Bab 13 - Seekor Manusia

85 5 3
                                    

Kumpulan mini memanjat satu sama lain berkerja keras dalam detikan jam dinding yang kuat berletik setiap saat. Perlahan lahan, satu demi satu, sungguh memang gigih makhluk ini membuktikan sesuatu. Baharom masih memerhatikan semut semut tersebut. Kumpulan yang bergerak datang dari celahan pintu yang akhirnya berhenti di hadapan kakinya.

Sudah tentu mereka mahu membuktikan sesuatu. Teliti bersabar tidak berganjak walau selangkah pun Baharom menunggu makhluk itu meniti, memanjat,mengendong satu sama lain untuk membentuk sebuah sesuatu.

Sambil menunggu permainan masa si semut, tangan dialih letak ke atas dada. Lub dup lub dup. Pantas sekali degupan masih tidak surut. Cuba mencari akal mengapa jantung masih begini walaupun nafas yang dihela sudah pun pada kadar normal. Dia mengalih pula pandangan kepada sebuah lohong kecil terletak dipenjuru jauh. Padangan mula berlari mengikut setiap laluan yang terdapat dalam lohong tersebut!

Mata membulat besar terkejut tetapi degupan jangtung masih sama, masih dalam kadar tadi. Mungkin ini kadar normal. Normal baru buat Baharom.

Pap

Bahu Baharom ditepuk lembut, dengan tenang Baharom mengalihkan pandangan ke hadapan. Seorang lelaki.. Atau pun seekor lelaki.. Ataupun seorang raksasa berdiri sama tinggi. Keadaan menjadi semakin aneh apabila fikiran meliau memikirkan diri yang sudah tenang akan respon Baharom yang cukup tenang terhadap perkara yang semakin menggila ini.

Baharom?

Suara garau keluar dari makhluk yang masih berdiri seakan mengekspres dalam bentuk soalan. Kepalanya botak, kulitnya hijau seperti berlumur lumut, badan terbongkok seperti tidak bermaya, kakinya berkedut. Tiada pakaian dikenakan. Bogel. Dan.. Jijik.

Er.. Ya..

Baharom teragak menjawab soalan ringkas tersebut.

Kau takut?

Dengan kau?

Baharom mempersoal soalan makhluk tersebut untuk mengenal pasti.

Dengan diri kau sendiri.

Terkedu mendengar soalan ringkas itu.

Ya, aku takut. Aku bukan lagi aku. Aku masih mencari jawapan bagi semua ini!

Walau jasad diulek dipenyet dibentuk beza, roh yang menyulit masih sama. Masih Baharom. Keinginan dan kerinduan dengan normaliti masih kuat terpahat. 4 hari yang cukup panjang buat Baharom.

Dari mana asal kau? Apa sebenarnya kau? Kau juga hasil kimia seperti aku ke?

Baharom mengaju soalan bertubi masih mabuk mencari jawapan.

Heh.

Aku asal dari kolah longkang yang kau semua kencingkan.

Lahir pada 6 Oktober 1762.

Manusia beronani, sperma yang mengalir akhirnya tamat dengan kacukan dengan seekor cicak.

Aku seekor klon yang berjaya tiada dalam sejarah...

Siapa Baharom?Where stories live. Discover now