PM- BAB 7

3.1K 84 1
                                    

BAB 7

Hari ahad berikutnya, sungguh-sungguh makcik Zai telah sampai ke rumah ku. Apa yang aku risaukan benr-benar terjadi. Ajakan aku tempoh hari hanyalah sekadar berbahasa untuk melepaskan diri dari perbualan yang sudah agak tegang. Tidak sangka pula dia betul-betul mengambil kira, dan buktinya sekarang dia telah pun berada di ruang tamu rumah bersama-sama dua orang anak gadisnya. Bersama Nurul Atikah semestinya dan yang seorang lagi si bongsunya, Nurul Nadia.

Aku dan mama agak tergamam juga pada mulanya ,menerima lawatan tetamu yang tidak diduga tersebut. Kami berpandangan sesama sendiri dan masing-masing kelihatan agak tertekan. Mujur mama yang lebih berpengalaman , dapat memujuk diri supaya lebih profesional dengan mempelawa mereka ke dalam , dengan ramahnya. Aku tahu, hati mama masih lagi terguris dengan kata-kata makcik Zai seminggu lepas. Ayat-ayat dan pertanyaan yang keluar dari mulutnya masih tergiang-giang lagi di telinga ku, inikan pula di hati mama.....

Hah ! Apa yang harusku perbualkan ? Aku rasa topik berbesan dengan mama adalah agenda utama kedatangannya. Bagaimana untuk aku memberi tindak balas? Sungguh ! .Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadikan makcik Zai yang becok in ibu mentua . Ti.....daaaak sama sekali. Rasa seperti mahu letak garam sahaja , sebagai ganti gula ke dalam air yang di bancuh ini. Biar padan muka perempuan itu. Tetapi mama tidak pernah mengajar aku berkurang ajar dengan sesiapa juga, walau dengan musuh sendiri. Mama pernah dilukai dan dikhianati dengan begitu teruk sekali oleh bekas suaminya dan sahabat karib sendiri. Namun, sekali pun dia tidak pernah menceritakan keburukan ayah kepada ku.

" Bagusnya anak bujang engkau ni Dhiah, pandai buat kerja-kerja dapur . Senanglah isterinya nanti. Saling bantu-membantu "

" Saya pandai buat air je makcik, Pizza ni saya panaskan je dalam 'microwave', benda dah siap. Tak susah pun. Jemputlah minum semua".

Kepala ku berkerja keras mencari jalan untuk mengelak diri dari terus berada di ruaang tamu ini. Terasa amat tidak selesa berada di tengah-tengah beberapa orang wanita, yang dikepalai orang yang paling tidak digemari. Fazli.....buatlah panggilan telefon . Tolonglah aku kali ini. Aku merayu. Aku minta sangat engkau balas budiku kali ini. Bagai mendengar rintihan hati ini, bertalu-talu telefon bimbitku berdering. Mama memandang ku dengan seribu makna yang tidak dapat kutafsirkan. Aku minta diri unntuk menjawab panggilan tersebut. Seperti yang diharapkan, Fazli yang menghubungi ku.

" Kau nak ajak aku keluar , sekarang Li ? Penting ? Dengan Julaina sekali ? Ooo.......Thanks... Li. Kalau dengan si Jue tu , aku tak minat. Lebih baik aku temankan mama di rumah. Lagi berbaloi".

Apa yang aku harapkan dari Fazli, betul-betul mengecewakan.! Hendak melepaskan diri dari mulut naga, masuk pula ke mulut buaya. Adakah dia ajak aku keluar minum bersama-sama Julaina gedik itu ? Heeee.....Sia-sia sahaja hari ahad , jika kena habiskan dengan dia. Akan tetapi apa pula alasan untuk mengelak diri dari makcik Zai dan pengikut-pengikutnya itu ? Nampak gayanya , terpaksalah aku menghadapinya petang ini. Mama pula asyik memandang-mandang aku, seperti mengharapkan berada bersama-sama kumpulan mereka. Maka, terpaksalah aku pasrah . Apa nak jadi, jadilah...

"Dhiah, macam mana cadangan aku minggu lepas ? Nak satukan budak-budak ni ?".

" Entahlah Zai, aku belum memikirkannya. Jawapan aku macam dulu juga. Kita kena serahkan mereka membuat keputusan sendiri. Aku tak mahu paksa-paksa, Aiman mungkin ada pilihannya sendiri. Atikah pun, mungkin dah ada kawan".

" Tentang Atikah, kau jangan risau, pandailah aku uruskan. Dia anak aku. Aku tahu segalanya. Cara engkau ini macam kurang bersetuju saja cadangan aku. Aku bukannya apa Dhiah, boleh kita merapatkan lagi silaturrahim . Jarak antara kita kan semakin jauh".

PILIHAN MAMATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang