Bab 5- Selamat Datang

164 8 7
                                        

Apa benar yang terdampar ini?
Laut hati bagai berkocok dalam dada. Baharom benar tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Sebuah peti besi automatik kaku. Seperti dia melirik dalam Baharom.Apa yang Baharom harus lakukan? Telan air liur sampai esok?

Kad soalan mula di susun keluar. Satu per satu di lemparkan ke dinding pemikiran. Kad demi kad, semakin angker persoalan yang diolak. Baharom mengecip rapat mata cuba memberi bantal tidurkan persoalan gila yang semakin jauh meliau di kamar minda.

Baharom melarikan pandangannya ke semua arah di dalam kamarnya. Memerhati di setiap sudut jika ada sumber yang memerhati. Baharom melangkah pantas ke empat-empat penjuru bilik dan meraba-raba di segenap penjuru tersebut. Merapatkan biji mata ke setiap lubang yang wujud dalam kamarnya. Ternyata, tiada yang memerhati. Sifat.

Baharom merapatkan diri kepada peti besi tersebut, mencangkung. Peluh masih bergelinang membanjiri dahi Baharom. Baharom tenang walaupun dalam kepalanya sedang berhempas pulas dengan realiti yang dia telah meniduri peti besi tersebut selama berbulan-bulan lamanya. Lebih teruk kerana Baharom langsung tidak sedar akan kehadirannya. Tidak walau terdetik.

Baharom memberanikan diri menghulurkan tangan menyentuh peri besi tersebut. Otot kakinya beregang tanda Baharom teLah bersedia  dengan apa yang bakal berlaku. Jika timbulnya bom jangka masa, lari jawapannya. Jika timbulnya parasit hybrid anjing dan lipan, lari jugalah jawapannya. Harapnya bukan kedua-duanya. Kerana Baharom pelari pecut 100m yang pernah mengecewakan rumah sukannya ketika sekolah. Hanya dengan kemenangan tempat ke-3, Baharom boleh dinobatkan sebagai wira yang melonjakkan kedudukan rumah sukannya ke tempat pertama. Tetapi, Baharom tetap Baharom.

Baharom memegang kemas pada kedua-dua bahagian peti besi; bahagian atas dan bahagia bawah. Lafaz bismillah. Membuka. Ketat, peti besi itu tidak terbuka. Mungkin Baharom belum mengguna penuh tenaga yang ada.

Satu.. Dua.. Herghhhhhhh!

Nope. Tetap sama. Tidak terbuka. Musykil Baharom terus terlupa dengan risau. Baharom memusing arah jam dan lawan arah jam melihat jika jika ada sesuatu yang boleh dipicit buka.

*pusing arah jam.

"Tiada apa-apa di bahagian ni.", getus Baharom.

*pusing arah berlawanan jam.

BLAMMM!!!!

Baharom terloncat ke belakang melitup tangan dikepala terus jatuh ke atas lantai bergolek.

"Babi!", Baharom menjerit sambil cuba bangun melarikan diri.

Tak salah lagi! Itu bunyi das tembakan pistol! Berdentum bunyi menggegar seluruh perkampungan ini. Baharom mula menggelabah mencari tempat berlindung. Dia menujuk ke arah dinding. Air mata baharom mula jatuh. Takut. Kakinya terketar berdiri. Gigi terketar ketar mengucap dua kalimah syahadah.

"Ya Allah ampunilah dosa aku."

Baharom terketar berdiri sehingga terjatuh terduduk tak kuat semangat dengan situasi yang teejadi. Baharom cuba tenangkan diri. Memfokuskan deria kepada bunyi dari mana das tembakan itu datang. Baharom mengintai peti besi tersebut.

Tidak di tempat tadi. Baharom menelan air liur. Hatinya sudah redha dengan ajalnya. Baharom menoleh ke kiri, ada peti besi yang dicarinya.

"Shittt!"

Rupanya das tembakan itu datang dari peti besi ini dan peti besi kecil ini terlempar hasil inertia. Jelas sekali goyang yang Baharom lakukan kepada peti tersebut telah mengaktifkan picu pistol.

"MasyaAllah.", Baharom cuma lega pistol itu tidak di acu terhadap dirinya kerana ia akan menjadi kes bunuh diri.

Baharom pantas membuka peti yang longgar itu mencengkam pistol. Jelas sekali dalam peti itu hanya terkandung sepucuk pistol dan nota kecil. Walaupun langsung tidak tahu guna, atas situasi gila yang baru berlaku Baharom meletakkan jarinya di picu pistol untuk keselamatan diri. Cepat bertindak!

Baharom dapat dengar suara orang kawasan perumahan ini mula berkumpul di hadapan rumah akibat bunyi pistol. Gelabah dibuatnya. Apa yang patut dilakukan. Baharom cepat membuka nota tersebut sebelum lari melalui pintu belakang rumah.

Depan.

Baharom jelas tak faham mengerut dahi. Baca sekali lagi.

Depan.

Tiba-tiba muncul tapak kaki meluru masuk pantas dengan hood baju tutup kepala datang ke arah Baharom. Tanpa berfikir, tangan Baharom tanpa sukarela mengangkat, tekan picu.

BAMMMMMM!!!

Bersembur otak keluar dari skull. Peluru masuk dalam jarak 20 cm jauh tepat ke dalam kepala. Tubuh longlai jatuh terjepuk.

Biji mata Baharom terbeliak keluar. Gila. Situasi menjadi lagi gila. Seribu satu persoalan datang menyerang kepala. Siapa lelaki ini? Apa tujuannya? Tanpa senjata? Apa yang dah berlaku? Ke mana patut dituju?

Pagar rumah Baharom bergegar tanda penduduk kawasan telah memecah masuk selepas das ke-2 tembakm dilepaskan. Keadaan tidak terkawal. Kelihatan dalam lingkungan 30 orang cuba masuk. Baharom cepat tunduk membelek jaket jejaka itu. Tiada apa. Tidak walau beg duit. Kecuali di tangannya ada sebiji smartphones.

Baharom mencekup peranti tersebut, melihat sekilas pandang atas wajah jejaka tersebut dan terus cabut seribu langkah keluar dari kamar. Ke kiri ke pintu hadapan. Mereka hampir di sliding door. Baharom pecut ke kanan keluar menuju ke pintu belakang rumah. Peranti ditangan Baharom hidupkan skrinnya. Tidak sempat untuk melihat. Baharom hanya menendang pintu belakang tepat di tombolnya pecah. Tombol pintu belakang Baharom tidak dipasang lengkap atas sebab kehilangan beberapa bahagian ketika Baharom memasang. Mudah pecah. Baharom dalam gila sambung berlari keluar tanpa menoleh dibelakang.

Buka sejuta langkah. Baharom lari seperti tiada kaki. Sehingga jauh entah kemana sampai Baharom selepas 12 minit berlari pecut tanpa henti. Dalam mengah rehatkan paru-paru Baharom memeriksa smartphone tersebut. Ada notifikasi mesej.

Selamat datang, Baharom.

Siapa Baharom?Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang