kau mencari tuhan. Tapi kau tidak tahu siapa tuhanmu. Kau mencari dimedium yang kurang motivasi di rumah dan gerai burger. Aku tarik kau mencari tuhan, sebagai SEEKOR manusia."
YOU ARE READING
Siapa Baharom?
Teen FictionMelanguk seorang diri melihat dinding yang samar dimamah usia. Baharom mula membuka kitab kitab lama berlatarkan kehidupan atau lebih dikenali dengan nama Biology. Atheist berpendapat evolusi manusia daripada monyet hanyalah evolusi pertengahan. Ti...