Baharom,
Sepucuk tanggungjawab buat mu,
Evolusi di bawah tidur mu,
Selamat berjaya.
Surat yang mulanya dengan "Baharom" sudah cukup untuk mengganggu tidur tuan badan selama beberapa hari. Sepucuk surat yang disangkanya hanyalah sekeping nota. Sekeping nota tanpa mesej yang jelas. Samar dihantar
Empat baris yang wujud itu sudah cukup membuat Baharom untuk kelam kabut berlari ke belakang dan ke depan rumah memeriksa jika ada yang memerhatinya. Menyelak langsir pintu hadapan melihat jauh di laman rumah. Jelas, tiada siapa di luar.
Baharom mengambil jalan tenang seperti apa yang selalu diamalkan nya. Baharom mengucap sambil meleraikan tubuh ke atas sofa. Tangan masih menggenggam sepucuk surat misteri. Baharom bernafas berat. Peluh berlinang mengalir dari dahi Baharom.
Baharom cuba ambil jalan untuk beristighfar apabila banyak perkara buruk lalu satu persatu di ruang benak Baharom. Selepas satu perkara buruk diimbas, perkara buruk seterusnya lalu di mindanya. Baharom tidak tenang. Baharom cuba memperlahankan pernafasannya.
Lama kelamaan, perkara positif mula hinggap. Baharom cuba fokus dengan keadaan yang dia hadapi kini. Menyelesaikannya lebih penting dari merumitkannya. Persoalan yang paling kuat bermain di kepala Baharom kini ialah, daripada mana datangnya surat ini?
Baharom cuba untuk mengingat kembali kalau kalau pak cik tersebut pernah muncul dalam 23 tahun Baharom hidup di dunia ini. Diimbas-imbas slot ingatan Baharom tiada satu pun mirip dengan pak cik itu. Dia cuba pula masuk bahagian pelanggan burgernya. Walaupun tidak ingat dengan semua rupa pelanggan, Baharom tetap mengambil keputusan untuk pergi melalui bahagian itu. Seperti yang dijangka. Tiada apa-apa.
Baharom tenang kembali menggosok kedua-dua belah tangan lalu diletakkan di muncung mulutnya. Dia masih dalam mod berfikir. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Baharom cuba tenangkan diri walaupun darahnya mengalir deras. Menyeluk saku terus ditatap skrin.
"Fahmi Mustaffa"
Nama tertera di skrin telefon bimbitnya. Lega hati. Sentuh butang "Answer".
"Ya Fahmi, kenapa call tengah malam?", Baharom iringkan sedikit ketawa dihujung.
"Tak. Aku tak buka kedai hari ahad. Berehat. Esok aku buka balik. Kita lepak esok lah boleh?"
"Orait Fahmi. Esok aku masak special untuk kau. Jaga diri."
Baharom menyentuh butang "Decline". Talian tamat.
Fahmi Mustaffa seorang pensyarah di kolej berhampiran kawasan selalu datang ke kedai untuk merasa burger serta perbualan kosong Baharom. Ini minggu pertama dia dipindahkan ke Kuantan. Mungkin Baharom sahaja teman Kuantan yang dia ada setakat minggu pertamanya ini. Jadual kerja Baharom pun masih dia belum kenal.
Baharom berbalik semula menumpukan perhatian terhadap baris ayat yang tertancap. Baharom membalik-balik surat tersebut cuba mencari petunjuk yang lain. Hanya secalit cat biru dibelakang kertas itu.
Sepucuk tanggungjawab?
Dibawah tidur?
Selamat berjaya?
Apakah ini semua?
YOU ARE READING
Siapa Baharom?
Genç KurguMelanguk seorang diri melihat dinding yang samar dimamah usia. Baharom mula membuka kitab kitab lama berlatarkan kehidupan atau lebih dikenali dengan nama Biology. Atheist berpendapat evolusi manusia daripada monyet hanyalah evolusi pertengahan. Ti...