BAB 16
"Pengurus Latihan yang baru tu, cun sungguh. Cairlah hati lelaki aku ni".
"You tu, pantang tengok perempuan, semuanya cair. Yang muka buruk pun you cair Hasmadi. Ini kan pula yang cantik. Habis yang dirumah tu, mana mau taruk?".
"Ayo...yo , Shanti, yang kat rumah, kasi simpan baik-baiklah! .Itu teman susah senang. Mana boleh buang".
" Itu macam... ka ? .Bukan yang dirumah tu, time yang susah-susah saja ingat, yang di luar ni, untuk senang-senang saja. Time banyak wang".
" Cakap baik-baik sikitlah May. Ini abang Hasmadi, takkan.. lah macam tu. Abang cakap yang betullah. Pengurus baru tu memang cantik , bergaya, tinggi lampai, putih halus kulitnya. Semalam kan abang ada training. Dapat tengok dekat-dekatlah muka dan body dia. Betul macam department lain cakap. Cun!".
" Betul cakap Hasmadi. That lady is very pretty . But beauty with brain. Pandai dia bagi training. I terpegun tau! .Kalau pengurus lama tu, I asyik tertidur saja waktu training. Dengan yang baru ni, segar mata I, sweet dan pandai. Kalau kena tangkap apa.......haiwat dengan dia, I pun mau, tak payah buat report polis , kalau kena kahwin pun tak apa".
"Ha...ha..ha". Semua orang , satu kumpulan ketawa
" Khalwatlah Chong. Haiwat.... haiwat. Engkau ni, tak pandai-pandai. Dah kena pun, tak gheti-gheti nak menyebutnya."
" Ok, lah tu, Hasmadi , ada juga wat....wat, di belakangnya". Semua ketawa lagi mendengar lawak Chong.
"Sssyy, you all ni, tak tau ke bos dah masuk, Bising macam tak ada sangat kerja nak buat!. Kalau angin dia tak berapa elok , banyak kerja dapat nanti, baru padan". Aliah yang mendiamkan diri sejak tadi memberi amaran.
"Ye ke ? Aku tak perasan pula bos sudah ada. Dah habis ke kerja dia kat Jakarta tu ? .Jom-jom kita buat kerja. Nanti tak pasal-pasal kena balik lambat". Shanti terus meletak cawan airnya , terus ke mejanya. Diikuti yang lain. Aliah tersenyum kegelian melihat telatah kawan-kawannya.
Aku sudah sedia maklum, itulah tempat gosip mereka. Oleh kerana terasa bising sangat, akupun berhenti sekejap, mendengar apa yang diperkatakan. Hampir tiga minggu juga tidak menjenguk pejabat. Rindu juga untuk mendengar berita -berita dari wartawan yang tidak bertauliah ini. Bila terserempak tubuh tegap aku ni, masing-masing nampak malu-malu. Padan muka! Bergosip lagi pada waktu kerja.
" Encik Aiman nak air ke ? Boleh saya buatkan".
" Boleh juga Aliah, dah lama tak minum dari air tangan you. Buat saya teh ya! ".
Aku berlalu masuk bilik. Masing-masingnya nampak tekun membuat kerja. Atau sekadar berpura-pura? Tetapi jika kurang tugasan, sekejap lagi Aliah akan membahagikannya secara rata kepada mereka. Baru tidak ada masa untuk bercerita! Namun , terusik juga hati dengan cerita mereka , tentang Pengurus Latihan itu. Cantik macam mana ya ? Nanti boleh aku uji diri sendiri, boleh jatuh hati ke tidak padanya ? Cairkah hati ku nanti, sebagaimana hati Hasmadi dan Chong? Jika tidak, mungkin juga aku ni bukan lelaki normal ? Hissh......Apa yang aku melalut ini?.
"Encik.....Encik Aiman. Encik ".
" Ya.....ya, Aliah. Sorry, jauh saya pergi tadi. Ada apa hal ?". Aku mengakui kelemahan sendiri. Aliah tersenyum-senyum.
" Saya nak ingatkan lagi, takut encik sudah lupa. Petang ini ada mesyuarat Ketua Jabatan berkenaan Program Audit Kualiti Pembekal. Encik kena hadir , Wajib. Arahan CEO . Pukul dua tiga puluh petang".
" Oh ya ke? Terimakasih Aliah. Saya betul-betul tak ingat. Tak tengok organiser lagi. Ada apa-apa lagi yang penting ? Maklumlah sekarang ini saya kelam kabut dengan kes di Jakarta tu. Jadi banyak yang lupa".
KAMU SEDANG MEMBACA
PILIHAN MAMA
RomanceNovel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai...