Baharom menyandarkan tubuh ke atas sofa. Kini tumpuannya mampu diberi sepenuhnya terhadap perkara ini. Baharom mula meliarkan pandangannya ke seluruh penjuru kawasan rumahnya. Seluruh rumahnya memang dicatkan dengan warna putih sediakala.
Baharom membeliakkan mata. Ada sesuatu yang lalu di kepalanya. 2 bulan selepas Baharom mulakan tapak perniagaannya, dia mengecat kamarnya dengan warna biru kerana itu warna kiosk burgernya. Ia sebagai memperingati kiosk burgernya.
Baharom cuba menghubungkan segala info yang mungkin untuk hidupkan sebuah mesej yang ingin disampaikan penulis ini. Kuat hati Baharom berkata penulis ini mahu sampaikan sesuatu. Kalau ini sebuah permainan, Baharom akan memenanginya. Itu Baharom.
Baharom cuba lagi mengimbas ingatan demi sebuah mesej. Slot memori kini berada 3 bulan dihadapan waktu tadi, Baharom bercuti ke Kuala Lumpur untuk melawat rakannya yang dikejarkan ke ICU gara-gara terlebih alkohol. Shafizal Hazizi kenalan rapat Baharom ketika zaman belajar. Berita itu tidaklah mengejutkan Baharom. Sejak zaman belajar lagi Shafizal sudah galak terlebih minum. Nasib menyebelahi dia, Allah s.w.t masih membuka peluang untuk bertaubat, dia berjaya diselamatkan dengan bantuan radas perubatan buat sepanjang hidupnya.
Sebelum ke Kuala Lumpur, Baharom ada menerima panggilan dari ibunya yang kedua ibu bapanya mahu menumpang rumahnya untuk bermalam. Mereka singgah atas tujuan datang ke Kuantan untuk membeli belah. Penat memandu dari Temerloh mereka mengambil keputusan untuk bermalam di Kuantan. Baharom tinggalkan kunci rumah dalam kasut mengguna kaedah lapuk.
Kemudian harinya, kunci itu ditinggalkan di dalam kasut tersebut untuk 3 hari seterusnya sebelum Baharom menjejakkan kakinya ke tanah Kuantan kembali. Sudah tentu inilah puncanya!
Kunci yang ditinggal diambil kesempatan seseorang yang tidak dikenali untuk masuk ke dalam rumah! Tapi kenapa masuk ke dalam rumah tanpa tujuan? Baharom bingkas bangun dari sofanya berlari masuk ke dalam bilik. Baharom melemban segala barang dan menyelongkar segala apa yang ada dalam kamarnya bagi mencari pentunjuk seterusnya. Baharom pasti perunjuk seterusnya ada di dalam kamar ini.
Evolusi di bawah tidur mu,
Baharom mengalih meja soleknya. Kosong. Meja kopi. Kosong. Sofa individu. Kosong. Almari. Kosong. Sehinggalah masuk giliran barang paling besar di kamarnya. Katil. King size katil Baharom dialihkan dengan segala kudrat yang dikandung. Terdapat sebuah peti besi bersaiz beg sekolah terdampar.
Pergerakan Baharom terhenti apabila melihat peti besi tersebut. Dia kaku berdiri tanpa mengebilkan mata. Di saat itu dia tahu bahawa semua sudah berubah. Mungkin bumi yang dipijak masih sama, tapi dunia yang berputar sudah berbeza.
Esok bukan lagi pasti.
YOU ARE READING
Siapa Baharom?
Teen FictionMelanguk seorang diri melihat dinding yang samar dimamah usia. Baharom mula membuka kitab kitab lama berlatarkan kehidupan atau lebih dikenali dengan nama Biology. Atheist berpendapat evolusi manusia daripada monyet hanyalah evolusi pertengahan. Ti...