BAB 1
"Hei Man, macam mana blind date kau last week ? menjadi ?
"Sama jugalah Li, macam yang dulu-dulu, bukan taste aku. Buang masa dan tenaga aje. Aku rehat kat rumah ,mengadap mama aku lagi bagus. Itupun kalau dia tak berbunyi pasal bab anak menantu la..."
"Ha....ha, ini masuk yang ke berapa... dah? Tak salah aku yang ke sebelas ke dua belas ? Itu yang melalui chating , yang kita oraag introduce tu tak salah aku dah berpuluh-puluh dah... sejak dua tiga tahun ni. Sudah-sudah lah tu Man, buat apa engkau mencari jauh-jauh, di depan mata kan ramai tergila-gilakan engkau. Di pejabat engkau tu aku dengar, engkau sebut saja nama, berlari-lari dia orang datang. Memilih sangat !"
"Memilih ke? Habis engkau nak ke aku kahwin dengan si Mimi yang sebatu bau minyak wangi tu ? Atau Ziela yang asyik minta orang belanja dia ? Dah..la bibir merah menyala, merengek-rengek bila waktu makan, nak jimat sangat . Ataupun kau nak aku ambil Siti yang dua puluh empat jam bergayut tu, mahu nanti aku kena makan tongkol telefon. Atau Dora yang tergedik-gedik tu.....heee....tak mahu la aku. Jangan kan mama aku yang tak berkenan nanti, aku sendiri pun reject awal-awal".
" Ha..ha..ha, Memang engkau memilih ! Nak perempuan sempurna macam mana pun aku tak tahu ? Aku sendiri pun dah serik nak kenalkan saudara-mara aku. Kita tak jadi bersaudara pun tak apa. Aku tak terkilan Sebabnya takut juga aku kalau ada hal di belakang hari , aku yang susah....Engkau ni harap muka je handsome , poket penuh, tapi bab memikat perempuan hampeh ! Tengok aku, sebaya engkau anak dah masuk tiga beb!"
"Iyaalah tu..... sampai tak menyempat-nyempat habis belajar, kau dah beranak pinak."
" Sekurang-kurangnya aku bersusah-susah dahulu ha..ha, tapi sekarang masih susah juga...".
" Tahu... tak pe. Ni kau call aku mesti dah terdesak tengah bulan kan ? Itulah, kalau kau ikut nasihat aku dulu kerja dulu baru kahwin, taklah ekonomi kau teruk sangat macam sekarang".
" Banyaklah engkau punya nasihat ! Tengok apa dah jadi ? Jangankan kahwin , calon pun belum ada. Aku kalau terserempak mama kau, cepat-cepat pusing ke tempat lain, buat-buat tak nampak. Kalau tak ,terpaksalah bersoal jawab tentang calon menantu nya yang tak ada tu. Kesian dia... Man, nak sangat menantu. Engkau tu janganlah terlalu memilih !.
" Sebab mamalah yang memeningkan kepala aku. Aku mana ada perempuan lagi nak tunjuk dia. Maksud aku perempuan yang senonoh dan baik-baik. Boleh kata hari-hari dia desak , sampai aku ni jadi bisu bila dia masuk gear tau"
"Ha....ha.....ha, kesian aku kat dia Man. Kau usahalah sungguh-sungguh. Tunaikan hajat dia yang satu tu ! Anyway ,bahagian aku tengah-tengah bulan ni ada tak ?".
"Yang tu jangan risaulah, setiap bulan aku dah agihkan untuk kau, janji hujung bulan bayar balik".
" Promise. Terima kasih. Eh.....aku ada contact girl baru lah, yang ni betul-betul cun. Baru balik belajar dari London. Rambut karat-karat!".
" Sudahlah engkau! Tadi kata serik , takut bersaudara ngan aku! Lagi pun kawan, rambut karat-karat aku tak minat. Jangan nak tunjuk mama, aku sendiri pun kurenng.....gitu."
" Suka hati engkaulah . Bukan saudara .....kawan bini aku . Nanti aku sms nombor telifon dia. Terpulanglah engkau nak buat apa. Aku bagi jalan je .....untuk orang terdesak macam kau. Duit banyak-banyak buat apa, kalau hidup solo ?".
" Kau, kalau nak intro tu biarlah ikhlas, baru ada berkat. Ini tidak, setiap kali kau belasah aku , mana nak melekat Tengoklah nanti......kalau aku ada mood , aku contact la ".
" Iyaa..lah...tuu..Good luck, bro....."
Aku meletakkan telefon diatsa meja pejabat. Fazli....Fazli, Kalau pasal mengutuk aku. Tidak pernah bertapis. Apa yang terdetik dihatinya, mesti diluahkan ke mulut. Namun, aku tidak pernah ambil hati. Akupun sama terhadapnya. Kalau nak kutuk, kutuk depan-depan. Tiada mengata belakang-belakang. Itulah petua kami agaknya , sehingga boleh berkawan lama. Bagaikan saudara sendiri.
KAMU SEDANG MEMBACA
PILIHAN MAMA
RomanceNovel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai...