Biru- Bicep
Merah- Leher
Hijau- Kaki
Oren- Dada
Hitam- LenganWalaupun itu sahaja perkataan yang tertancap pada surat yang didepa, mesej yang disampaikan pentulis jelas tersirat surat. Setiap warna yang disenaraikan merujuk kepada bahan kimia yang berbeza terkandung dalam 5 picagari yang tersedia di kantung bagasi nipis. Bahagia anatomi yang disenarai boleh diduga ialah bahagia di mana setiap picagari tersebut patut tembakkan. Memikirkan keadaan yang semakin rumit, ingin sahaja paculkan sahaja ke dalam tubuh. Apa nak jadi, jadi.
Tetapi, memikirkan apa yang diulas si penulis dalam sebuah buku berunsur kuat Biology, manusia juga bersaing kuat untuk terus hidup. Antara perkara yang turut diulas ialah evolusi manusia yang dicanang Charles Darwin sebagai suatu evolusi yang cukup kontroversi di antara agama dan juga bangsa. Semua kerana disokong bukti kukus peratus perbezaan ujian kariotaip manusia normal dan juga monyet normal. Hanya berbeza sedikit sahaja. Selain dari itu, penyokong idea ini turut mengeluarkan ideologi bahawa tulang koksik yang dikatakan tidak berfungsi ialah kesan daripada hasil adaptasi evolusi zaman ke zaman yang pada suatu ketika sepotong ekor.
Tidak mahu mati. Keputusan muktamad disetuju oleh kesemua pintu bincangan hati. Dalam keadaan mencangkuk dengan tangan yang masih terpegang bagasi termenung seketika. Baharom melabuhkan punggung ke tanah dan menseretkan ke belakang sedikit untuk terus bersandar ke sebuah batang pokok untuk berteduh. Mata masih tertancap teoat ke bagasi tidak berganjak walau sedikit. Sinaran tengahari semakin liar walaupun tidak berlabuh di atas tubuh Baharom.
Tettt... Tettt... Tettt...
Deringan datang dari poket Baharom. Tangan mengilas oantas merendam ke dalam poket dan menggenggam keluar peranti yang menemaninya saban hari. Menatap skrin yang menyala. Simbol mesej berkelip. Ibu jari pantas menyentuh interaksi tersebut membawa ke aplikasi asas sistem operasi tersebut iaitu mesej.
Baharom,
Aku cukup kenal kau, kau tidak kenal aku. Aku janji kau tidak kenal aku. Masukkan ubat itu ke dalam badan kau dan kau akan dapat teruskan evolusi ini. Jika tidak, seseorang dalam hutan ini akan terbunuh. 3 minit. Selamat tinggal.
YOU ARE READING
Siapa Baharom?
Teen FictionMelanguk seorang diri melihat dinding yang samar dimamah usia. Baharom mula membuka kitab kitab lama berlatarkan kehidupan atau lebih dikenali dengan nama Biology. Atheist berpendapat evolusi manusia daripada monyet hanyalah evolusi pertengahan. Ti...