BAB 11
Hari ini aku dan mama ke Telok Intan , Perak, menziarahi Rahman yang telah pergi mengadap Ilahi. Diatas penyakit apa ?. Masih menjadi tanda tanya. Pada semua orang yang mengenalinya. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan yang tepat dan logik sebab kematiannya. Doktor juga memberikan jawapan yang meragukan. Sudah ditetapkan di Luh Mahfuz, hidupnya sekadar di sini sahaja. Siapa kita untuk melawan?. Biar apapun sebab pemergiannya, semuanya sudah tertulis untuk dirinya. Telah ditakdirkan.
Asalnya, aku hendak pergi bersama-sama rakan-rakan sepejabat sahaja, tetapi mama bertegas untuk pergi bersama setelah mendengar khabar tentang pemergian Rahman dari ku. Mama telahpun mengenali Rahman dan ibu-bapanya semasa aku membawanya pergi melawat di hospital tempoh hari. Walaupun sekejap cuma, mereka telah saling mengenali, dan amat wajar untuk aku membawa mama bersama menziarah.
"Kasihan Rahman itu ya Man. Sampai mati dibuat orang. Siapa agaknya yang jahat betul hatinya. Man ada dengar-dengar ke ?. Kawan pejabat ke ?".
"Entahlah mama. Benda ni jangan dipercaya sangat, Mungkin tak betul. Dah ditakdirkan Tuhan, dia pergi macam tu. Tuhan lebih sayang dia, dari kasih sayang ibu- bapanya".
"Iya...lah Man, tetapi mesti ada sebab musababnya. Jika diikutkan adat dunia, tak seharusnya dia pergi dulu . Muda lagi. Muda daripada Man kan? Nasib baik belum beristeri. Jika tak muda-muda lagi dah bergelar balu".
" Man pun tak terkata apa-apa... ma, bila mendapat berita dia telah tiada. Ingatkan dia boleh sihat kembali. Sama-sama boleh berkerjasama. Baik budak Rahman ni. Dialah yang selalu balik lewat malam, siapkan laporan jabatan, Susah nak dapat ganti orang sepertinya. Dia tak berkira tenaga, Teruk jugalah Man bila dia tiada. Rasa sedih sangat dengan pemergiannya".
"Nasib dialah!. Janganlah jadi anak mama macam tu. Mama doa siang malam supaya Man ni sihat, tidak perlu kaya, janji ada kesihatan dan jadi orang Islam yang baik. Jauh dari hasad dengki orang lain".
"InsyaAllah.. ma, berkat doa mama, Man selalu sihat, Tapi Man nak kaya juga. Mama doakan juga ya?".
" Boleh... kalau mahu dengar cakap mama".
Mama tersenyum melerek. Apa yang tersirat di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Telah beberapa kali mama cuba mengcungkil cerita berkenaan kematian Rahman, namun aku masih mempertahankan apa yang dihebohkan di pejabat dari pendengarannya. Semasa melawat Rahman di hospital dahulu, hanya sekejap sahaja , dan aku bersyukur kerana ibu-bapa Rahman tidak sempat memberitahu apa-apa tentang penyakit ganjil ini, yang digossipkan ada kaitan dengan diri aku. Jika mama tahu........ tentu kebimbangannya akan mencapai tahap maksima, dan dia akan mengungkit janji ku dahulu. Ohh.....tidaak!.
" Man, jangan jangan laju-laju sangat. Masih sempat lagi kita. Telok Intan tu bukannya jauh sangat, sampai Man kena memandu 140 kilometer sejam".
" Tak sedar... lah mama, kaki sedap aje menekan minyak . Tak pula rasa laju sangat! Kita pergi ni sekejap je ma, Man kena rush balik. Nak jemput big boss dari Switzerland di KLIA".
"Tak ke penat, nak kejar ke KLIA pula lepas ni ?. Jauh perjalanan tu. Takkan tak ada orang lain yang boleh ambil, atau driver syarikat ?".
" Ada, tapi mama bukan tak tahu Mr Smith tu...Tak mahunya dengan orang lain. Dia datang ni, Man akan sibuk sangatlah tu. Mama banyak kerja persatuan tak?"
" Jangan risau mama. Mama dah ada aktiviti nak dibuat dengan kawan baik mama.. Man jangan sampai tak balik rumah cukuplah. Layan bapak Smith tu , layan juga, tapi mama kat rumah jangan dibiar tidur seorang".
" Takkanlah Man nak buat macam tu pada mama....."
Suasana sedih dan pilu menyelubungi rumah ibu -bapa arwah Rahman. Pemergian anak sulung bagi seorang ustaz yang menetap di kampunng, sudah tentu tidak henti-henti dikunjungi saudara-mara, jiran tetangga, dan kenalan si ibu-ayah. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan si mati, yang kebanyakkannya dari Kuala Lumpur dan ramai yang ku kenali. Semuanya nampak ikhlas datang untuk melihat Rahman buat kali terakhir.
KAMU SEDANG MEMBACA
PILIHAN MAMA
RomanceNovel pertama Umie Nadzimah Terbitan : Kaki Novel Sinopsis Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui……….payahnya untuk merasai...