PM: BAB 10

2.9K 65 1
                                    

Peluh meniti-nitik ketika kakiku melangkah masuk ke dalam rumah. Hari Sabtu petang sememangnya dijadualkan untuk melakukan riadah. Aku lebih gemar berlari sekitar taman perumahan tempat tinggal , daripada pergi jauh ke taman reakreasi yang dipenuhi berbagai ragam orang. Kebetulan ,berhampiran rumah ada sebuah bukit yang amat sesuai untuk ber-jogging . Jalannya elok, selamat dan yang penting sekali udaranya amat segar kerana ditumbuhi pokok-pokok berbagai lapisan tumbesaran. Nyaman sekali, terutama bila angin bertiup lembut. Pemandangan dari bukit itupun, sungguh indah. Aku selalu berangan untuk membawa orang yang aku sayang suatu hari nanti ke sini , menikmati alam ciptaan Tuhan bersama-sama. Ini adalah salah satu tempat rahsiaku. Tiada yang tahu, kecuali mama. Jika aku dalam keadaan sedih, marah , tertekan atau tidak tenteram, di sinilah tempat ku lepaskan perasaan negetif itu. Aku boleh menjerit sekuat-kuat hati . Tiada siapa yang mendengar. Perasaan akan lega kemudiannya.

" Ooops....Ada tetamu rupanya. Seorang saja Dija ?. Fazli ngan anak-anak mana? .Tak datang sekali?".

Terkejut aku dengan kehadiran Hadija, isteri kesayangan Fazli. Oleh kerana teruja dengan kelibatnya, banyak pula soalan yang ditanya pada tetamu ini. Padahal mataku nampak jelas, Hadija tengah sugul, seperti sedihkan sesuatu. Apa hal pula yang tidak kena pada wanita cantik berkulit hitam manis ini?. Mama yang berada bersebelahan, nampak seperti memujuk, dengan mengusap-ngusap lembut bahunya.

"Fazli tak keluar dengan you ke Man ?"

"Tak. I jogging sorang-sorang. Dua jam hari ni. Minggu ni tak sempat buat masa hari kerja. Jadi I cover lah balik . You ni ada apa-apa ke ?. Lain macam je I tengok. Tak sihat ?".

" Sihat......Cuma yang dalam ni yang tak. Betul Fazli tak ada keluar dengan you hari ini?"

"Betul....you ni, mana I pernah main-main dengan you. Dengan Fazli selalulah I kelentong. Pagi tadi I ke office sekejap. Urgent. Lepas tu layan mama ni kat rumah. Kemudian keluar riadah .Itu jadual I hari ni".

" Jadi you tak ada jumpa Julaina.. lah hari ini ? Fazli cakap you all keluar bertiga. Sahlah Fazli tipu I".

Suara Hadija seperti hendak keluar dengan tidak. Bererti , sudah lama dia menahan perasaan dan menangis. Matanya yang sudah agak kering air ,telah basah semula , apabila aku mengumumkan tidak keluar dengan suaminya hari ini.

"I dah lama tak keluar dengan Julaina, Dija. Tapi dia hari-hari telefon. Ada yang I sambut, tapi kebanyakannya tak. Fazli pulak dah lama tak telefon. I agak dia sibuklah , macam I juga. Yang akhir sekali dia ajak I keluar minum dengan Julaina,tapi I menolak. Itu pun beberapa minggu yang lalu. Apa sebenarnya berlaku? I tak faham. Ada apa-apa yang I boleh tolong ke ?".

Sebaik sahaja mendengar jawapan ku, tangisan Hadija makin bertambah kuat. Air mata makin merembes laju. Aku terkasima. Mengapa ?. Mama pula tidak henti-henti mengusap lembut bahunya, sambil memujuk supaya bersabar......bersabar. Aku menjadi semakin tidak faham.

" Kenapa Dija? Kalau ada yang boleh I bantu, bagi tahulah. Kita berkawan dah lama. Fazli tu seperti adik I sendiri dah..."

" Fazli, Man, sejak akhir-akhir ni dah lain macam . Dah pandai cakap tidak betul dengan i. Hari-hari balik lambat. I tahu dia keluar dengan perempuan lain. I rasa dengan Julaina".

"Hish...Takkanlah ! Fazli yang I tahu, begitu setia pada you. I tahu dia sayang you Dija. I tahu pasal Fazli luar dan dalam. Segala rahsia dia ada dalam poket . Dia tidak sekali-kali menyakiti hati you".

" Dia dah pun menyakiti hati I, Man. You tengok, hari ini dia kata dia keluar dengan you, tapi tidak. Patutlah hati I terasa sangat nak datang rumah you. Selalunya, bila dia balik lewat malam, dia kata dia temankan you dating, tapi semua tipu. Mama you baru je bagi tahu yang you dah lama tak keluar malam. Habis dia keluar dengan siapa ? Sampai hati dia tipu I........".

PILIHAN MAMATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang